jam menunjukkan nombor 2.24. waktu tidur sudah terlepas. bermakna ada harapan untuk tunggu subuh dan mandi seawal yang mungkin dan berjoging dengan jayanya dan bersarapan makanan sihat dan rendah lemak. contohnya nasik lemak ayam -_-
ok, tidak akan terjadi mandi seawal mungkin, joging dengan jayanya. apa ni? tade life ke? hohoho
saya ingatkan saya emo kerana period. tapi saya silap. BUKAN! saya emo kerana saya memang emo.
lately banyak perkara-perkara kecil yang mengganggu. contohnya kena ubah font, kena kemas meja, kena sidai baju, orang tak jawab kol, LECT TAK REPLY SMS, mohd khairi sepahkan rumah, dan macam-macam lagi lah.
tadi mohd khairi main ligan-ligan dalam rumah dengan momo. main punya main nasib baik tak masuk dalam mangkuk megi saya atas meja. kalau tidak, memang kena celup dua dua ni. betuah!
oke,
perasaan emo kembali menerjah apabila basuh baju dalam mesin basuh dan termasukkan bra sekali. cuba bayangkan anda, maksud saya wanita, memakai bra yang besinya terbengkok-bengkok. hangin jugak rasanya.
dan lagi, besi itu terjojol keluar dan menycuk dada anda. memang hangin la kan. muka ketat pakai spender adik. memang bra terkeluar besi itu berjaya memusnahkan hari anda sekeluarga. demit.
lain kali jangan basuh bra guna mesin basuh. basuh tangan je. paham?!
rambut keguguran menjadi punca rumah nampak selekeh. contoh terbaik adalah rumah saya. itu belum dikira dengan rambut mohd khairi dan Ms. Momo. melekat-lekat pula pada sofa. heeee.... jenuh juga nak memberus.
kalau x sapu, sakit mata memandang. rumah mcm rumah orang pemalas. baik tinggal hotel je. pagi-pagi ada orang datang kemas bilik.
ada laki, dah la kau tu emo, pemalas pulak. jangan heran la kalau tiba-tiba laki pergi cari gf lain. nak kata padan muka, kesian pulak.
hang jangan emo-emo. kol kawan-kawan, bercerita tentang masalah laki hang cari pompan lain. pergi baca buku bagaimana nak tackle hati suami. pegi la.
lately, entry saya panjang-panjang.
nampaknya webitt tiada selama seminggu. berliau akan berganding bahu bersama pelakon terhebat tanah air india, shahrukhan dalam filem terbaru beliau. ok, tipu.
jadi, dengan itu, saya akan memulakan kehidupan sebagai penulis kreatif selepas webitt berangkat pulang ke tanah airnya. heh. saya dah pesan sari. ala, untuk pakai bertandang rumah sedara mara lepas kawen :)
pergelangan saya gatal-gatal, nampaknya, saya harus beli jam harga seribu untuk mengelakkan kegatalan yang berpanjangan.
saya nak pegi jusco. beli bra baru.
bye.