masih. sabar eyh. banyak tahun lagi ni.
Setelah bergelumang dengan hidup di KL yang penuh pancaroba dan dugaan yang datang silih berganti, hidup saya kembali bersinar-sinar. hidup saya ditemani oleh senior-lah-sangat. Saya, Nad, Kak Ha, Wati dan Kak Shima suka keluar jalan-jalan. ada kala lewat malam baru pulang.
oh well. KL la katakan.
Kami ke NZ atas. lepak-lepak. anak muda. biasa la. lepak-lepak tu macam rutin kehidupan. Kak Ha pandu kembara. seronok weh. bukan selalu saya dapat naik kereta di KL ni. jarang-jarang sekali lah. maklumlah, naik keta masa kat kampung je.
Saya pakai sleeveless biru dan jeans. rambut pendek macam budak laki. saya comel.
ok ok sabar. jangan lempang pc. sabar.
lalu sebuah kereta mira warna oren. saya tengok saja. lagi sekali kereta tu lalu. tapi kali ni kereta tu berenti. sekumpulan lelaki yang agak kacak.
aish.. saya malu berdepan dengan lelaki kacak ni. apatah lagi bila mereka tegur dan tanya " ada nampak kereta plat negeri sembilan tak?"
err... malam-malam buta macam ni, ingat aku kuase nak tenung no. plat keta org?
saya geleng kepala.
diorg turun. 4 orang semuanya. disebabkan saya dan Kak Ha sahaja yang masih bujang dan single dan mingle, kami pun menjawab soalan dengan jujur dan buat muka secomel habis.
Arul, Fahmi, Bob dan ala..... lupa nama tapi dia yang sangat paling kacak tabolehblah. paling paling kacak walaupun pakai braces.
lepas-lepas tu, selalulah berjumpa.
cey cey cey. dah tukar-tukar no.phone kan. sms-sms dalam kelas. masa ni kawan-kawan YM dan jarang Ym sangat.
terubat juga hati saya yang berduka ini. awh Tuhan sungguh sayangkan aku. kan? :)
seronok dengan diorg ni. hari-hari lepak minum sama. sampai subuh lah.
sampai satu hari, kami janji nak pergi bukit permai. lepak-lepak tengok KL waktu malam.
YES!! akhirnya dapat jugak pergi bukit permai. tempat yang diidamkan. cewah.
malam tu, saya, Kak Ha dan Nad, naik kembara dan Kak Ha drive. Arul, Bob dan Fahmi naik kereta lain.
diorg bawa gitar. kami duduk bawah cahaya lampu kuning. Fahmi nyanyikan lagu VE
ini lagu tersebut.
saya tahu dia ada hati dengan saya. sebab saya pun ada hati dengan dia. dah la suara sedap. comel pulak tu. haih~
hampir lewat malam. orang ramai datang lepak toksah cakap la. memang penuh. yang dating lebih dari dating pun ada.
dan tiba-tiba "minta IC"
Pegawai JAIS minta IC dari saya
err?
bersambung