Aug 27, 2010

bobo dan momo

saya ada 2 ekor kucing. satu nama bobo. satu nama momo. oleh kerana sya terlalu inginkan anak lelaki. saya panggil bobo sebagai mohd khairi.

pada subuh-subuh gajah ahri ini, mohd khairi mengambil keputusan untuk terjun ke dalam kolah. tahu tak kolah tu banyak air? saya tidak tahu apa sebenarnya yang menghantui fikiran mohd khairi. mungkin desakan hidup untuk belajar berenang. mohd khairi juga suka minum air dari cawan. tidak kiralah air itu neskefe atau air jagung sekali pun.

mohd khari buka puasa makan tepung talam.

oke, sambung... saya langsung tidak dengar jeritan mohd khairi. tetapi hanya bunyi KEDEBUSH!!!

saya bergegas keluar dari bilik dah kelihatan mohd khairi lari ke bahagian depan rumah dalam keadaan seperti baru lepas mandi dan apabila saya memeriksa bilik air, kelihatan air di dalam kolah berkocak. ye ke berkocak. perkataan lain apa ah?

saya fikir, tidak mungkin mohd khairi terjatuh di dalam mangkuk tandas kerana air dalam mangkuk tandas tidak mungkin dapat membasahi tubuh badan mohd khairi yang gemuk itu.

momo pula kelihatan biasa. seperti tiada apa-apa ang berlaku. rilek depan tv.

saya ambil tuala dan lap badan mohd khairi yang basah kuyup. itulah kali pertama mohd khairi mandi sepanjang hidupnya beberapa bulan itu.

saya harap, bila pulang nanti, mohd khairi masih berada di dalam rumah dalam keadaan sihat dan mungkin berbaring di hadapan tv sambil makan sosej dan bukannya belajar berenang di dalam kolah bilik mandi.

sekian.


Aug 26, 2010

Tutorial bokeh



selamat mencuba

Aug 19, 2010

Hostel Strategy college 2005

Suara (Ku berharap) - Hijau daun
1522
ofis
.............


hostel Strategy College, Bangi 2005

Last semester, Diploma Graphic Design & Multimedia


// banyak cerita indah. nanti aku buku kan.


to be continue....

Aug 16, 2010

hang tenung ini puas-puas


sambil dengar muse - resistance, minum milo panas, hirup udara segar sambil sila panggung.

dasyat ah.

size 7 UK pulak. kaki gua size 5 je ni. macam mana?

x pe, beli dulu dan berharap kaki akan membesar ikut size 7 dan pakai sambil deting bersama suami yang hanya pakai slipper. i dont care.

untuk kesenangan korang, sila ukur kaki masing-masing dan convert kat sini.

selamat berjaya. saya nak p cari kredit card sat.

Aug 12, 2010

cerita puasa ke-2

puasa kedua
(hari ini tidak puasa)
best i ever had - vertical horizon


*****


sebelum keluar ke ofis, saya minum neskefe.

lepas tu saya sakit perut.

sudah 3 kali berak-berak.

hari ini mood untuk buat puding roti semakin berkobar-kobar.

hari ini juga gembira tengok angka dalam bank.

=3



Aug 11, 2010

mengisi masa senggang

12.04 pm
4 in the morning - gwen stefani
office

dalam 1 hari, ada la nak dekat 300 kali punya dok keluar masuk blog sebab nak update, tapi last-last, tutup dan terus pergi main fesbuk sampai muntah.

bulan puasa gini taboleh la nak pakai sexy-sexy kan. kena pakai baju kembang-kembang. kalau pakai baju ketat, nanti rasa bersalah lalu rasa nak buka puasa awal kerana rasa terlalu berdosa kerana pakai ketat.

teringat pula kisah saya dan benoe. kami semester akhir. tinggal di hostel (oh sungguh tade life). bilik bersebelahan. dan suatu hari, kedua roomate pulang ke kampung halaman. tinggallah kami berdua menjalani ibadah puasa dengan girang dan gembira. oleh kerana hobi kami bercerita, tercerita pula tentang seorang ini. itu ini itu ini, last-last rasa bersalah lalu mengeluarkan idea untuk buka puasa kerana rasa bersalah yang mendalam. lalu kami makan coklat yang sedap kepunyaan roomate benoe. coklat mahal dan sedap itu adsa semut. kami dua dah termakan. dah tau, makan jugak. dah kenapa dengan kami ni? hilang kewarasan ke apa?

oke, itu cerita remaja yang hilang akal buka puasa makan coklat bersemut.

12.20
Unintended - muse
office

asal jerawat kat pipi ni gatal ah. geram pulak aku.



kad ucapan


//memandangkan tahun ini adalah puasa terakhir sebagai ahli kelab bujang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan jangan jadikan alasan sakit perut untuk minum milo ais dalam surau.


tunggu puasa tahun depan, tengok aku pregnant ke tak.

heh =3

Aug 5, 2010

sambungan hidup gaya Kimora

Sebagai orang asia dan mempunyai kehidupan mewah dan memandu spotkar. saya tetap makan makanan asia. lebih-lebih lagi yang free.

kenalkan, ini laksam. rakan yang duduk berhadapan ini hadiahkan kepada saya. katanya "aku makan nasik lemak dah kenyang, hang makan la,"

jadi, dengan rela hati yang murni, saya ambil bekas dan sudu, tuangkan kuah dan laksamnya. sayur simpan tepi. makan sayur tak sedap.

terasa seperti jamuan rumah terbuka hari raya pula =3

selamat berpuasa kawan-kawan.

hidup gaya Kimora

sebagai seorang gadis yang bergaji besar dan hidup dalam dunia yang mewah seperti Kimora dalam life on the fab lane, saya memang sudah biasa makan makanan western,sarapan juga harus berunsurkan barat. hidup saya sungguh kebaratan. tak mainlah nasik lemak ayam letak sambal lebih. apahal pulak kan. tak artis hollywood langsung.

di dalam bekas makanan saya ada 5 ketul ayam bersize S yang pedas dan rangup dan juga 2 keping hash brown (satu sudah makan). dengar nama Hash Brown saja sudah tahu itu makanan mahal.

hidup ini indah. hari ini pakai baju kurung kerana ada shooting hari raya. tengok tu, siap ada shooting pulak.