Mar 31, 2010

blues hari rabu

hey stalker! pegi main jauh-jauh boleh? kalau tak boleh, sila buat perangai baik-baik di tempat orang. kalau tak, nanti kena sumpah. tahu?!

-------------------

ok, berbalik kepada cerita asal kehidupan saya yang indah warna pelangi dan berbentuk hati bercantum ini :) . walaupun kami amat sibuk : saya sibuk dengan jadual kelas yang tidak padat, penulisan manuskrip yang tidak boleh ada orang bersama sewaktu menulis, sesi makan yang harus berdua, sesi bercakap telefon 3 minit jika tidak berjumpa dan tekanan perasan kerana tiada idea untuk menulis ini dan dia pula sibuk dengan kerja yang rasanya tidak akan habis sampai bila-bila dan kerja luar yang agak ... emm.. entah macam mana nak cakap, tapi kami tetap gembira. :)

sebenarnya takde apa yang saya nak type kat sini. cuma saya agak penat, selalu nak tdo awal, nak bangun lambat-lambat, walau apa pun kata orang dan orang-orang veteren "anak dara tak elok bangun lewat" tapi kenyataan nya saya hanyalah manusia biasa. adakalanya saya tidur jam 3 pagi, bangun subuh, (kadang kala tertidur semula dan bangun untuk pergi kerja) jadi, saya tidak akan menghiraukan kata-kata tersebut. cakap senang la, cuba la tidur 3 jam satu hari.

baju pula belum bersidai. saya risau kalau-kalau hujan dan tiada sesiapa di rumah untuk mengangkat baju-baju saya. kalau ada pinat, lain la cerita. tapi, kalau ada dia sekali pun, bukan boleh jadi apa. baju dia sendiri tak bercuci.

hari ini webit tiada :( dia pergi berjuang demi negara dan pendamaian. **tiba-tiba. saya pula demam hari ini. tekak sudah terasa perit dan hingus dari lubang hidung kanan sudah mula menerjah keluar. saya sumbat dengan tisu. padan muka dia. oh~ ini bukan kes rindu webit. ini masalah cuaca dan saya agak sensitif dengan perubahan cuaca yang mendadak. saya ini sesuai di antartika sahaja dimana sana hanya ada musim sejuk.


ini adalah buku-buku murah yang saya beli semasa PBAKL 2010
sudah 2 buah buku yang habis dibaca dan satu lagi sedang dibaca dan yang lain-lain belum mula lagi pun.

//esok saya cuti. lusa pun saya cuti. :) seronok weh.



Mar 27, 2010

bauan lelaki

benarlah apa yang saya baca di majalah REMAJA. wanita senang tertarik dengan bauan lelaki.

saya senang tertarik dengan bauan. kalau bau wangi, tapi tak hensem, senang betul saya hendak bertegur sapa. percayalah.

rata-rata lelaki yang rapat dengan saya adalah berbau wangi. sila percaya.

kesan PBAKL

jum urut kaki

Mar 24, 2010

Pengumuman

Hai,

Kepada sesiapa yang mempunyai novel hasil tulisan Matt Romeo terbitan creative enterprise atau mana-mana syarikat penerbitan lain yang ingin menjual novel-novel tersebut tidak kira first-hand atau second-hand, sila hubungi saya dengan kadar segera di wheowheo@gmail.com dengan subject "Matt Romeo"

terima kasih.

Mar 18, 2010

pot pet pot pet

Maaf. saya terlalu sibuk menguruskan hal-hal yang tidak penting sekaligus memenatkan saya dan saya terpaksa tidur awal dan ponteng kelas. saya baru bangun tidur ni. kawan saya ajak karaoke. saya jawab tidak mahu. tetapi dia ajak juga. jadi, saya ikut.

esok pesta buku. esok juga ada kelas photgraphy, malasnya saya. nanti malam saya fikirkan. kakak saya telah menempah tiket ke bandung pada November. tiket mahal. mencecah hingga 400. gila. tahun lepas saya pergi hanya 250. benci. saya harus bayar lebih. ingat saya suka. hotel lagi, makan lagi. macam mana nak simpan duit untuk kahwin?

saya hendak kemas bili, tetapi tiada kekuatan. bagaimana? saya pernah bercadang untuk mengambil seorang bibik, tetapi hanya untuk hujung minggu sahaja. tetapi, niat saya berkubur begitu sahaja.

saya kenal seorang lelaki. saya tak berapa suka kan dia. dia selalu banyak hal. maksud saya, banyak songeh. banyak alasan lebih tepat. itu ini. gilakah. lempang mahu? saya tidak berapa suka. tadi, dia buat saya tidak suka dia lagi. kali ini lebih. hishhh....

tadi, saya buka entri-entri lama. banyak perkara yang tidak menggembirakan. kasihan. saya patut post entri yang menggembirakan banyak-banyak supaya dos-dos positif dalam badan saya lebih laju bergerak dan pemikiran saya lebih suci dan otak saya cerdas seperti shinchan.

siapa tahu bila ptptn masuk?

Mar 13, 2010

marah

kadang-kadang, apabila marah, berdiam diri adalah lebih bagus.

jika aku mula bercakap, misti hang rasa nak bunuh diri sekarang juga.

Mar 7, 2010

i nak p tanned kan kulit

esok pagi, ai p langkawi. nak hitamkan kulit. ai nak jadi pelajar dari luar negara. nanti p kelas boleh la cakap omputeh. boleh la tipu lect cakap ai tanned kan kulit kat hawaii.

jadi, you jangan windu windu ai eyh.

Mar 5, 2010

oh life

hari ini banyak kerja.

bekerja dibahagian graphic kadang kala boleh buat manusia gemuk kerana tension dan lepas tension mereka memilih untuk makan dan selepas itu mereka makan lagi dan lepas tu mereka lagi tension kerana banyak makan dan lepas tu mereka berenti kerja dan menganggur.

what a life

Mar 3, 2010

facebook

saya menghabiskan malam saya dengan membuka semua facebook kawan-kawan sekolah. paling lama ialah fasha sandha.

wadehek.

Mar 2, 2010

baru hari selasa

demam.

weekend, off to langkawi.

assignment banyak.

-_-

Mar 1, 2010

Niyang rapik

saya demam. *.*

semalam saya dan arnab-kerenteng menonton Niyang Rapik (setelah memberi janji manis dan paksaan sejak beberapa hari yang lalu) seperti biasa, kami menonton di MBO ampang.

mula-mula memang la agak seram. tapi... bila separuh.... lagi separuh... dah nak habis.. ha.. mula la ngarut sikit. ish... saya tasuka la liyana jasmay belakon. tabest.

banyak saya persoalkan:

1. apa kena mengena hantu-hantu yang ramai-ramai tu?

2. apahal pulak lepas 6 bulan zack sakit, mati, baru kawan-kawan dia kena?

3. adakah Niyang rapik tu tempat hantu-hantu? banyak hantu sangat ni. semau mcm mati terbakar je rupanya.

4. satu kampung ada 2 orang. Sallah dan Pak neram. oh.. dengan hantu laila.

5. apa kena mengena tangkal yang Pul pakai dengan semua2 ni? tade apa-apa. hiasan je.

tiada linkage.

dua setengah bintang.

thank you.


next, cerita Alice in wonderland. :)