May 31, 2011

selasa morning

merupakan bulan ke 3 saya bergelar isteri.


seronok jadi isteri?


seronok.


tiada apa yang saya impikan selain dari menjadi isteri dan anak yang soleh dan mampu masuk syurga tanpa banyak halangan.


oh, tingginya impian.


bulan yang bakal menyaksikan saya bakal menginjak ke angka 26. eyh. muda lagi rupanya.


Semoga terus menjadi isteri yang baik.


Semoga menjadi isteri yang baik.


// mata bengkak sebelah. ni yang aku malas nak menangis ni.

May 29, 2011

MU lawan Barcelona

tersengguk dibuatnya. punyalah mengantuk. minum 2 gelas neskefe tarik... pun tak jalan.


rasanya, ini kali kedua saya menonton bola secara serius. pertama kalinya, juga bersama webit, di NZ bawah tahun..... ok, tak ingat.


oh, saya tidak boleh beri tumpuan kepada screen tv kerana ada sepasang couple (dah sepasang, couple pulak) ber-gedik dihadapan saya. terganggu sungguh.


lelakinya, peluk-peluk bahu. buat-buat picit tengguk gofren. alasan nak meraba la tu. main cabut-cabut cincin pulak. aish... tergangggu lah saya.


get a room! oke.


MU main mcm lahangok. walaupun saya bukan peminat MU atau pun Barc, tapi agak emo la kan. gua bersengkang mata ni.


tu, husband gua dok emo kat fb tu. ngahahaha

May 27, 2011

warghhhhh

hilang mood secara serius.


thanks to webit.

May 26, 2011

laaa dah khamis rupanya

Terlalu banyak kerja untuk 1 hari.


Tak perlu buat freelance jika gaji yang di bayar .....


aih.. gaji banyak pun tak cukup.


pandai-pandailah nak belajar berbelanja cara bukan anak menteri.


Saya akan ke Tokyo.


tapi tataw lah bila.


heh


*****


teringat masa belajar tahun 2004.


haih :)


apa khabar agaknya junior senior.


apa khabar agaknya tuan rumah sebelah rumah.


apa khabar agaknya abang yang marah kami sebab bising jam 3 pagi.


apa khabar agaknya kucing gemuk yang memijak kaki saya dulu.


oh~







May 25, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Klik untuk besarkan imej


Saya hanya mampu menggeleng kepala dan beristighfar banyak-banyak. Semoga di beri petunjuk kepada dia.

terlalu extreme untuk saya baca sampai habis.

May 24, 2011

Kisah Facebook #01

di ambil dari fb seorang gadis.




***********




♣ 8teen
♣ currently stay in penang


✖ 100% single (NOT AVAILABLE)
✖ PLEASE ,jgn tye aku tgah buad ape kalO da twu aku ngah unline okie?? dun't be a stupid dear =)
✖ GUYS ,law ase nak add aku sebap nak mintak num aku ,GTH ! semak -.-
✖ GURLS ,tayah wall/IM aku suh comment or like pics kowg! FB aku ke fb ko?? haaaa ,lantak aku lahh nak comment ke tak.
✖ OHH sayang ,please don't be a FAKE or try to COPY me. FUCK U DARLING
✖ budak budak sombong ,bajet cun ,hipokrit n attitude like SIAL ,ehemm! jangan serabut tat fb aku okie dokie? mekaseh :)
✖ i can be a good good friend ,but i'm also can be a bad bad girl for u :D
don't try to ask for it.

this PAGE is 100% ORIGINAL ©





***************


Mungkin dia tidak tahu bahawasanya FB itu adalah ruangan untuk bersosial dan bukannya tempat untuk monyet sumbang yang berlagak emo.


emo pula saya.


tapi, ya lah. siapa yang tak emo bila baca 'about me' dia tu. kalau tak mahu nak bersosial dengan org, nak emo je kejenye, tapayah ada akaun fb pun tak pe. buat penuh friendlist orang je.


"GUYS ,law ase nak add aku sebap nak mintak num aku ,GTH ! semak -.-"


kau rasa kau artis sangat ke dik?

May 23, 2011

Kolej oh kolej



6 bulan saya bercuti dengan riang ria. kini saya akan kembali menjadi pelajar KLMU. ya, saya belajar di KLMU. bluek.

Saya malas betul nak ke kolej. uruskan hal-hal daftar subjek ini. malas betul saya mahu berurusan dengan manusia-manusia bahagian kredit kontrol yang ber'adik-adik' dengan saya.

helo. saya PUAN. 

mungkin mereka ini perlu belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan student. Bukan semua student adik-adik. layan mereka dengan baik kerana merekalah, kolej itu hidup lagi dan awak tu semua masih ada kerja. tahu!?

geram betul saya.

esok lusa harus juga memandu ke kolej. malas. urusan kolej ni memang memerlukan kesabaran yang tingggggggggggggi. saya punya pendek. jadinya memang seksa juga.

Saya masih geram dengan pegawai-pegawai yang kononnya belajar tinggi tu. tolonglah jangan biadap ya. cakap baik-baik. Saya juga seorang pekerja. 

jadi, jika anda tidak gemar dengan pekerjaan yang memerlukan anda berurusan dengan orang ramai, nasihat saya, carilah kerja lain. awak tu pulak, bukan cantik sangat. jadi, tolonglah buat perangai tu cantik sedikit. tak banyak pun tak apalah. asalkan orang yang berurusan dengan awak tu tak menyumpah awak sampai dia habis belajar. bayangkan dia belajar 3 tahun. 3 tahunlah dia dok menyumpah awak. itu baru sorang. kalau 1000?

Saya kena beli pen ni. pen pun dah habis dakwat.

***********

IKLAN

MENCARI RAKAN SERUMAH

- 1 @ 2 ORANG, MUSLIM, PEREMPUAN, MELAYU, BEKERJA
- RM220 SEBULAN - (TIDAK TERMASUK BIL API, AIR &
ASTRO)
- DEPOSIT 1 + 1
- TERES DUA TINGKAT, KAMPUNG MELAYU AMPANG
- BERDEKATAN STAR LRT AMPANG (10 MINIT BERJALAN
KAKI)
- KEMUDAHAN LRT, BAS (RAPID KL & METRO), TEKSI &
PASARAYA GIANT (DAHULU BINTANG)
- KEMASUKAN BULAN JUN 2011

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI
SUHANA 012 - 2623 100 / WATIE 013 - 359 0388

**********

Saya dan webit sudah menonton KONGSI. nanti saya bagi review :)


May 16, 2011

bukan monday blues

memakai baju cantik dan memakai apron. saya baru selesai memasak untuk makan malam famili saya. my family of two.


comel.


ya, saya tahu.


sedang menonton HBO. hati saya berkobar-kobar untuk menyiapkan freelance walaupun hari ni bukanlah hari yang baik utk saya. pagi-pagi sudah marah. itu tidak bagus ya, kawan-kawan. ingat tu.


Tiada bahan ilmiah yang saya mahu kongsikan di sini.


hanya


"jika kau rasa masa kau lebih penting dari masa orang lain. aku rasa kau belum layak untuk bekerja di dalam kumpulan aku,"


begitulah ceritanya.


Ingat!


Jangan buang masa orang lain.


Tunggu lewat malam sikit, mungkin saya rajin untuk buat tutorial 'pattern'





Terima kasih cikgu

Selamat Hari Guru kepada cikgu tadika saya cikgu Shakirah.


Walaupun saya tidak dapat menjadi Pilot atau Pramugari seperti cita-cita saya dahulu, tetapi saya mahu cikgu tahu, saya berjaya bergelar manusia berguna. ewah~ dan saya bangga menjadi pelajar tadika kemas-yang-tidak-mahu-pakai-uniform dan saya berjaya bekerja di dalam pejabat seperti dalam drama TV2 dulu-dulu. Seperti yang saya impikan setiap kali menonton drama melayu RTM.


Saya mahu Cikgu bangga kerana walaupun saya tidak pandai melukis sejak tadika hinggalah umur 26 tahun ini, tetapi saya berjaya mendapat kerja sebagai Artis Grafik di sebuah syarikat penerbitan yang tidak kurang hebatnya.


Saya mahu cikgu tahu, walaupun dahulunya saya malas belajar dan suka nangis dalam kelas jika tidak diteman oleh mak ataupun sesiapa, tetapi saya sekarang semakin rajin kerana saya sedang menyambung pengajian saya ke tahap yang lebih tinggi. saya sudah tidak malas lagi. tetapi saya suka ponteng kelas. tapi saya mahu cikgu tahu, saya dapat A di dalam matapelajaran PHOTOGRAPHY.


Lagi satu saya mahu cikgu tahu, saya tidak lagi menyanyi di hadapan orang ramai seperti yang saya lakukan semasa konsert tadika kemas dahulu. saya semakin malu. baguslah tu kan cikgu? nasib baik saya tidak jadi penyanyi. kalau tidak, pasti saya sudah paksa cikgu beli album saya.


untuk Cikgu-cikgu saya dari darjah 1 hingga tingkatan 5, Terima kasih banyak-banyak. 


Saya semakin cintakan buku.


Terima kasih


:)

May 11, 2011

Mengidam

Saya : Yang, kalau orang pregnant yang teringin nak makan itu ini panggil apa?


Webit : Mengidam.


****


ha.. boleh lupa perkataan pula.


Ok, biar saya bagitahu satu benda.


Buat pembaca blog saya (adalah seorang dua... kan)


Saya belum 'berisi'. Walaupun saya ini sebenarnya berisi / gempal / comel-sangat-kau-ni-kenapa, tetapi saya masih belum 'berisi'. 


Belum diberikan rezeki untuk memiliki zuriat yang saya sudah pun ada nama untuk mereka. Insya Allah bulan-bulan depan. Saya belum pandai nak kira tarikh subur. 


**sigh.


cuma saya memang teringin nak makan pulut panggang. kat mana boleh beli?


dan juga


saya mengidam untuk pergi India.


nak tiket penerbangan pls.

Tak guna!



Uluwatu. Bali.


Entah setan apalah yang duduk dalam kepala saya ni. Tak guna betullah. geram pulak saya. Ada saja dia cuba hasut saya untuk ingat benda-benda lama.


"kita baik-baik saja kan Yang,"


boo!!!.


setan kalah lagi!