
pada subuh-subuh gajah ahri ini, mohd khairi mengambil keputusan untuk terjun ke dalam kolah. tahu tak kolah tu banyak air? saya tidak tahu apa sebenarnya yang menghantui fikiran mohd khairi. mungkin desakan hidup untuk belajar berenang. mohd khairi juga suka minum air dari cawan. tidak kiralah air itu neskefe atau air jagung sekali pun.
mohd khari buka puasa makan tepung talam.
oke, sambung... saya langsung tidak dengar jeritan mohd khairi. tetapi hanya bunyi KEDEBUSH!!!
saya bergegas keluar dari bilik dah kelihatan mohd khairi lari ke bahagian depan rumah dalam keadaan seperti baru lepas mandi dan apabila saya memeriksa bilik air, kelihatan air di dalam kolah berkocak. ye ke berkocak. perkataan lain apa ah?
saya fikir, tidak mungkin mohd khairi terjatuh di dalam mangkuk tandas kerana air dalam mangkuk tandas tidak mungkin dapat membasahi tubuh badan mohd khairi yang gemuk itu.
momo pula kelihatan biasa. seperti tiada apa-apa ang berlaku. rilek depan tv.
saya ambil tuala dan lap badan mohd khairi yang basah kuyup. itulah kali pertama mohd khairi mandi sepanjang hidupnya beberapa bulan itu.
saya harap, bila pulang nanti, mohd khairi masih berada di dalam rumah dalam keadaan sihat dan mungkin berbaring di hadapan tv sambil makan sosej dan bukannya belajar berenang di dalam kolah bilik mandi.
sekian.