Jul 30, 2010

level kekasaran

kalau hang dah ada duit dalam tangan (cash) baru hang datang cari aku. sebab aku tak terima bayaran guna kad kredit atau debit kad ni.

lagi satu, kalau agak-agak tak mampu nak bayar, lupakan niat suruh aku buat kerja untuk hang oke.

sebab aku mata duitan. bayaran untuk setiap freelance yang aku buat, mahai.

seriyes.

dan

tak perlu lah kot nak invi kat aku dalam YM.

kalau aku cakap "pergi jahanam" kasar sangat tak?

sabar la eyh. tunggu giliran hang dapat balasan pulak. aku tade hal nak maafkan orang ni. tapi, jangan datang cari aku dah la. sebab aku menyampah nak bekerja dengan orang yang berlagak matang bodoh tapi tak matang dan bodoh.

kasar eyh?

aku tak kasar la. kalau aku kasar, mesti webit dah cari perempuan lain. kalau aku kasar, mesti kucing-kucing aku tak datang manja-manja. kalau aku kasar, mesti pinat dah lari dari rumah.

aku kasar dengan orang yang macam hang ni je.

bodoh.

// tahu apa itu stud? saya sudah pasang semula =3

Jul 29, 2010

tiada tindik lagi


hari ini, genap 2 hari saya menanggalkan subang lidah.

orang panggil subang lidah eyh?

ya, sudah 2 hari...

dari 6 tahun.

makan, minum air, rasa janggal. rasa air masuk terus ke tekak. lain macam betul rasanya.

gloomy

saya memang tiada jiwa dan kesungguhan hati untuk beramah mesra dengan sesiapa pun pada hari ini.

hari saya mendung.


******

jadual ketat dan masih mencuba untuk luangkan masa bersama webit dan, yes, thank you very much. ai rasa u sudah bersedia untuk hidup sendiri sampai tua.


surat untuk bf # 01

dear webit,

ai ada hati untuk dijaga. Jika umur panjang, harapnya kita dapat tua sama-sama.



yang benar,
perempuan garang!

Jul 27, 2010

toink toink

i know you have a life. But, get a better one.

















//dari hang nak menyibuk pasal orang lain tak tentu pasal

Jul 26, 2010

terciptanya hari isnin yang mekar membunga.

saya jarang sekali mengantuk waktu pagi di ofis. kerapnya mengantuk ni berlaku waktu petang dah selepas makan tengah hari.

kroh! kroh! kroh! kroh!

minggu ini saya akan pulang ke kampung bersama bobo dan momo. webit tidak mahu ikut sekali. beliau ada kampung juga. balik kampung sendiri katanya.

fine.

hujung minggu ini juga saya akan setelkan hal dewan untuk kenduri beserta tempat penginapan keluarga pengantin. ewah... pengantin ye. hok hok

saya mengantuk lagi ni.

pedih mata menahan jiwa mengantuk ni. tak guna betul. nak buat kerja pun susah.

barang hantaran? jtidak usah ditanya. memang tak beli apa pun. tengoklah, minggu depan ke.

ha, ni lagi satu hal. parking di kawasan bawah rumah saya tu. ada pakcik sorang ni, "jangan parking situ. nanti orang nak punggah-punggah barang. Parking sebelah sana."

saya sudah pun keluar dari kereta dan..... masuk kereta semula dan alihkan kereta. punggah barang? bukan ada gerai/restoran/ atau apa-apa yang boleh membuatkan pemunggahan barang berlaku.

dan tiba-tiba, ada kereta lain datang parking. BOLEH PULAK!!!!! cis. pakcik ni.

//hari ini mahu berbuka puasa dengan tomyam. uh~ indah indah

Jul 15, 2010

tolong jangan minta perhatian secara menjaja cerita

aku harap, tiada orang yang menjaja cerita dan menagih simpati secara extreme di sini. kerana orang dah muak dengar cerita karut itu. tak habis-habis dirinya yang jadi mangsa.

orang-orang bijak mula mempersoalkan cerita ni.

entah betul entah tidak. tolong tak ikhlas. kat belakang, merungut macam-macam.

ini ke cara tolong? baik tak payah oke.

ini fakta!

kalau perlu, printscreen la. aku sikit pun tak heran.

barang hantaran

saya belum beli apa pun.

nak beli apa dulu ah?

pejam celik pejam celik. dah bulan 3. jenuh. apa benda pun tak buat lagi.


//jum pasang lagu raya kuat-kuat. tahun ni raya terakhir sebagai orang bujang. mari beli baju mahal mahal :)


Jul 12, 2010

Eclipse


semalam saya dan kekasih menonton Eclipse. sepeti yang di gembar gemburkan dan pendapat-pendapat negatif berkata, saya agak bersetuju. saya agak sahaja, bukan bersetuju 200% dengan pendapat negatif itu. no.

cuma kali ini, kegilaan saya terhadap edward dan jacob semain berkurangan. mungkin sebab saya sudah bertunang dan telah menutup hati utk lelaki lain ataupun, depa dua ini memang teruk.

dan

saya tidak suka bella. maaflah semasa membaca Eclipse pun, watak bella sudah berjaya membuatkan saya menyampah dengan dia.

oh, berkesan sungguh watak bella yang tergilakan vampire dan nak cium jacob mcm bangang.

eeeeeee tak sukalah. dah la ada gigi arnab. bluek

bersabarlah menunggu breaking dawn. saya sabar ni. jangan harap nak tengokm eclipse dua kali melainkan webit belikan DVD. itu pun kalau terpaksa.

annoying

sudah-sudahlah tu.

rumah sudah siap

pahat masih belum berhenti

sudah-sudahlah bertukul tu

pesanan aku : janganlah sesekali buat orang meluat dengan perangai bodoh begitu. belajar bersyukur adalah lebih baik.

Jul 6, 2010

entri marah

saya memang tengah marah ni.

1. pasal kelas yang entah pindah kemana. bagus punya lect. hang janji pukui 5.30 tapi sampai 6.30 tade sapa pun. bagus kan? student 8 orang pun tak larat nak ingt. bangang!!!

2. bagus la webit tanak jaga kucing. esok aku nak p cari laki yang boleh tolong jagakan sekejap.

eh, saya memang tengah marah banyak lah sebenarnya.

bagus!

esok, jangan harap nak dapat senyum. ko hadap la muka bengis ni 24 jam.