kucing saya sedang bergaduh. saya malas hendak ambil pot. biarlah apa nak jadi pun. janji perut saya kenyang makan asam laksa dengan mee kari ipoh. 2 sekali gus. like i care. kalau gemuk pun bukan korang tidur sekatil dengan aku. diam-diam sudah.
******
saya masih sukar hendak mempercayai apa yang saya dengari siang tadi. ya lah. saya tidak terfikir pula perkara sebegini akan berlaku kepada saya. lagi-lagi pada umur yang semakin meningkat ini. perkara-perkara yang saya sendiri tidak terjangka akan kejadiannya. saya fikir, perangai keji begini hanya berlaku didalam cerita buku saya, rupanya berlaku juga dalam kehidupan nyata ini. sungguh hebat.
oh ya. simpan sahaja ".... nak minta pendapat" itu. itu adalah perkara paling tidak berguna saya pernah dengar. itu tidak lain tidak bukan hanya ingin bergosip. anda bukan menyumbang kebaikkan dan kesukaan orang. malah anda menjadi bahan kutukan dan pengajaran supaya jangan berkawan dengan orang yang berperangai keji dalam diam seperti anda.
siapa tahu. mulut orang. jangan percaya sangat. sembahyang cukup 5 waktu pun belum menjanjikan yang mulut orang akan sentiasa baik. apatah lagi yang mengaku kawan baik itu. yek!
berita dan pertanyaan yang diajukan kepada saya agak mengecewakan. sekali lagi, siapa sangka orang yang sembahyangnya cukup 5 waktu tapi mulut masih macam ........ ya, sila sambung. tidak habis dengan seorang. seorang demi seorang dia membawa berita yang kononnya HOT itu. HOT sangat ka? tang mana yang HOT?
tidak habis-habis dengan perangai "ai tahu rahsia dia, u?" sudahlah. apa keberkatan yang diberi untuk ganjaran itu? tidak sudah-sudah dengan itu. mulut masih sibuk bercerita tentang berita yang tiada kepentingan baginya. tiada kena mengena lah lagi senang. tiada bersangkut paut sikit pun. cuma sekadar mengisi masa lapang sementara tunggu cukup jam untuk balik. lebih baiklah bercerita tentang perihal orang. tentang dirinya yang menjadi mangsa serangan itu dan ini. perihal dirinya yang cuba menegakkan keadillan, menegakkan apa yang betul. entah apa yang betulnya entah.
grow up weh! sudah-sudahlah dok bercerita hal orang. tiada sebarang pahala yang dapat dikongsi bersama melainkan dosa yang berat. apa yang anda cuba lakukan? tidak cukup seorang? harus dikongsi dengan semua orang sampai satu kempeni tahu? suka?
baguslah. lepas ini jangan haraplah akan ada yang akan berkongsi rahsia dengan mulut kecoh macam anda kerana perangai 'baik' anda sudah tersebar luas dek kerana mulut anda juga. orang tidak akan memandang 'orang' yang kamu ceritakan, tetapi diri kamu yang membawa cerita tentang keburukkan kamu sendiri.
dipenghujung hidup anda, anda akan kesal kerana bersikap begini. nak minta pendapat konon, nak kongsi perasaan konon, nak itu ini konon. sudahlah. jika anda rasa anda berhak untuk itu (apa yang anda sudah lakukan) teruskan. tapi, jangan memaksa orang untuk menyukai anda dan perangai 'baik' anda itu.
saya? serik. kali ini saya belajar untuk serik. serik dengan kamu. mulut celupar! jangan datang kepada saya untuk bertanya pendapat. saya tidak hingin mendengar pendapat atau masalah kehidupan kamu lagi. cukup-cukuplah! saya bukan bermulut baik, tetapi saya tidak pula bercerita tentang kamu. cerita tentang kamu langsung tidak menghiburkan. maaf.
bff? no.