di sini, mereka sedang sibuk bersembang tentang game semalam. bola sana bola sini.
saya?
duduk diam-diam sambil makan putu mayam.
--------------
saya ada menerima beberapa job freelance. ye lah, dengan gaji 5000 ni, mana nak cukup kan. jadi, saya ambil freelance. boleh dapat 10000. ha. tak suka? saya suka.
sebagai seorang yang berpengalaman, walaupun 4 tahun itu dikira pengalamanlah juga, saya meletakkan harga padsa setiap perkara. jika layout buku, berapa-berapa, jika banner suka-suka berapa-berapa, jika apa pun sekalilah, pasti saya akan meletakkan harga. untuk memastikan saya tidak lupa, saya tulislah di mana-mana.
Harga yang ditetapkan adalah standard saya. tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah. tidak tertalu mahal kerana saya tahu tahap kerja saya. tidak begitu hebat, maksudnya, bukanlah begitu hebat jika hendak dibandingkan dengan international designer. jika saya sehebat itu, saya tidak berada di sini sekarang. mungkin saya sedang bergembira bekerja sebagai creative director yang arah-arah sahaja. dan saya tidaklah cikai sangat sehingga perlu menurunkan harga yang terlalu murah.
it`s about idea dan creativity. idea itu yang mahal. jika hang pandai guna application tapi idea tade dan asyik cilok idea orang memanjang, tak guna juga. lepas tu nak letak harga tinggi-tinggi. apa jadahnya.
saya juga masih musykil tentang mereka yang memberi job serta bayaran. bayaran harus diberitahu dahulu sebelum hang bagi job. maksudnya, "bayaran 100 dan jobnya buat illustrasi 1 page" saya lebih senang begitu. dan jangan pula "buat vector begini-begini. bayaran tade hal" sudah hang mintak itu ini, tukar itu ini, adjust sana sini, bila minta bayaran "Mahalnya, kurang sikit boleh?"
ah! itu yang saya malas nak bekerja dengan orang macam tu. hang nak macam-macam. lepas tu bila mintak bayar, hang bising macam-macam. tulah ini lah, mahallah. ohhhhh masa hang mintak macam-macam, hang tade fikir pulak benda tu kan.
jangan ingat aku ini kuli hamba abdi wei. aku bukanlah terdesak sangat sampai kena ikut apa saja kata hang, sanggup terima apa saja hang kata. oh, noway. kalau kata harga saya letak itu mahal, kenapa masa mula-mula tak mahu tanya. konfiden macam boleh bayar harga 10ribu.
setakat nak kecoh 450 tu mahal, baik hang tutup saja kampeni yang hang kata hebat tu. ini idea wei. kalau nak murah, copy saja idea dari intenet, lepas tu suruh 'designer' copy cat. 50 ringgit pun boleh dapat.
aku kerja, hang pun kerja. jadi, tak perlu bising-bising dan asyik nak nego harga. nak, bayar. tanak, sudah! aku belum terdesak untuk bg artwork ni dengan harga 100.
janganlah ingat aku ini bodoh amat. aku belajar jugak weh. tinggi jugak.