Mar 22, 2011

Menggelabah

seperti yang saya sudah agak. di saat-saat akhir inilah webit akan mula menggelabah untuk buat itu ini.


dah agak dah. dan seperti biasa, saya pun akan gelabah sama kerana ada beberapa perkara yang belum saya setelkan.


contohnya, contact lens belum beli, kain dalam warna hitam belum beli, beberapa perkara kecil juga belum setel.


jangan tanya soal hantaran. saya serahkan bulat-bulat, petak-petak, kepada mama saya. biarlah dia ururskan.


baju? lagilah jangan tanya. dari imaginasi saya yang mama bagitahu tadi, ada beberapa perkara yang tailor lupa nak buat.


ini memang boleh buat gaduh. tapi tak pe. asalkan elok.


esok saya akan pulang ke Pulau Pinang untuk memakai inai dan fitting baju kahwin.


mari berdoa supaya muat dan cantik.


Gambar hantaran akan diupload nanti. 


Tak sangka saya akan berkahwin dengan kawan YM!


:)

Mar 18, 2011

hidup di KL #10

beberapa orang teman lama YM yang sudah lama saya delete dari friendlist, yang saya sudah tidak ingat nama mereka, yang saya tidak sempat mengenali mereka lebih rapat dan tidak pernah berjumpa,  kembali meng-YM saya dan bertanya khabar.


Mereka adalah lelaki.


soalan mereka adalah "Dah kawin?"


saya jawab "next wk"


Dengan itu, sehingga jam ini, mereka sudah tidak membalas YM saya.


Kebetulan apakah ini? mengapa mereka ini timbul semula secara tiba-tiba?


dan mengapa tidak balas YM saya?


*****


Tahun 2004. 


Di kuala lumpur.


Saya selalu YM-YM. dalam banyak-banyak teman YM, ada terselit seorang pengkid. dia menyangka saya seorang student UNITEN. 


Saya pula ingatkan dia ini seorang cina. Jenuhlah saya Ber-BI dengan dia semata-mata ingin dia faham perbualan kami.


menyusahkan.


dan dia pula fikir saya ini pengkid juga. apa kejadahnya. sehinggalah setahun selepas itu, baru dia tahu saya ini perempuan biasa dan saya tahu dia bukan cina.


dan ketika itu saya sedih bagai nak gila. nasib baik ada kawan-kawan yang beli kek kononnya buat surprise untuk hari jadi yang ke 20. surprise konon. oh,itu tahun 2005 punya cerita.


Dan ketika itu, saya sudah punya teman YM yang saya declare teman rapat dikala duka.


terima kasih kerana sudi menjadi teman saya sehingga kehari ini.


nanti saya cerita bagaimana kami kena marah jam 3 pagi kerana cerita "spender hijau ada poket"





Mar 17, 2011

768. Pelajaran Tentang Seks dan Rumah Tangga

768 adalah nombor entri ini.


Saya akan bernikah pada sabtu hadapan iaitu pada 26 Mac 2011.


Saya teruja. hey, sapa tak teruja nak kawin? sapa? sapa? Saya mula plan apa yang akan saya buat selepas berkahwin. contohnya saya sudah punya teman sebilik jika ingin bercuti-cuti. Saya sudah punya teman untuk jalan-jalan tengok wayang pegang tangan masa cuti. saya sudah punya teman untuk pindah bersama-sama.


jeles la tu.


bertabah eyh ~


Saya sering terfikir. mengapa orang suka berbicara tentang "lepas kawin, tak keluar rumah la kau," ataupun "seronok la kawin. lagi best kalau malam jumaat," tak pun "cey cey cey tak sabar nak kawin nampak,"


so? kalau saya tak sabar nak kawin pun, di mana masalahnya? suka hati la saya nak kawin cepat ke lambat ke tak sabar-sabar nak kawin  ke apa ke, langsung tak menyusahkan sesiapa. 


dan mengapa kawin sering dikaitkan dengan malam jumaat? malam rabu, malam khamis, apa bezanya. sukahatilah nak main malam minggu saja pun. yang kau sebok nak uruskan hal rumah tangga aku sampai cerita dalam bilik pun nak jaga jugak ni dah kenapa? aku bagi gaji?


dan, tak perlulah berfikiran Kahwin = seks. tade pelajaran ke? kahwin semata-mata itu? 


bosan ah.


lepas kahwin, aku akan bz urus rumah tangga. maklumlah. dah berlaki. mana nak vacuum lantai, nak kemas bilik, nak kemas dapur, nak basuh baju, nak lipat baju, nak jaga bobo dengan momo, nak jaga webitt, nak jaga rumah, nak jaga habuk-habuk dalam rumah. so busy. jadinya, hal-hal seks ini, akan difikirkan bila saya dah masuk bilik nanti.


tak perlulah sampai di kedai makan pun, "u knw wht, malam td i main dengan husband i," ataupun "i dah cuba style yang u ajar tu. mantap! tip top!"


duhhh... kesiannya. tade cerita lain ke. hal dalam bilik laki bini pun nak cerita kat kawan-kawan ka? nak orang terpegun la tu. bluek. takdenye. menyempah dengar lagi ada.


ceritalah pasal "malam ni nak masak asam pedas dengan ikan goreng. lama betul x makan asam pedas," tak pun "this weekend i nak pegi new york jalan-jalan," dan jangan la dok cerita "nanti i nak pegi honeymoon kat paris. memang tak keluar bilik la i nanti. hik hik hik"


mengada tak kena tempat eyh. kenapa kau?


lagi satu, tak perlulah fikirkan bila saya akan ada anak. tau lah saya merancang keluarga saya. tak perlulah takut-takutkan saya dengan mitos ngarut-ngarut. Tuhan lebih tahu.


jadinya, hentikan la bercakap tentang "kahwin nanti best la. mesti penuh tanda merah kat leher," dan "i tanak keluar bilik seminggu."


tade life betul lah.


oh, dan, sukahatilah saya jika saya nak beli banglo 5 tingkat sekali pun. 

Mar 9, 2011

hilang mood

saya memang tade mood.


tapayah la nak kata "kena happy. nak kahwin ni,"


sadapyu!

Mar 8, 2011

Korset

Suatu petang yang damai, 


seorang gadis berjalan-jalan di sebuah shopping mall. niat hatinya mahu membeli ikan.


tiba-tiba, dia berhenti di sebuah kiosk yang menjual barang-barang kecantikan. ada krim muka. scrub badan. baju untuk mengecilkan badan.


dia lihat-lihat.


penjual serah sekeping kertas. tunjuk gambar orang gemuk jadi kurus. orang berjerawat jadi licin.


pot pet pot pet


tambahan pula gadis ini memang lengkap pakejnya.


muka berjerawat, badan pun gempal. ha, elok sangat lah tu.


pot pet pot pet akak patut cuba krim ni, parut-parut jerawat pun boleh hilang.


pot pet pot pet baju ni ada ultra magnet (ini saya hentam saja) boleh hilangkan lemak. boleh dapat susut badan cantik. 


berapa? gadis itu kepada penjual.


memang mahal sikit kak. RM250.


gadis tu angguk. dia belek-belek scrub badan tu lagi.


akak memang patut cuba ni. akak umur berapa?


26. jawab gadis tu simple. senyum pun lebih kurang.


ha. muda lagi ni kak. memang patut pakailah. kalau nak beli korset lain mmg kita x mampu kan. Ini memang baik kak.


gadis tu senyum, "awak pun pakai ke?" dia tanya apabila melihat tubuh badan penjual tu pun agak gempal juga.


pakai. tapi saya pakai yang mahal sikit. harga 400 lebih. yang ini murah sikit la kak. yang mahal ramai yg tak mampu. RM250 ni pun ramai yg x mampu beli. tapi diorg tak tahu, khasiat korset ni bagus.


awh, saya dah ada korset dah.


akak pakai yang mana? yang warna coklat beli kat supermarket tu ke kak?


"Tak. saya pakai Beautiful Premium. Harga RM2400 tu."


awh... penjual tu dah tak pandang wajah gadis tersebut.


"Okeylah, saya nak p beli ikan"


//hebat sangat ke korset harag 400 lebih tu?

Mar 7, 2011

Kitten abuser apologises, blames depression

hampir-hampir saya mencarut di blog ini. tetapi, dengan ketangkasan otak yang hebat dan bijak ini, saya bertindak untuk tidak mencarut.


Saya kecewa dengan sikap gadis cina ini. bodohnya.


Saya tidak sanggup untuk menonton klip video yang di post di wall-wall fb. oh no no no. cerita rambo pun saya pejam-pejam mata. apatah lagi kisah benar begini. oh no no no.


tiada lain yang saya nak cakap melainkan semoga dia menerima balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat.


Setakat fine RM200? Kau serius ke bro? cina tu boleh bayar  4 5 kali ganda kot. kenapa tak penjara seumur hidup je.


ok ok terlebih emo.


semoga dia menerima balasan Tuhan. Saya manusia, tidak berhak menghakimi. Amin.


news

Mar 4, 2011

Sayang

webitt adalah kesayangan saya.


Jadi, saya akan memangil beliau dengan panggilan "ey Yang" atau "sayang" atau "bobo"


Saya ada kucing nama Bobo dan Momo.


sering kali saya memanggil BOMO. senang, sekali panggil utk dua ekor. tetapi, seperti biasa, mereka akan buat tak tahu.


Sering kali juga webitt akan menyahut apabila saya memanggil sayang.


sebenarnya saya panggil kucing saya. bukan dia.




contoh :


Saya : Sayang, meh makan.


webitt : makan apa?


Saya : ai panggil bobo la.




Contoh lagi :


Saya : Bobo, nak makan mana hari ni?


webitt : **diam.


Saya : "ai bercakap dengan u ni yang"




Contoh lebih lagi :


Saya : Bobo! Bobo!


webitt : apa?


Saya : tak, i panggil bobo.




:)




// kini bobo dan momo berada jauh 400KM dari saya. Jangan risau, saya akan ambil mereka semula selepas saya setel kahwin. Saya kahwin bulan ni. Jadinya, saya Happy.


:)

Mar 1, 2011

perasaan pokok mati

aku hilang idea.


aku lupa.


agak-agak sempat tak nak tunggu hujung bulan?