Sep 30, 2009

sedikit ganjil

bukan apa, saya cuma masih belum dapat mencari tune yang perfect untuk menyambung kerja-kerja yang terbengkalai gara-gara cuti 9 hari. **sigh

semalam, saya ke kelas. intergrated marketing communication. semalam belajar tentang advertising. student pun dah bertambah 2 orang. barulah rasa macam belajar.

didalam kelas, terbahagi kepada dua. sususan meja maksud saya. sebelah kanan ada 4, sebelah kiri ada 4. kami belajar dengan gembira. Miss Farah bagi tengok iklan-iklan petronas dari tahun 1996-2008. best.

tapi

saya rasa semacam.

- koko itu Miss Farah.
- Kelabu itu pelajar yang duduk di meja sebelah kanan.
- yang duduk berseorangan di sebelah kiri kelas dengan warna magenta itu, saya.


secara kebetulan mereka semua mengenakan pakaian yang bewarna dull. kecuali magenta itu.

.....!

Sep 28, 2009

my love one


Selain dari ibu bapa, webit, Pinat adalah makhluk terpenting dalam hidup saya. Hari ini, saya pulang ke KL.... tanpa Pinat. ='(

Saya tinggalkan Pinat di kampung, di Pulau Pinang. reason : "saya mahu Pinat ada family di sana. lagi pun, Pinat dah besar. senang jika dia beranak pinak. disini, Pinat terpaksa tadah telinga dengar sungutan manusia bongok yang tareti guna otak."

saya sedih. malam ni, saya tidur sorang. Pinat tak de ='( saya sedih. masa saya masuk rumah tadi, senyap, sunyi..... selalu, bila saya buka pintu, Pinat selalu ada. dari tangga saya akan panggil "Pinattttt", dia mengeow dari dalam rumah, tunggu saya depan pintu. lepas tu, meow meow tunggu depan pintu bilik sampai saya buka kunci.

kalau malam, Pinat akan mengeow sampai saya buka pintu bilik. dia akan tidur sebelah bantal saya atau atas keyboard laptop. bila subuh, Pinat akan buat bising nak keluar.

sekarang, bila saya buka pintu, sunyi. tadi, saya tersasul panggil nama pinat masa kat tangga nak masuk rumah. hati saya sayu, Pinat tak de sini. rumah saya sunyi.

**nangis

10.25 pm, Saya kol mak. nak makesure Pinat sudah makan, air diletakkan ditempat biasa, malam jangan lepas, subuh baru lepaskan dia keluar. Saya risau kalau mak tak ikut jadual. saya risau kalau mak tak letakkan air minum Pinat di tempat yang dia tahu. saya risau kalau mak lepaskan dia malam-malam. nanti dia tidur luar. sejuk. Pinat tak biasa. lagi pun, disana Pinat tak de kawan.

**nangis ='(

// Pinat, hidup baik-baik, ye. ='(

Sep 25, 2009

ATTENTION TO MANAGEMENT SKYNET

..... dan tiba-tiba, ada sms baru masuk ke inbox. saya senyum. ingat pinat yang sms. "ini wan nazwani kan?" ha, amek. mcm mn dia tau nama penuh, apa jadahnya sebut nama penuh.

saya membalas. dia sms lagi. dia beritahu dia budak Skynet yang menghantar surat kepada saya... dulu. **mengerut dahi

dia sms lg, mahu berkenalan katanya. hish... apa ni. mengambil nombor telefon customer untuk tujuan peribadi. nak kena saman ke skynet ni.

saye reply, "nanti saya tanya husband saya dahulu." =D husband ye????

saya malas la nak layan. kalau mak saya yang kenalkan, lain la cerita.

dia sms lagi, "cptnye kawen". **mengerut dahi.

ada beberapa sms panjang-panjang lagi. hish... saya mahu komplen ni. apa ni. hang mana boleh buat mcm ni. suka-suka nak ambil namber orang, nak sms nak berkenalan bagai-bagai. lagi-lagi bila aku kata aku bini orang. nak sms lagi pulak. siap tanya alamat rumah la apa la. apa jadahnya ni?

tak paham ke aku cakap aku dah kawen? x paham ke aku ckp aku nak ikut husband aku sambung belajar kat luar? x paham ke aku ckp kalau aku pindah, aku tukar la alamat. apa masalah hang nk mintak alamat rumah aku? pervert? nak aku report?

kalau laki aku marah mcm mana? kalau dia kata aku ada laki lain macam mana? kalau dia ceraikan aku mcm mana? gara-gara budak skynet sms nak berkenalan dengan aku. lepas ni, tayah tulih nambe telepon dah. tulih alamat je. kalau x dapat cari alamat, pndai-pandai la hang googlemap.


Kepada bos SKYNET

tolong tegur pekerja anda. lagi sekali saya dapat sms macam ni, saya saman!

Sep 24, 2009

Momok the movie

saya sudah menonton filem ni. bersama-sama sepupu sepapat dihari raya ke-2. seorang sepupu menutup muka dengan kotak popcorn, agaknya 10 peratus je kot yang dia tgk. lagi 2 sepupu, ada saja kelua gambar hantu, depa ttp muka. yang tengok 99% hanya saya sorang.

Hantu-hantu dia semua seram. paling tabole blah, kucing hitam langkah mayat, terus menerus jadi hantu. apa jadahnya. tapi.... boleh la.

hantu-hantu lain pun seram. suara hantu mengilai pun seram. jalan cerita, hemm~... saya rasa, hantu-hantu tu je yang best. cerita, hancus. lagi lagi pelakon dia yang nama Faizal AF tu. mcm haram. tak best langsung.

asyik-asyik "bodoh tau". apa jadahnya. hang tak dak ayat lain? sapa penulis skrip ni? teruk la. Faizal memang tak boleh belakon. dia keras macam kayu. eeeee... tolong lah.

ah. tak best lah. harap hantu-hantu je seram. jalan cerita, tak best.

ok bye.

Sep 19, 2009

Hari raya lagi =)

ketupat? kek lapis sarawak? nampak sedap?


bagus. silap lap air liur.

di tokyo masih hujan. hujan sejap pagi. keluar ke supermarket terpaksa berlari-lari kerana tidak mahu baju basah. **sigh.

selamat hari raya kawan-kawan.

Sep 15, 2009

tribute to housemate!

Kehadapan warga rumah sri kenangan,

Tolong buang sampah dan cuci dapur. Sepanjang berada di rumah sri kenangan ini, apa yang saya perhatikan, anda semua tidak menjalankan tanggungjawab kebersihan seperti yang diamanahkan.

Sampah sering dibiarkan bertimbun-timbun hingga banyak langau di dapur. (jangan lupa, bilik kecil saya didapur itu. tolong fikir sedikit.) Selepas memasak pula, dapur tidak dicuci dan hanya dibiarkan berminyak. lantai yang dibiarkan berminyak dan melekit. ya, saya tahu anda semua memakai selipar. tapi, bagi orang yang tidak memakai? geli, tahu!

Dari apa yang saya perhatikan, anda lebih suka membiarkan dapur menjadi tempat geli untuk digunakan. sudah berapa kali saya ingatkan, CUCI! ini yang saya nak geram ni.

makanan pula janganlah diletakkan atas meja. kita semua sudah terang-terang tahu dan nampak, monyet suka masuk rumah dan mengacau bilaukan rumah, ruamh akan bersepah termasuklah makanan makanan yang ada diatas meja. kalau sudah tidak mahu makan, buang saja. susah? mari sini saya ajarkan.

jangan pula asyik nampak tingkap kecil yang menjadi laluan binatang peliharaan. pintu depan yang dok ternganga tu, tidak pula diendahkan. bukankah kita pernah mengalami serangan monyet masuk dari pintu depan? lupa? berapa kali hendak di ingatkan? 80kali? selalu nampak kesalahan orang, kesalahan sendiri?

dan lagi, rumah bersepah, tidak perlu monyet yang sepahkan. itu tidak pula diambil kira. saya rasa, sudah berapa kali saya kemas didepan. angkat pinggan cawan semua. tapi, berapa kali itu juga lah anda semua buat semula. anda fikir saya orang gaji? Plz okey.

Pintu pagar. kerap kali dibiarkan. semalam, saya pulang jam 12.40 malam. pintu masih tidak berkunci dan terbiar terbuka. bagus. kalau hilang barang-barang aku, korang siap! semua ada kunci, guna la. apahal yang bebai sangat ni?

dan yang terakhir, sila jaga kebersihan rumah. jangan asyik berkata "busuk la". sendiri buat sampah, sendiri buang. kalau tanak buang, jangan buat sampah.




yang menyampah dengan perangai korang,

wani!






Sep 8, 2009

cerita yang belum cerita

saya banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nak cerita ni. tapi, sedikit sibuk. tunggu lepas kelas hari ni.

Sep 7, 2009

10/9/2009

the sweetest thing - "macam bodoh"

the happy one - "pegi mati"

the very love - "kalau aku nak pergi, bia je la"


"i let you go now"

Happy 26th birthday