Aug 25, 2011

they come and go

saya sebenarnya


sedang


berjauh hati


.


entah kenapa perlu update kat blog

azam baru

azam baru bukan untuk new year saja. lagi pun kau orang semua bukan setia dengan azam baru sangat kan. banyaknya sampai tengah bulan saja. lepas tu lupa.


azam saya, saya nak tukar layout wheowheo ni. ada cadangan? hitam ni macam emo sangat. nasib baik pakai celak nipis.


itu adalah azam hari raya.


azam awal tahun haritu....


dah lupa dah.


tengok!


kan betul saya cakap.

Aug 24, 2011

kalau nak duit tambang pegi haji pun agak-agaklah macik

entah sumpahan apa intenet saya hari ni. langsung tak laju macam pakai unifi. tolong jangan bersikap keji ya.


saya bersemangat untuk berjalan di pasar ramadan berseorangan. jalan sorang boleh jalan laju-laju.


pusing barisan no.3 penat. jumpa nasi beriyani. beli 2. mahal. tapi nasi beriyani, lauk besar2. okelah.


ke gerai sebelah. tengok sambal sotong. adalah sebesar dua jari. teringin pula. 


"macik, nak 2,"


nampak udang masak lemak.


"macik, bagi ucang 4 ekor,"


macik siap bungkus.


"berapa?"


"RM13"


hah? RM13? mahalnya. sotong satu berapa?


"RM4"


gila? macik gila? dah berapa kali ulang alik pegi haji?


udang kecik satu seringgit?


agak-agaklah kan. kau kaya smp macam mana?


pttlah takde orang yang singgah. sumpah aku tak pegi beli dah.



Aug 23, 2011

adakalanya gembira tidak boleh di kongsi. adakalanyalah.

saya terlalu gembira bila lect tepuk tangan pada hasil project saya.


saya terlalu gembira dan saya mahu share dengan semua


saya terlalu gembira sampai tak boleh tunggu balik rumah


tapi, apa yang di balas saya, langsung tak menunjukkan dia gembira apa yang saya kongsi bersama


kecewa


sepatutnya, dialah orang yang paling akan gembira dengan saya.


kecewa


saya sedih.


selamat hari raya.

Aug 22, 2011

SHIT #O4

 
what is the shit is what when you buy a pirate cd movie, the chinese guy told you "very clear. don`t worry. ini cerita lama,"


and when you pasang at your dvd, the picture was so dark and the quality is so 0.5 / 10 plus the kembang-kembang and you will never recognize which one is johnny depp until you heard his voice.


very the clear ha?


cis SHIT!


//bila marah-marah ni, malas nak cakap melayu. tak rasa datin macam drama melayu tv3.


Aug 18, 2011

Janji Manismu

dengan ini


saya mahu menyampaikan sebuah lagu


yang bertajuk


Janji Manismu


- saya, tadika kemas, 1991

Aug 15, 2011

846, masih hidup cuma sibuk

assalamualaikum


Saya sihat.


cuma sibuk menatang suami bagai minyak yang penuh. mahu menatang anak, tiada pula.


juga sibuk menyiapkan laporan research dan proposal yang sepatutnya sudah di hantar dan juga sibuk menyibuk menyediakan print ad untuk subject Advertising. sibuknya bukan main sibuk lagi.


sekarang, tidur pun tidak cukup. kepala sakit sebelah kiri. ingatkan mengandung tadi. tapi tak muntah pula. haih~


ok, cukup sampai sini dulu. saya benar-benar sibuk hingga tak sempat nak lipat baju dan basuh pinggan. 


sibuk menjadi penyibuk. malam ini mahu cuba siapkan seberapa banyak yang boleh supaya esok jumpa lect. boleh approve semua dan print laju2.


ok. ok. saya belum mandi sebab terlampau sibuk.


"sembahyang jangan tinggal, oke,"


babai

Aug 8, 2011

853. perihal pelajar

sedang mengalami ketagihan warna hijau dan navy blue


juga ketagihan melihat huruf-huruf dan tamak nak tulis banyak buku. sedang dihujani idea-idea. "jangan berhenti dulu eyh,"


dan juga hidup agak kucar-kacir apabila lect bagitahu isnin ini final presentation. apakah masalah dia. kenapa tiba-tiba saja mahu buat presentation. final pula tu. :C


ok, nak cerita tentang seorang budak lelaki. 


dia tiada masalah sebenarnya. cuma <--- tiba-tiba ada cuma


cuma dia ini pelik sedikit. bukan. dia bukan suka pakai rambut palsu. bukan.




kes 1 :


dia : kak, labeling macam mana? dah siap?


Saya : Dah. tapi kena reject. packaging pun sama. awak dah siap ke?


dia : saya belum. tapi Mr.*** cakap dan boleh proceed buat kat sponge.


saya : oh ye? kang kena reject lagi x pasal-pasal.


dia : eyh, dia kata saya punya dah oke (muka konfiden dapat A)


saya : oh ye? labelling dah siap?


dia : ha, itu belum lagi. tengah nak buat ni. esok nak tunjuk. heh heh heh <--- dia suka sengih tak tentu pasal.




Kes 2 :


Dia : kau dah siap packaging?


budak lelaki (BL) : belum. last week x datang pun.


Dia : tu la, kau x datang, ****** pun tak datang.


BL : Kau punya macam mana?


Dia : AKu punya Mr *** kata dah oke. dah boleh buat.




rumusan :


semua dia atas adalah menjadi punca mengapa saya kurang suka untuk bercakap dengan dia. semuaaaaaaa dia punya oke. semuaaaaaaaaaaa dia punya cantik. semuaaaaaaaaa dia punya betul. ha. mcm tu.


dia pegi kat orang tu, dia cerita benda yang sama. dia pegi kat orang dia cerita lagi. dia pegi kat orang tu dia cerita-cerita lagi. penat ah nak dengar. dah la cerita semua benda dia punya oke. dia punya cantik.


dia akan tanpa henti bercerita perkara yang sama pada setiap org di dalam kelas. apa salahnya kau tunggu semua org masuk dan kau ceritalah. tak perlu kot kau nak cerita sorang... sorang... sorang...


akak yang dengar ni pun letih dik oi. udah le tu.




****
 tadi, saya sampai awal.


biasalah. saya keluar awal. elak jammed di jalan raya ibu kota yang penuh pancaroba ini. **sigh


pukul 5 sudah tercongok di depan cafe. nak minum tak boleh pula. sedih. lalu membuka MBP dan mengedit Mencari Sofea Jane.


2 orang budak lelaki ambil tempat di hadapan saya. baik punya rokok sebatang di celah bibir.


saya fikirkan, dia terlupa atau tersasul (tersasul?) lalu dia nyalakan rokok dan menghembus dengan girang. 


lalu dia membeli pula teh o ais dan minum. saya tenung dia. bagaikan tenungan yang membawa maut. dia segan-segan dan berpura-pura sembang. kawan dia pun sama. sudahlah dua dua itu tidak hensem. tidak puasa pula. itu adalah keji ye.


tiba pula 2 orang lelaki duduk di sebelah meja saya. seornag berbangsa sikh. seorang lagi saya yakin dia melayu. toksah le dok cakap omputih. macam le hidung penyet kau tu boleh selindung.
"i hope you don`t mind..." kata lelaki melayu yang agak pendek dan berusia itu kepada lelaki sikh itu tadi.


keji.


saya jeling-jeling.


masih tidak faham.


saya buat-buat kibas asap rokok. kau nak terasa, terasa lah pakcik. tapi kau tak puasa sambil hisap rokok dan minum teh tarik itu adalah keji. harap-harap kau sempat bertaubat.


harap-harap kita juga sempat bertaubat. jadikan ini pengajaran. jangan dah tua-tua tapi taknak puasa.






******


sedang membaca kembali Mencari Sofea Jane :)


tukar itu, tukar ini. siap!


esok pagi nak mandi wajib.


bye.

Aug 7, 2011

Post yang ke 852 . Manuskrip siap. hati pun gembira

tahniah.


 webit sedang lepak depan tv dengan perut yang buncit.


kami berbuka puasa dengan nasi beryani.


betul kata mama


beli makanan di luar belum tentu sedap. samalah juga dengan chiken wings ni.


seriusly tak sedap.


mata pun mengantuk. memang ada can nak tido awal.


oh, lupa.


manuskrip Mencari Sofea Jane telah saya siapkan dengan jaya.


ofkos la seronok weh.


saya nak belanja naget kfc untuk diri sendiri untuk sahur nanti :)

harap-harapnya

buang semua rasa kotor dalam hati


dengan itu 


kita dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai umat islam untuk berpuasa di bulan ramadhan ini dengan hati yang suci


semoga segala kebaikkan kita diberkati.


oh, sungguh berirama


untuk pengetahuan semua


manuskrip Mencari Sofea Jane sudah siap.


sambungannya...


akan.


Insya Allah




*****


final semakin dekat.


semakin sibuk dengan urusan kehidupan.


harap-harap dapat A kalaupun tidak dapat A+


amin.

Aug 3, 2011

Bersahur nasi goreng ala warung dan resipi nasi goreng hijau

saya tak berapa suka buat nasi goreng guna perencah. selalunya tidak kena dengan selera. termasuklah yang ini.

sahur yang suram.

masa di asrama dahulu, saya belajar buat nasi goreng dengan sorang kakak ni. Kak Nurul namanya. orang johor. mak dia buka restoran. 

kawan-kawan di hostel dahulu namakan nasi goreng saya nasi goreng hijau. sebab memang warnanya hijau. saya letak cili banyak sangat. lepas tu saya akan sakit perut sebab makan pedas. tapi sedap wei.


Resipi nasi goreng hijau saya adalah:

1. sebiji bawang besar

2. 2 ulas bawang putih

3. beberapa cili padi (ikut kepedasan yang diri sendiri mahukan)

4. ikan bilis yang cantik (harga di pasar malam RM5.50 100g) kuantiti ikan bilis mengikut rasa hati sendiri.

5. nasi putih (mengikut sukatan perut masing-masing)

6. minyak masak


cara-caranya:

1. tumbuk semua bahan-bahan tadi. guna lesung batu untuk dapat feel ala kampung. (lagipun rumah saya tak ada blender)

2. tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga air bawang agak kering

3. masukkan nasi dan perisa yang dibenarkan (garam)

4. gaulkan dengan sebati 

bahan exra : boleh dihidangkan dengan telur mata atau telur dadar. ikut hati masing-masing.

yay. dah siap untuk dihidangkan.

maaf, tiada gambar.

lagi pun tadi saya guna perencah. tak sedap.

selamat mencuba!



Aug 2, 2011

Selamat berpuasa, people


klik untuk image yang lebih jelas

Aug 1, 2011

1 ramadhan

Alhamdulillah


selesai bersahur bersama webit.


eyh, ini sahur ramadhan pertama bersama suami


perasaan memang lain macam.






sedang mencuba menyelesaikan baki mencari Sofea Jane.


sedang mencuba dengan bersungguh-sungguh.


sedang mencuba untuk buat 1 resipi 1 hari.


kan?


best kan?


tunggu petang ini oke


:)




oh ya




saya Wan Nazwani Wan Johan, berlapang dada dan dengan rendah dirinya memohon maaf kepada semua. mulakan 1 ramadhan dengan hati yang suci.


:)


Selamat berpuasa