Dec 30, 2009

saya suka apa yang saya suka.

Jika saya bukan seorang designer pada hari ini, saya mungkin seorang kerani yang ada diploma Business tapi tak jadi businesswoman pun.

saya suka subject seni sebab cikgu saya hensem.

saya dapat A untuk lukisan "Banjir" yang mana, kawan-kawan kutuk sebab air banjir saya warna coklat dan air mereka warna biru. "Aku dapat A weh. hahahaha"

kawan-kawan gelak kerana lukisan saya macam budak-budak. "Tengok! sekarang lukisan budak-budak boleh jual buku 10ribu copies oke!"

Saya tidak menyesal kerana tidak ikut cakap keluarga untuk terus belajar Business. bluek.


Saya suka buat kerja yang saya suka. Saya suka buat kerja yang saya betul ikhlas nak buat. saya suka buat kerja yang saya suka walaupun gaji x sampai 5000. saya suka buat krja yang menyenangkan hati saya. saya suka buat kerja sambil dengar lagu dari kekasih saya yang hensem. saya suka.

Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang. saya suka bila jawatan di slip gaji saya tulis "Graphic Designer"

Saya boleh senyum lebar kerana saya berjaya jadi apa yang saya suka.






Dec 29, 2009

stop. jangan buat kerja.

pening kepala sejak tiga empat menjak ni. balik kerja, terus layan tv sejak-sejak budak-budak kusut dah merambus keluar. memang ada saja can aku nak layan supernatural pukul 10 kat AXN, layan sekar marathon hari ahad kat Prima, layan layan lain. ah, memang semua channel aku tengok, asal iklan channel ni, aku bukak channel tu. klik sana klik sini. patut la bateri remote astro cepat habis.

Tahun 2010 ni, saya sudah berazam nak siapkan 4 manuskrip dan mengabaikan pelajaran. hohoho... oke, jangan abaikan pelajaran. sila belajar rajin-rajin dan jangan repeat sem.

dunia rasa lebih aman walaupun ada 7 ekor kucing yang suka betul buat bising dan sepahkan selipar dan kasut dan kencing atas kain lapik sangkar dan makan sepah-sepah dan suka masuk bilik untuk buat sepah, tapi itu lebih baik dari tinggal serumah dengan manusia ber-ijazah-tapi-bodo-yang-amat.

Manuskrip haram belum start apa pun. dok draft berbulan-bulan, tapi apa pun tak jadi lagi. hujung bulan dua untuk usahawan cilik, lepas bulan tiga sambung Chronicle, lepas itu buat buku adaptasi dan juga kisah benar & tipu. hek. Semester depan, saya nak ambil subject photography. harap-harap lebih pandai.

ok, nak pegi lunch dengan mami.

Dec 28, 2009

macam celaka jugak kadang-kadang

weh budak-budak

masa korang pakai barang-barang aku, korang tade pk nak tanya dulu kan? dah pakai habis, bila kena ganti baru tanya kenapa mahal, kan.

bodoh sangat awat tah.

Countdown : 2010 - genting to London

Pada hari natal yang baru lepas ni, saya dan keluarga telah pulang ke masa lampau kami. Kami tinggal di kota london dan memandu kereta antik ini.

Saya dan arin. ini adik saya, meh salam.

Keadaan di kota london sungguh sejuk. Mak saya ni pakai baju musim bunga pulak. Kabus tebal hingga sukar untuk memandu. saya x pakai baju tebal pun tapi saya tetap rilek-rilek je. sebab saya hot.

oleh kerana dia tak hot macam saya, dia ambil shawl yang berkedut-kedut di dalam kereta yang saya gumpal-gumpal macam kain buruk itu untuk lilit leher dia. entah kenapa, kata sejuk, lilit la badan.

oh, yang tengah itu anak saudara saya yang pertama-mulut-macik-macik-perangai-kecoh-nak-mampos.


Ini kakak, abang ipar, alif-aqil, mama & Izyan.

saya dengan mereka-mereka ini lah.

// nanti saya upload di blog lagi satu. jap jap lagi la.


Dec 24, 2009

sister

saya ada seorang kakak yang loghat dan sangat makcik-makcik dan sangat typical dan sangat suka buat benda senang jadi susah.

kusut!

Dec 23, 2009

Countdown 2010 - Saya jujur [2]

Hai kawan-kawan. tangan saya bau sabun. sedap betul.

saya tidak sangka umur saya akan berganjak ke 25 tidak lama lagi. tapi, jika dikira dengan bulan, memang lambat lagi, tapi, saya memag tak sabar nak ganjak umur yang lebih dewasa kerana saya dapat membuli kanak-kanak.

wheowheo juga akan berganjak 3 tahun. tahniah.

  • Dalam dunia yang fana ini, wheowheo ada 6 followers.
  • neyjoehan.blogspot.com ada 12 followers.
  • saya suka menggunakan pendekatan "oke" kepada apa jua struktur ayat.
  • pagi tadi saya makan nasik lemak ayam tanpa rasa bersalah.
  • Saya sudah lama tidak berkayuh basikal. jadi, hari ini saya akan berbasikal mengelilingi parking.
  • saya nak kemas bilik. bilik saya hanya bertahan kekemasan hanya setengah hari, dan kembali serabut selama 3-4 hari atau selama bila malas.
  • Saya sedang berkira-kira untuk men-suspend maxis saya.
  • saya sedang fikirkan nama-nama terunggul untuk 4 ekor kitten anak kepada 'sekar'
  • anak-anak sekar suka main pasir.
  • saya sanggup mendengar lagu yang sama berulang puluhan kali sehari. uh~ ai like.
  • ada sesiapa hendak tukar duit syiling RM70??
.... bersambung

Dec 22, 2009

Countdown 2010 - Saya jujur.

  • dalam dunia ini, saya hanya follow satu blog iaitu hadi. Jangan tanya, saya sendiri tak kenal dia siapa.
  • Saya dapat wacom baru. Bamboo bebeh. wacom lama dah lama kena jual. kesian.
  • saya suka warna magenta. sangat!!
  • Saya suka lembu dan kucing. nasib baiklah lembu itu besar, jika saiz kucing, dah tentu saya bela dalam rumah.
  • Nama Pinat yang baru ialah Sekar.
  • Saya suka Ricola.
  • Saya suka ponteng kelas animation.
  • Saya suka nyanyi-nyanyi walaupun suara saya tak sedap.
  • Saya malu untuk berkaroke didepan orang ramai.
  • Saya suka minum milo.
  • Perfume saya bau choclate
  • Saya suka sambal udang.
  • saya suka makan.
  • Saya suka boifren saya.

..... bersambung

Dec 21, 2009

isnin. best jugak apa.

hai kawan-kawan. dah mandi wajib?

Hari ini hari isnin. saya masih belum tahu jawapan bagi persoalan saya tentang "Mengapa isnin dibenci?"

Saya suka hari isnin. Hari isnin ni motivasi untuk bekerja denagn lebih cemerlang, lebih banyak berbanding hari-hari lain kerana, isnin adalah permulaan bagi setiap minggu.

walaupun saya tak berapa nak suka untuk bangun awal pada hari isnin, tapi, jika bangun lambat, pasti tak de mood untuk buat apa-apa langsung.

Hari ini, saya nak kemas bilik, kemas rumah, bg kucing makan, sapu balkoni, buang sampah, sapu rumah, basuh tangga... ala, saya memang suka buat kerja-kerja kebajikan ni.

ai like.

oh, sebelum tu saya nak bagitau, saya takkan ke kelas hari ini. hari ini saya sibuk. (baca diatas)

esok saya pergi. :)

menatap polaroid saya dan webit yang terlekat di dinding putih ini, membuatkan saya raasa teruja nak kahwin.

hok.

walaupun webit belum ajak kahwin lagi.

peduli apa kan. ai memang suka kawen kawen. biar la.

oh isnin. best nya berangan.

Dec 18, 2009

happy belated birthday, abah.

OMG.

boleh pulak terlupa birthday abah.

OMG.


happy belated Birthday abah.

sob.

ai betui-betui terlupa.

Dec 16, 2009

helo Abah.

Telefon berdering. Keluar nama 'mr Joe'



Abah : Ada 3 surat saman sampai. Abah dah tolong bayarkan. You owe me 700$

me : hok?


Abah : Need to pay because your name already blacklist.

me : sob. but i`m going to bangkok this feb. i don`t have money rite now.

Abah : Don`t worry. I`m not Loan Shark. No interest.

me : sob.

Dec 15, 2009

motivasi diri.

Selamat pagi kucing, anak-anak kucing, tulang ayam, neskefe, kompite, patung lembu, tabung, Murano, ELLE Magenta, DELL,Nikon, 100 PLus, Bedak ZA, MAC, Sanner... good morning~~

Dec 14, 2009

Hang rasa hang dah cukup bagus untuk aku hormat. fikir lapan kali, oke.

"kalau baik budi bahasanya, orang tidak akan menjauh. fikir sendiri. Kalau rasa ikut kepala lebih bagus. FINE!"

// Aku rasa, inilah masa yang sesuai untuk muhasabah diri masing-masing. tolong belek betul-betul dimana salah diri sendiri dan bukan cari salah orang.

Dec 11, 2009

hari jumaat yang cuti.

saya dan laki saya dan bila pulak saya berlaki memasak untuk makan tengah hari tadi. saya masak makanan faveret saya iaitu ikan kembong yang kecil goreng garing-garing, lepas tu 3 ekor buat sambal, tempe goreng tapi hangus sebelah sebab layan TV sampai terlupa dan juga cendawan goreng tapi macam sup.

berselera betul saya makan. habis la sepinggan.

saya sedang cuba habiskan perkara animation ni walaupun tiada hati nak buat.

bosannnnnnnnn


nanti saya nak p tengok The lovely bones.

ok, nak layan new moon sambil makan.


malam ni ai ada deting session dgn webit.

Dec 10, 2009

lunch time. hangpa makan apa?

saya rasa, ada satu kuasa jahat yang telah merasuk badan saya ynag menyebabkan saya makan sepinggan penuh nasi kukus ayam dara, 3 batang keropok lekor, sebulat cucur ubi, dan sebtang lagi keropok lekor, segelas limau ais. dan sekrang ni, sebulat cucur ubi lagi.


apa nak jadi? badak?

sigh

kalau sudah tiada jodoh

:(

Tapi

Harapnya, adalah jodoh.

amin.

Dec 9, 2009

untuk 23 SX sahaja.

Rasa seperti public figure pula.

no kemre. no komen no komen


// Blog ini peribadi (dimana saya suka sekali menggunakan bahasa kasar dan terlalu kasar dan sangat kasar). Blog ini bukan senonoh dan tidak patut dibaca oleh orang yang belum cukup untuk menonton filem 23SX



Dah, babai.

Dec 3, 2009

Karma police

Memang jahat pun.

memang!

tau tak?

memang!!

sudah-sudah la. cuba jangan buat orang benci dan menyumpah hang setiap hari. boleh kan?
just shut your fucking shit mouth. will ya?

i knw u can, baby. i knw u can.

remember karma.


"this what you get
this what you get
this what you get when you mess with us"


hohohohohohoho...

Dec 2, 2009

Bersama penulis blog. ngeh.



Bersama penulis PTS!

Ana Dania
- Chronicle 301: Semester Satu
Anis Adlyana
- Chronicle 301: Semester Satu
Ney Joehan

- Chronicle 301: Semester Satu & Manik Merah Jambu
Qayyum Nur
- Chronicle 301: Semester Satu & Nasi Lemak Bonda



Norashikin Wahid
- Warna-warni Si Puteri & Nur Buat Gemini
Farihah Iskandar
- Dear Yayah, Hai Suria!, Sepasang Mata Itu

Tarikh: 5 Disember 2009
Masa
: 2.00 petang
Tempat
: Ruang legar Kompleks City Plaza, Alor Setar, Kedah.
* Klik imej untuk paparan lebih besar


mood no mood

perasaan saya sekarang, saya rasa mahu tindik-tindik lagi.

jadi? bagaimana?

Dec 1, 2009

saya jarang sebut palat. sebut 2, 3 kali rasa mcm best pulak.

3 Post entry saya hanya mengenai New Moon Jacob Black semata-mata. i like.


------------

Note : Tulisan dari perasaan marah yang dikumpul-kumpul.


Di pejabat, keadaan masih huru hara. penuh dengan kotak-kotak berlabel nama sendiri, department graphic, dakwat hijau. haih~ kalau dah ofis sana belum siap, kenapalah disuruh-suruh packing siap-siap dan pindah separuh barang laju-laju. padahal..... ~ (sambung sendiri)

Pejam ceik pejam celik, sudah 2 tahun setengah. Dari Wangsa Melawati ke Batu caves dan kembali ke Wangsa Melawati dan kini saya akan berpindah ke Batu Caves semula. see... betapa kuatnya jodoh saya dan Batu Caves. Boleh la melawat patung emas hari-hari.

Dalam pengalaman bekerja ni, jangan tipulah kalau saya happy sepanjang masa. pastilah ada perkara yang tak berapa nak happy. apa nak buat, kerja makan gaji. kalau saya yang bagi gaji, dah lama saya pecat muka yang bertalam-talam tu. Tak tahu malu, keji arghhhh... mcm-mcm la. menyampah.

Bukan saya tidak tahu ada sesetengahnya, yang cuba menyelamatkan bontot dan kemaluan sendiri tapi boleh pulak nak memalatkan orang lain. makan babi banyak sangat ke? ha, ye la tu. makan babi kan? haram tau tak.

Ingatlah sikit, kadang-kadang, bila kenakan orang, hang jangan bimbang la, pasti hang kena balik. agak keji juga ada orang begini. tak bolehkah kita sama-sama yang makan gaji ni, brhidupan baik-baik sesama kita dan jangan terlalu berperangai palat sangat. orang sekeliling menyampah.

ha, kalau dah tahu, bagus la. jangan lah beritahu semua, "saya terpaksa" oke. berfikiran kreatif sikit. fikir ayat lain. seperti "saya sedang cuba menyelamatkan bontot comel saya" atau "bontot saya sedang terbakar, harus diselamatkan segera"

bodoh. Semua orang dah tahu sangat la perangai hang tu. sudah-sudah la.... pergi la cari tempat lain. menipu orang lain pulak.

PERANGAI HANG MACAM PALAT LA WEI!

Saya nak ke kelas. nak belajar rajin-rajin, nak skor, nak jadi orang baik. tanak jadi keji. macam hang! =)

bertaubat, ye.

Twilight akan disiri TV-kan?

official edward cullen

jangan risau, jika saya tidak dapat menonton di Tv, saya pasti akan dapatkan dalam bentuk DVD.

arghhhhh!!!!!



// Rindu dirimu yeah.. nanana nanana nana - Feminin =)