Harga minyak naik!!
banyak saya tengok status begini di facebook. saya tidak tahu pula harga minyak naik lagi. saya memang tak tengok berita. baca paper pun jarang. kalau beli paper pun, misti baca headline je. kadang-kadang berita dalam paper banyak crappies. malas nak layan.
eyh.. apahal nak marah-marah. suka hati aku la nak tengok berita ke tanak. mata aku kan.........
bila saya fikirkan semula, kenaikkan harga minyak adakalanya tidak memberi impak kepada kehidupan sosial saya mahupun yang tidak sosial. contohnya :
1. jarak dari rumah ke office tidak melebihi 7KM pun. Alhamdulliah.
2. hari-hari selepas balik kerja, saya tidak melencong ke tempat lain, contohnya the curve atau ke klcc, saya terus pulang ke rumah. alhamdulillah.
3. pekerjaan saya tidak memerlukan penggunaan kereta. hanya tempat tinggal sahaja yang memerlukan. alhamdulillah. ini kerana saya bukan salesman.
4. saya juga bukan seorang yang pantang hujung minggu akan melekatlah bontot di dalam kereta. saya selalu melekat dirumah. Alhamdulillah.
Hem... bersyukurnya dengan keadaan sekarang. seronok kan? =D isi 50 ringgit. boleh tahan 2 minggu. Alhamdulillah sekali lagi =)