Apr 28, 2010

duit duit duit

saya belum pernah merasa kesusahan untuk menyimpan duit perkahwinan. ini kerana saya tidak pernah pula berkahwin.

jadi, mari kita mulakan.

ok, start next month.

//ada sesiapa boleh beritahu bagaimana hendak merancang duit untuk majlis perkahwinan?

Apr 25, 2010

tahukah anda?

1. tahukah anda, jika kita tidur lewat muka kita akan berminyak?

2. tahukah anda, jika anda makan gula-gila hacks pada waktu tengah malam badan dan perut ada automatik akan dipenuhi angin dan serta merta akan sakit?

3. tahukah anda, jika anda sedang gembira, bermacam idea boleh keluar. contohnya, idea membeli mesin jahit dan selepas itu anda akan menyimpan mesin itu dalam kotak selama berbulan-bulan dan masih berfikir untuk apa anda membelinya.

oh, what a life~

//hari ini saya tak buat kerja sekolah langsung :)


Apr 23, 2010

Final Artwork semester 3 (Image manipulation)

Poster

Cover CD


Sebagai seorang student yang tiada kawan dan jarang pergi kelas, Lect mengerahkan saya untuk menandatangani kedatangan hingga hujung bulan april. senang baginya dan sangat senang bagi saya. jadi, saya pergi jumpa beliau dan ambil assigment, balik, buat, hantar.

sama juga dengan final art work ini. "Oh, sudah nak final ye puan??"

saya sudah henda final rupanya. ini final artwork saya untuk subjek Image manipulation. masih dalam pembikinan. ada lagi 2 promotional item belum buat.



Apr 22, 2010

Lover of the Day (Facebook)



kau gila? tak nampak bini dia pakai baju pengantin kat sebelah tu

//kuiz facebook ni semua laro'

kisah pagi rabu

selamat pagi.

saya minum susu rendah lemak HL. bau nasi lemak po-g membuatkan saya hilang rasa nak berpuasa nasi pada hari ini. tapi, saya akan cuba bertahan. bertahan sampai jam 2.

"Bertabahlah!"

saya rasa saya nak privatekan blog saya la. bukan apa, cuma rimas apabila isu-isu di blog saya menjadi tajuk utama dan sesi perbualan di warung-warung mamak dan menjadikan perasaan manusia gundah gulana dan tidak senang duduk dengan entry-entry saya.

saya pun tak tahu lah apa yang dia sibukkan sangat blog saya yang tidak membawa faedah ini. Mungkin memang perangai semulajadinya (penyibuk) begitu. annoying kan?

Penyibuk yang suka menyibuk-nyibuk tentang hidup orang lain dan suka berlagak macam orang penting. hohohoho~

Orang kuat kenduri ni. dialah masak, dialah mengandam pengantin, dialah yang jadi pengapit, dialah semua-semua. heh.

Cerita lain pula, saya sudah siapkan Poster dan cover CD. ada lagi 4 atau 5 item yang belum siap. fuh~ perut autometik rasa lapar.


Apr 19, 2010

helo bestfriend goodbye bestfriend

kucing saya sedang bergaduh. saya malas hendak ambil pot. biarlah apa nak jadi pun. janji perut saya kenyang makan asam laksa dengan mee kari ipoh. 2 sekali gus. like i care. kalau gemuk pun bukan korang tidur sekatil dengan aku. diam-diam sudah.

******

saya masih sukar hendak mempercayai apa yang saya dengari siang tadi. ya lah. saya tidak terfikir pula perkara sebegini akan berlaku kepada saya. lagi-lagi pada umur yang semakin meningkat ini. perkara-perkara yang saya sendiri tidak terjangka akan kejadiannya. saya fikir, perangai keji begini hanya berlaku didalam cerita buku saya, rupanya berlaku juga dalam kehidupan nyata ini. sungguh hebat.

oh ya. simpan sahaja ".... nak minta pendapat" itu. itu adalah perkara paling tidak berguna saya pernah dengar. itu tidak lain tidak bukan hanya ingin bergosip. anda bukan menyumbang kebaikkan dan kesukaan orang. malah anda menjadi bahan kutukan dan pengajaran supaya jangan berkawan dengan orang yang berperangai keji dalam diam seperti anda.

siapa tahu. mulut orang. jangan percaya sangat. sembahyang cukup 5 waktu pun belum menjanjikan yang mulut orang akan sentiasa baik. apatah lagi yang mengaku kawan baik itu. yek!

berita dan pertanyaan yang diajukan kepada saya agak mengecewakan. sekali lagi, siapa sangka orang yang sembahyangnya cukup 5 waktu tapi mulut masih macam ........ ya, sila sambung. tidak habis dengan seorang. seorang demi seorang dia membawa berita yang kononnya HOT itu. HOT sangat ka? tang mana yang HOT?

tidak habis-habis dengan perangai "ai tahu rahsia dia, u?" sudahlah. apa keberkatan yang diberi untuk ganjaran itu? tidak sudah-sudah dengan itu. mulut masih sibuk bercerita tentang berita yang tiada kepentingan baginya. tiada kena mengena lah lagi senang. tiada bersangkut paut sikit pun. cuma sekadar mengisi masa lapang sementara tunggu cukup jam untuk balik. lebih baiklah bercerita tentang perihal orang. tentang dirinya yang menjadi mangsa serangan itu dan ini. perihal dirinya yang cuba menegakkan keadillan, menegakkan apa yang betul. entah apa yang betulnya entah.

grow up weh! sudah-sudahlah dok bercerita hal orang. tiada sebarang pahala yang dapat dikongsi bersama melainkan dosa yang berat. apa yang anda cuba lakukan? tidak cukup seorang? harus dikongsi dengan semua orang sampai satu kempeni tahu? suka?

baguslah. lepas ini jangan haraplah akan ada yang akan berkongsi rahsia dengan mulut kecoh macam anda kerana perangai 'baik' anda sudah tersebar luas dek kerana mulut anda juga. orang tidak akan memandang 'orang' yang kamu ceritakan, tetapi diri kamu yang membawa cerita tentang keburukkan kamu sendiri.

dipenghujung hidup anda, anda akan kesal kerana bersikap begini. nak minta pendapat konon, nak kongsi perasaan konon, nak itu ini konon. sudahlah. jika anda rasa anda berhak untuk itu (apa yang anda sudah lakukan) teruskan. tapi, jangan memaksa orang untuk menyukai anda dan perangai 'baik' anda itu.

saya? serik. kali ini saya belajar untuk serik. serik dengan kamu. mulut celupar! jangan datang kepada saya untuk bertanya pendapat. saya tidak hingin mendengar pendapat atau masalah kehidupan kamu lagi. cukup-cukuplah! saya bukan bermulut baik, tetapi saya tidak pula bercerita tentang kamu. cerita tentang kamu langsung tidak menghiburkan. maaf.

bff? no.




Apr 16, 2010

siapa makan cili, dia terasa pedas. jangan makan cililah kalau begitu.

Bak kata orang "Siapa makan cili, dia terasa pedas."

ops!!

terasa ye?

tidak perlu menjadi stalker. serius aku cakap. tak perlu. cukup di mana yang kamu perlu tahu tentang aku di mana aku nyatakan. bukan terjumpa dan terus ikut dan ikut dan selepas itu melabel itu dan ini. cukup matang kot agaknya?? yeah! cukup matang bagi orang yang tidak matang.

kadang kala ada satu-satu perkara yang orang lain / orang luar tak perlu nak sibuk-sibuk atau tak perlu langsung untuk tahu. cukup sekadar, kalau terbaca tak perlu simpan dalam kepala otak. yang baik disimpan yang tak baik, kalau disimpan boleh jadi cancer.

saya bukan hipokrit. dan saya tidak perlu untuk menjadi itu. saya lebih suka saya begini. anda tak suka? tak perlu nak ambil tahu. senang sahaja.

kamu terasa? saya tidak pernah menulis tentang kamu. perasan. dan disaat ini saya merasakan kamu ini adalah anak kecil yang sangat perlukan perhatian. kamu juga mungkin perlu bawa cermin setiap hari seperti saya. mari kita renung sama-sama. dan apa sahaja kata kamu tentang saya sudah menjadi dan semakin membiak dalam diri kamu. hahahahaha....

Percaya kepada karma?

:)

//dunia internet tanpa batasan dik. banyak lagi ruang yang perlu diisi. jangan label orang sempit jika tanpa sedar awak itu pun sempit juga.



Apr 14, 2010

Mc Donald delivery macam celaka.

Helo people.

hari ini saya nak marah pada Mc Donald kesayangan orang ramai ini. yang merakam perbualan customer untuk membaiki apa jadah itu. bull shit oke. sila sebut betul-betul "BULLSHIT"

pada waktu lunch begini, saya tahu, pasti penghantaran akan mengambil masa yang lama. sejam mungkin. but, nvm. i can wait.

tapi, ini tunggu untuk tanya cawangan mcD berdekatan batu caves ni buat gua tunggu 15 minit on the line. lu gila? kol sampai amerika ke apa? bodoh.

bukan tapenah budak-budak ofis ni order mcD dan delivery. bodoh lagi untuk mcD. tukar alamat sikit, dah pening-pening. alamat batu caves ni selalu je menerima penghantaran mcD tiba2 cakap tataw pulak. tiba-tiba cakap ini kawasan baru, kami kena kol cawangan berdekatan.

kalau begitu, kol la NASA ke apa ke lapor kat PM ke. bangang!

lu memang bikin hot la.

kawasan baru?

oh, ye la. kami sekarang ni kat bulan. Bangang tabole blah.

//lu nak kecik hati ke apa ke. lu punya suka. ingat gua heran?


Apr 13, 2010

!

Eyh, Lu kepoci apahal wei?

tak malu nak amek tau hal gua ni. Tade life ke?

Gua memang laser.

so?

lu ada masalah?

// BUZZ OFF!

Apr 8, 2010

Lomo effect # 01

Ini adalah langkah-langkah yang saya ambil dari tutorial dan edit sikit sikit.


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.


Selamat berjaya :)

Apr 7, 2010

BIG MOUTH


anda sila jaga hal sendiri ye. 'kami-kami' di sini tidak pernah pula ingin sibuk-sibuk tentang perihal anda dan waktu kerja ada. anda mahu masuk lewat, tanak masuk, nak ambil cuti esok baru isi borang, emergency leave saja-saja atau apa saja, 'kami-kami' ini tidak pula soal apa-apa dan lagi baik 'kami-kami' ini tidak pula ye ye nak bidas apa-apa pun tentang anda.

FLEXI HOUR ini sudah pun di praktikkan semasa di tempat lama lagi. sudah lama ya. LAMA. anda tahu atau tidak ikut suka anda. salah anda sendiri kerana tidak update tentang kampeni tempat anda bekerja. sekarang, anda mahu berpendapat macam-macam. jika anda ingin sibuk-sibuk gosip pasal orang lain, saya tidak pula bising, lantak andalah kan, anda yang tanggung dosa. tapi anda ni dah over la pula.

nak kecoh-kecoh itu taboleh ini taboleh. eyh, apahal la anda ni? ini bahagian 'kami-kami', bahagian saya bekerja dengan gembira. anda apahal nak kecoh-kecoh dengan'kami-kami' ini? jika ada yang menelefon salah seorang diantara puluhan kami disini dan kami pula masuk lambat, kerana mengikut FLEXI HOUR, kami boleh masuk 10.00 pagi balik jam 7.00, bolehlah minta dia tinggalkan nombor telefon atau apa sahaja cara untuk menghubungi beliau semula. lagipun anda bukan receptionist. anda bising kenapa?

apa jua pendapat anda, sila balas di emel. anda bagitau saya, saya boleh buat apa. saya dan anda bekerja di department yang berlainan. bangunan lain pula tu. punyalah tiada kena mengena. jadi, anda sibuk-sibuk kenapa?

bising-bising apabila 'kami-kami' ini dapat FLEXI HOUR untuk bekerja dan anda pula tiada. adakah itu ada kena mengena dengan anda? cemburu mungkin?

jawab!

sebelum anda balas anda juga menjaga hati dan perasaan orang lain, adakah anda puas berfikir mengapa anda dijawab dengan jawapan-jawapan laser ini?

adakah salah saya kerana saya bekerja dibahagian ini? atau salah anda yang bekerja dibahagian sana? atau salah mulut anda yang salah tempat nak bercakap?

// siapa jua anda "cakap siang pandang-pandang, eyh". kawan tak kawan. gua pun ada mulut jugak. lu jangan lupa.



Apr 6, 2010

new thing

wow, tiba-tiba wheowheo sudah ada perkara hebat. (sila rujuk We Love to klik! klik!)

:)

ai like

Apr 5, 2010

monday # 01

pagi isnin woi.

:)

disebabkan mood baik, hari ini bolehlah main farmvillie pagi-pagi.


//ada sesiapa yang boleh ajar saya melukis??

// ada kemungkinan yang saya terpaksa mengharungi kesesakkan lalu lintas pada petang ini untuk ke kolej.

// ada kemungkinan saya akan tidur selama 10 minit di meja ini. tapi saya risau saya akan berdengkur.

// masih ada kemungkinan yang saya akan tidur. itu kemungkinan besar.

bersedia.

kroh! kroh! kroh!

Apr 4, 2010

helo sunday :)

pernahkah anda terkejut dari bangun tidur dan melihat matahari sudah meninggi lalu mencapai tuala dan nyaris-nyaris mandi awal kerana menyangka hari ini adalah hari isnin?

ya... anda rugi. sila rasai pengalaman menggelabah itu dipagi ahad sebelum itu, sila ambil cuti panjang.

Apr 3, 2010

how to train your dragon


saya bersama mami ingin menyumbangkan suara sebenarnya. oleh kerana terlalu ramai, kami tukar plan disaat-saat genting itu. "semua nak menyanyi tu suara mcm la sedap sangat,"

ini movie tercomel sepanjang bulan januari hingga april yang sudah saya tonton. walaupun muka night fury mcm muka stich dalam lilo & stich, tapi dia comel. ai like.

//yang sama mungkin kerana kelebaran mulut mereka dan gigi yang bulat-bulat itu. naga ini makan sayur mungkin.

wow... lagi 4 minit nak masuk hari ahad. wow. esoknya isnin. wow :D


p tengok weh. p tau.

//ada sapa-sapa nak teman ai tengok alice in wonderland sekali lagi? anyone?

bye bye mid term

hai kawan-kawan,

saya sudah habis mid term. saya ada 1 paper 2 final projek. sila bersabar. belum tamat sekolah. tadi saya buka paper, soalan mcm senang. konfiden la kan. ai baca buku semalam. tak tidur tak makan, tak tgk tv. tak main fesbuk (jangan la percaya sangat)

esok pagi exam, malam ini wajib baca buku. ha.. begitulah resipi kejayaan saya untuk UPSR yang meraih 2A. hahaha Fine!! 2 A ok. kakak saya 1A. saya menang.

selepas habis menjawab soalan dengan penuh yakin walaupun 5 soalan gestalt theory main hentam ikut kepala dikala itu, saya ttp puas hati. jawapan betul tapi huraian mcm haram tetap tak kisah. janji jawapan betul. like ai care semua tu.

sememangnya sejak azali lagi saya memang tidak suka untuk cek jawapan yang sudah dijawab selepas keluar dewan peperiksaan. memang tak boleh la. kalau jawapan salah, nanti asyik teringat sampai tak lalu makan nasik. apahal pulak kan.

disebabkan over konfiden yang terlebih-lebih dan hormon gembira terlebih sbb hari ini sabtu, esok ahad, isnin webit pulang, tangan tiba-tiba gatal lebih nak buka buku latihan gambar burung dengan perahu tu.

babi!! jawapan salah. ni yang aku malas ni. kan dah x lalu makan nasik. demit!!!


//jawapan sebenar ialah reading flow bukan culture. arghh!!


Apr 2, 2010

Pinat the great

//saya masih tidak tahu untuk menggunakan perkataan 'ironinya' untuk ayat-ayat saya. kesian.

mama kata pinat dah gemuk. saya tak sabar nak balik US, nak jumpa pinat. i love u i love u.

Al-fatihah

dulu, masa arial kereta saya dipatahkan oleh monyet-monyet durjana, siaran radio yang paling sedap didengar hanya ERA. itu saja yang clear (walaupun kadang-kadang srotsretsrotsret juga) tapi best. yang lain toksah cerita la. bunyi macam bersiaran dari angkasa lepas.

hari-hari gelak dalam kereta. biar la orang kiri kanan pandang serong. kereta korang tak dapat siaran ERA, jadi sila jangan jeles dgn ai.

sejak-sejak pasang semula arial kereta, masih lagi saya dgr ERA. seronok walaupun... ah, seronok lah kiranya.

tapi, apa nak dikata... Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Tuhan sangat sayang pada dia.



src - google


Al Fatihah

jam 2.23 am

saya risau kerana esok ada kelas photography. lusa ada exam element of graphic design. hidup saya tidak tentu arah.

oh webit, i miss you :(

Apr 1, 2010

oh kroniknya menaip chapter empat

kau percaya tak, tengah aku busy-busy menaip chapter 4, tiba-tiba ada rasa benda menitik dari hidung. jenuh aku sabarkan diri takut la kot kot darah ke kan. rupa-rupanya hingus. keji kan?



manggo yaw

nasib baik ada mangga yang manis sungguh ini, kalau tidak saya pasti rindu pada webit lebih-lebih. lebih-lebih lagi apabila time demam dan selsema ini. -_-

//ok, sambung manuskrip-ing