Jan 31, 2010

Penat sampai muntah

On the way to Banting. (Bandar Tasik Selatan)



Benoe sudah selamat bernikah. selamat semua-semua dah. mungkin sekarang beliau sedang tidur. esok saya upload gambar banyak-banyak sekarang, saya rasa nak muntah.


off to bed.

Jan 26, 2010

helo folder gambar. you ada kat mana sekarang?

saya sedang mencari folder gambar yang penuh dengan gambar-gambar comel.

setan.

mana pula perginya.

Jan 24, 2010

Iklan kerja kosong

Jika anda ingin mendengar nyanyian saya secara live pada waktu pagi hingga habis waktu pejabat, hantarkan resume anda dengan segera. mungkin kita boleh jadi kawan sepejabat yang paling cool.

:)

Jan 23, 2010

hari sabtu dan banner blog



Open for sale!
RM15
RM15
RM20


:)

bangun awal hari ini kerana menghantar anak ke sekolah. ok, tipu.

Hari ini ada perasaan rajin. jadi, saya telah buat banner blog baru untuk banyakalerhouse, dan lagi 3 adalah untuk penjualan secara terbuka kerana ramai yang bertanya, "Boleh buat banner?" "Mahu Banner satu." "Boleh dapat Banner murah?"

ok, ada. yang ada ini, sebijik-sebijik akan diemel sebegini rupa dan tidak akan di edit atau touch-up atau mekap atau apa saja, kecuali cop mohor banyakalerhouse itu sahaja yang akan dibuang. terima sajalah keadaannya begitu.

ada apa-apa soalan?

saya nak mula manuskrip-ing ni.





Jan 22, 2010

sesi marah

saya rasa menyampah dengan sikap sesetengah masyarakat di Malaysia yang suka menyusahkan orang.

aku cemuih la dok hadap benda yang sama.

haram la. hang buat hidup aku tak gembira hari ni.

mulai bulan depan, aku tak mau tengok muka hang. p berambus jauh-jauh. oke!

Jan 18, 2010

semester tiga

cuti tahunan sudah diluluskan. hati sudah berbunga-bunga. uh~ uh~ **sambil pejamkan mata

tak lama lagi, boleh la pecahkan tbaung zirafah dengan tabung lembu dengan tabung tuppaware untuk buat duit berjoli-joli disana. uhhhhh~~~

hidup gembira tanpa dadah.

:)

-----

oke, tadi saya ke kolej. hari pertama untuk sem 3. teruja la kan. apa lagi. hujan. nvm. hati masih kental. tunggu hampir sejam. naik turun tingkat 3 ke gr floor boleh buat sapa-sapa pun naik angin. dem. dah la kerani silap tulis kelas.

saya terpaksa tanya setiap kelas yang ada lect perempuan. last kelas, baru betul kelas saya. Element of graphic design. hanya saya yang senior .. cewah, dan hanya saya saja yang part time. ah, tak tahulah mengapa asyik "saya saja".

mungkin sebab itu la webit pilih saya. :)

ok, biar la nak perasaan.

masuk kelas tak sampai 10 minit, kelas pun habis. bayangkan yang sejam saya tunggu dan naik turun tingkat 3 tu. sikit punya haram ka.

oh pinat

bangun pagi, buka pintu bilik, jengah keluar

Tiada suara kucing

langkah keluar

bekas makanan kucing ada atas meja

rutin pagi-pagi bagi kucing makan

hari ni, tak perlu.

kucing dah tade.

haih~

sunyi betul la.

:'\

// pinat dan anak-anak telah dihantar pulang ke kampung tempat kelahiran saya. mereka boleh main pasir dan panjat pokok dan kawan dengan kucing abah yang nama Tam dan sekor lagi pun Tam juga dan mak dia Mak belang. Semoga Pinat Happy di kampung.

rumah saya sunyi

dan semakin sunyi

tiba-tiba saya menangis.

Jan 13, 2010

motivasi marah

Kalau aku kata aku mahu jugak jugak bela kucing ni, hang nk kata apa?

kadang kadang, aku rasa aku harus selfish.

dan aku suka.

esok, aku tak mau tengok muka hang ada depan muka aku dan suruh itu ini. Hang bukan bos aku pun!

babi haram

hang ingat aku tak dak kj lain nak buat? dah buang masa 2 hari tau dak. hang tau dak?

Jan 12, 2010

nota untuk kekasih [4]

Dear Boifren,

tahu kenapa ai pilih you?

sebab

Sekarang ai lupa kenapa.

Butang

masa entry ini dipost, itune saya sedang mendendangkan lagu soulmate.
saya mula rasa sangsi.

:(

// ini project terbaru saya. saya bukan dalam mood untuk bercerita tentang perkelahan di sungai gabai atau hari-hari saya jumpa pakwe saya. bukan. hari saya tak happy macam biasa, tapi sempat la makan kfc. dan hari ni saya tak menyanyi kuat pun. ini semua pasal bobo. oh hati~

hey bobo, you simpan apa ah?

ada kala saya rasa kurang percaya dengan bobo. saya rasa dia cuba jadi perahsia sekarang ni.

??

Jan 11, 2010

What a day

tadi, pergi daftar subject. Saya masuk library untuk register (library di ground floor) :

Saya : kak, saya nak daftar.
Makcik : byr sendiri ke ptptn?
saya : PTPTN
Makcik : Mana borang?
saya : Borang?
Makcik : Ye, dengan sign lect sekali.
saya :kat mana nak ambil?
makcik : tingkat tiga **muka mintak penampaq

Saya senyum, naik tingkat tiga.

Oke, lif rosak. apalagi, guna la tangga kan.

sampai atas, sesak nafas, termengah-mengah sambil makan cikedis. ada seorang budak india sedang salin jadual didepan kelas. atas meja sebelah dia, saya nampak ada borang. sekeping. saya ambil.

budak india : form tu saya punya.
saya: oh, ye ke. ambil mana ni?
budak india : bawah, library.
saya : fine. (mata pejam, bayangkan pizza) **tiba2

Saya turun. ambil borang. naik atas. salin2 jadual yang dicampur diploma dan degree. lebih kronik, campur dengan fashion design. apajadahnya.

saya masuk kelas, ada 3 lect graphic. oke, atas meja dia ada banyak borang daftar sabject. (T T) boleh tak bayangkan betapa penatnya aku turun naik tangga tadi? budak india ni nak kena la.

oke, x pe. salin2 jadual bagai, turun bawah bagi makcik tadi. tiba-tiba baru teringat :

saya: kak, venue kat mana?
makcik : ada tulis kat jadual tu, kat hujung2 tu.
saya : oh, ye ke. saya kena naik balik la ni eyh?
makcik : **senyum angguk kepala.
saya : haih~. kak, bg borang transfer kredit.

saya naik atas cari-cari venue untuk kelas saya. bagus. jumpa juga akirnya. sob.


saya ambil 3 subject je untuk sem ni. cukup la.

dan

baru tadi jugak saya tahu yang subject saya ambil masa sem 1 , Listening & Speaking takde dalam silibus BAGD.

'bagus!'


Subject tu saya dapat B. apa nak buat dengan B tu. boleh tukar dengan mana-mana subkect yang belum ambil ke?


**berita

1. Satu sabjek tak masuk silibus BAGD (sudahlah saya takde kawan langsung untuk satu sem tu. tak guna!)
2. Penat naik turun tangga tadi buat kaki saya rasa lenguh-lenguh. mungkin sebab otot cedera. sob.

EMO sangat

Baru lepas makan bihun kari + telur = tak sedap.

hari ini hari isnin. saya cuti :)

sebab, hari ini harus pergi daftar sabjek di kolej.

malas. hari ni mandi pun lewat. apatah lagi nak keluar memandu. fuh~ dia punya malas. jangan cerita la. baca buku 2 baris pun tertidur.

ah, tade apa sangat la entry kali ni. cuma nak bagitau. "saya menyampah betui dengan orang EMO tak tentu pasai ni."

nak kena penampaq?

Jan 10, 2010

slot identiti

hai. selamat siang.

hati saya lapang. saya sudah selesai dua paper, Animation technique dan juga intergrated marketing. lega aih. tidoq malam tak mimpi hantu dah la.

pass tak pass itu belakang kira. esok p daftar subject pulak. harap-harap x sekeji sem lepas. lect hilang mati semua tataw p mana. nak mintak sain pun payah.

tadi, dalam dewan exam. budak afrika tu curi-curi bawak toyol masuk dalam poket kemeja depan. keji aih. dah la duduk sebelah menyebelah. haih. lagi satu. hari tu, lect kata boleh guna calculator dalam hp. sekali, tadi tak boleh guna. keji lagi. habih, mcm mn nak kira. dah la angka sampai lapan. nak darab pulak tu. mati. mula la dapat jawapan merepek. nasib la.

"biasanya student graphic jarang-jarang sekali ada kalkulator melainkan dia terjumpa kalkulator tu bawah meja dia."

tadi, p kedai, beli megi, sabun basuh pinggan, plastik sampah, sampu badan, makanan kucing 22 paket, pasir berak = 80++. sob.

kalau nak p bangkok ni saya terpaksa juai kipas angin dengan misin jahit dengan almari baju, tolong la beli, na...~

sob.

-Bad artists copy. Good artists steal- Pablo Picasso



Jan 9, 2010

esok ahad. isnin saya cuti.

esok final exam. hari ni saya bangun awal. baca buku. basuk kain. mop lantai. bagi kucing makan. mandi. goreng nasik. makan. baca buku lagi.

tapi

entah masuk kepala atau tidak. mungkin stuck celah-celah tengkorak.

haihs

harap-harap tak jumpa kelas IMC ni legi untuk sem depan. cukup-cukuplah sem ni je.

semoga pass. amin.

anak kucing saya

For the very first time

anak kucing saya


:)

Jan 8, 2010

farewell ofis. esok cuti.

nak Muntahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


oke. kentut.

setel satu. setel dua.

masalah housemate setel. ada seorang gadis budiman sanggup tinggal disitu bersama saya.

:)

saya busy betul ni. sampai makan pun tak lalu. ni, nak kena harvest kat farmville pulak.

Jan 7, 2010

Saya semakin banyak duit

Korang kata nak p karoke, kan? meh sini aku belanja.

(:

Jan 5, 2010

lepas makan, elok tidur untuk kembangkan badan.

Saya baru lepas seksa exam. lega. tinggal lagi satu. semoga tayah masuk kelas IMC untuk sem depan. semoga duit untuk repeat subject boleh buat shopping kat bandung.

okey, fokus fokus. saya harus tumpukan perhatian pada basikal dan nasik.
kurangkan nasik dan kerap kayuh basikal.

semoga saya berjaya.

dan, perempuan, please. jangan buat aku hilang sabaq dengan hang.

heh. saya jadi seorang yang panas baran sekrang ni. mungkin sebab sudah lama tahan sabar.

oke oke. mamak choice, you jangan lebih-lebih. kalau nampak muka ai tamaw senyum tu, jangan dok mai tegur-tegur. diam diam sudah.

11 januari ni harus ke kolej untuk sesi pendaftaran subject. saya akan laju-laju amek subject illustration dan photography. uhh~~~ ai like.


Jan 4, 2010

ayam kunyit dengan nasik kosong.

sekarang, saya rasa pindah rumah lebih fun dari cari housemate baru. tak fun langsung. sudah setahun lebih saya tidak melakukan aktiviti fun pindah-pindah rumah. dengan TV-Tv mesin basuh mesin jahit katil bla bla bla, saya harus angkut guna lori untuk pindah. itu tak berapa fun.

Hangin pula dengan perempuan-perempuan yang beria terlebih sampai adsa yang sanggup bayar deposit rumah siap-siap dan datang duduk sehari lepas tu pindah dan lepas tu pindah dan lepas tu tanya "deposit saya mcm mn". meh sini aku nak jawab, "pegi mati dengan lu punya deposit. lu ingat gua murah hati nak byr balik? lu mimpi la" ha, oke mcm tu? "bukan aku yang pegang duit hang, oke. lain kali baca MYOB" p google kalau bodo sgt. jangan menyusahkan aku.

ada pula yang "bila saya boleh masuk?" lepas tu "saya x jadi datang la. sori ya" itu pun lepas saya sms tanya. keji la weh. boleh tak jangan menyusahkan sangat. sungguh menyampah.

pinat dan anak-anak saya akan bawa pulang ke kampung halaman. saya sudahpun menyusun jadual kelas dan pastinya saya sibuk mneyibuk dan pastinya saya tiada masa untuk membersihkan pasir pinat, makan minum beliau, nak main-main tangkap kaki, nak manja-manja.

saya nak menangis. tatawlah kenapa. tiba-tiba rasa nak pergi beli peti ais pun ada. rasa nak potong rambut atau ikut saja kata webit "cukur botak".

rambut pnjang buat saya lebih stress mungkin. lepas basuh, kena keringkan. sudahlah tebal, panjang pula. 3 hari baru kering.

harap-harap tiada sesiapa la cari pasal dengan saya. kerana saya berada didalam mood yang tidak baik langsung.

haram jadah.

heee :D

Tak jadi haram sangat pun tak pa.

semoga hang cepat sedar diri.

yang benar,
Wan Nazwani.

Jan 3, 2010

Saya sedang mencari housemate!

aku rasa, untuk cari housemate kali ke 70 ni, aku harus interview habis-habisan.

kadang-kadang ada masalah malas ni buat orang rasa menyampah

pada suatu hari, saya sakit pinggang. duit tinggal 10 ringgit padahal baru awal bulan. mcm mn nak survive ni? kena jual almari? tv? dapur? jual kereta la, dapat banyak duit.


arghhh


kucing hilang sekor pulak, hilang secara misteri pulak tu. ni yang buat otak tak boleh nak fokus ni. dah la selasa ni exam animation. apajadahnya buku tertinggal kat ofis. nak suruh untie baca ka?

arghhh cover cd belum buat. dem dem.


dah la saya tengah bengang dengan sekar ni. lembik tak tentu pasal eeeee... nak kena tampaq?

Jan 1, 2010

Tahun baru 2010







Kali pertama saya melihat bunga api di KLCC pada malam tahun baru ialah pada tahun 2004. Semalam ialah kali kedua, bersama webit :)


  • tak boleh repeat paper
  • tak boleh boros
  • harus simpan 10ribu.
kuatkan semangat!

ok, nak tido.