sesi terapi 1

jangan bagi aku semak la setan!

mari berehat di waktu pejabat dengan gembira.

Img dari Funny Blog.


saya mahu ini. senanglah saya untuk menyamar diwaktu pejabat.

penyamaran boleh di lakukan pada waktu selepas lunch, ini kerana perut yang kenyang boleh mengundang mata berat dan berkemungkinan untuk membuat huruf ZZZZZZZZZZZZZZZ diwaktu pejabat.

pasti Bos-bos saya akan keliru. "mengapa ney masih bekerja walaupun sudah jam sepuluh malam, sungguh rajin gadis ini. mari naikkan gaji beliau."

ha.. gembira tak?
=)

//pasti orang disebelah cubicle saya tu mahukan perkara ini juga.

eyh, please la weh!

pada suatu petang yang damai, saya beli ubat batuk. cap ibu dan anak. sedap. mata masih belum mengantuk. hairan, mengapa minum ubat batuk tapi mata masih segar.

sempat juga saya menge-post entry di banyakaler... menggunakan touch-pad kerana mouse saya rosak. dem. terkial-kial macam baru guna kompite.

tiba-tiba, ada seorang err... rakan, emm.. rakan ke? emm.. oke la, rakan, rakan dari YM. tapi saya sudah lama delete beliau. hihihi

"Chat ker?" tanya beliau.
saya berfikir sejenak. "Chat ke, sihat?" ding!! saya terus jawab "=) tolong tulis ayat penuh, saya tidak faham."

"Sori, umur bapa? dah kawen?" tanya beliau lagi.
Saya merenung monitor lama-lama, "umur abah aku ke?" getus saya dalam hati sambil mengerutkan dahi. (kebanyakkan kawan-kawan dari YM sudah lupa umur kawan-kawan lain kerana ada yang buka YM 8 bulan sekali, jadi, terpaksalah menjawab soalan-soalan begini banyak kali.)

"saya memang check bahasa, tolonglah tulis dengan perkataan yang mudah difahami," balas saya di-YM. saya tak tahulah kenapa ada juga orang yang nak menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai ini. ingat mat saleh ke? welcome - terima kasih - selamat datang.

"sori-sori, umur berapa? dah kawen? keje apa?" balas beliau lagi.
Saya baca dengan perasaan yang malas nak layan. =D maaflah, i easily get annoyed. saya hanya balas "24"

"Dah kawen?" tanya dia lagi.
nampaknya dia ni teruja betul hendak mengetahui status saya.

"Sudah, husband saya seorang pilot MAS." ha, amek kau.

dan dia tidak reply selepas itu =)


//tolonglah jangan guna bahasa-bahasa manja seperti "sudah mamam?" = "sudah makan?", "tak kuar kew?" = "tak keluar ke?", "alew" = "ala" apabila berchatting atau ber-sms dengan saya. serious saya takkan reply. =D

aku mahu rebel sekali sekala. takkan itu pun salah? kalau salah, aku tidak pernah suruh kamu baca!

saya bekerja di dalam team yang dimonopoli oleh lelaki, dan of course, ketuanya pasti seorang lelaki juga. saya adalah yang termuda. tetapi itu tidak boleh diambil kira kerana faktor umur tidak membabitkan apa-apa hal dan isu. jika ada pun, itu bukan masalah saya kerana saya tidak pernah menyebut faktor umur saya, harus diberikan layanan istimewa. 24 tahun sesuai atau tidak untuk menjadi designer? jawapan saya "tidak kisahlah kalau dia berumur 18 tahun sekali pun"

sudah 2 tahun saya bekerja di company yang 100% bumi putera dan seorang macik cleaner india. tempoh paling lama dalan sejarah 24 tahun kehidupan saya. saya masih lagi menjadi "seorang perempuan dalam kumpulan lelaki," tiada masalah. saya tidak pernah bertikam lidah dengan mereka, kecuali dalam appraisal di mana kita bebas sekali untuk bercakap. inilah juga masa untuk menghentam saya habis habisan. i don`t care. kamu rasa tercabar? =)

Kenapa faktor Perempuan dan umur yang muda menjadi hal? atau krana faktor design saya yang sering menggunakan vector dan kadang kala hanya doodle dan itu menjadi hal? adakah kerana saya jaranggggg sekali menggunakan real-photo menjadi isu saya tidak perform untuk menjadi seorang designer?

adakah kerana skill penggunaan real-photo saya amat cetek, dan itu harus di perbesarkan? adakah mengambil gambar dari istock dan trace itu menjadi satu trend dan sangat creative? adakah itu dikira sebagai sangat bagus? adakah penggunaan vector dalam apa-apa juga artwork itu dianggap childish dan tidak serius? adakah penggunaan kerawang yang sarat itu dianggap sangat 'the best' dan sangat dewasa? adakah kerawang yang sarat itu sesuai sekali dipadankan pada buku PRO - Bisnes - Pendidikan?

atau, adakah kerana saya selalu membantah? adakah suara saya terlalu lantang kerana itu idea saya sering di tolak atau, adakah kerana saya tidak berbakat dalam photography dan itu menyebabkan saya sering di-anak-tiri-kan? "ini team graphic, nama 1, nama 2, dan nama 3." mana nama saya? "x mengapa, ayahanda sudah tua, tak lama lagi ayahanda akan mampus" - 3 abdul. mungkin bukan di sini. tidak mengapa, saya akan naik di sana. =)

oh ya, lupa nak bagi tahu, "kekuatan skill saya lebih dari yang kamu mampu lakukan!!" siapa yang berada di dalam kotak? saya? maaf, saya tidak menyerap segala benda negatif. maaf ya. katalah apa pun. jika saya rasa itu dapat meningkatkan mutu kerja saya, saya akan berterima kasih, tetapi jika saya rasa itu idea 90-an dan sungguh DBP dan entah apa-apa dan boleh merosakkan mutu design saya, maaf, simpan saja didalam stor dan salotep ketat-ketat, simpan dalam peti besi.

saya ada pendapat sendiri (yang tiada siapa pun mahu dengar) dan kamu juga ada pendapat sendiri (yang saya tidak mahu dengar). kita bekerja di bawah satu bumbung, di bawah ketua yang sama, di bawah kumpulan yang sama. mengapa perlu ada batas dan rasa "aku hebat, harus dengar apa saja aku kata". kamu kenapa? tercabar dengan saya? takkan kot... =)

2 tahun menimba pengalaman disini bukan calang-calang. ada yang bertanya, "tahap manakah kamu sekarang?" apa perlu saya jawab. tahap dewa? kamu saja yang perasan lebih. **gelak gelak.
tidak kisahlah jika saya diletakkan dilevel yang terakhir sekali pun. kita tahu tahap kita dimana. kamu juga tahu tahap kamu di mana. tidak perlu me-levelkan saya serendah itu. kamu bukan sesiapa. saya tidak pernah rasa "WOW" pun. benci saya? hahaha...

terima kasih kepada tuan punya company yang sudi mengambil saya yang zero ini menjadi salah seorang designer dibawah anak syarikat company yang sedang membesar ini. saya terharu kerana ada juga yang memberi kepercayaan kepada saya dan harapan untuk terus percaya. banyak sungguh yang saya pelajari. dan kini saya mengerti apabila saya berada di luar kotak saya merasa menyesal kerana tidak keluar lebih awal. kepada yang masih berada didalamnya, keluarlah. ada banyak perkara yang lebih seronok di sini. tak mahu? ikut suka lah. saya tidak rugi satu sen pun.

//ini 'rumah' saya dan saya bebas bersuara! ini blog peribadi saya dan ikut suka saya. sekian terima kasih.