Jun 29, 2011

laptop support



Baru pulang dari Ikea dan teruja :)


Saya seorang yang suka buat kerja di merata tempat


depan tv, dalam bilik, atas katil


semuanya saya jadikan tempat untuk saya buat kerja.


terpaksa juga saya usung meja kompiter saya ke sana sini.


hey! penatlah!!


dengan adanya Laptop support ini, semua perkata jadi senang.


saya boleh duduk di kerusi malas dan menyiapkan manuskrip.


duduk melepak di depan tv tanpa rasa gusar dan gelisah 


tidak perlu lagi mengangkut meja kompiter yang rodanya akan tersangkut wayar dan bunyi besi ek ok ek ok


tiada lagi!


letak sahaja di atas riba, pastinya tiada kesan terbakar di peha anda.


:)


oh, lupa.. saya baru beli mouse wireless yang agak murah dari sebelum ini. agak sedap untuk di peluk dengan tapak tangan dan menggarap.


warna merah pula tu.


sungguh cool.

Jun 26, 2011

Astro First

sudah tiba masanya saya berhenti membeli belah di blog


dan juga


sudah tiba masanya saya menumpukan sepenuh perhatian kepada manuskrip yang dari tadi masih dok page  yang sama


tapi


ada iklan 'Karak' di channel HBO


terus tekan tekan tekan sms


yes! purchased.


harap-harap cerita tak menghampakan seperti CUN! yang saya beli dulu


jam menunjukkan 3:04 am.


tapayah tdo lah. 

Jun 24, 2011

suatu ketika semasa tidak on tv

pukul 10 makan nasik. lepas tu menyesal. entah apa-apa.


terlalu sibuk dengan hal duniawi. harap-harap tidak masuk neraka.


berhenti mengumpat dengan serta merta.


buat baik dengan suami dan ibu bapa.


cukupkan sembahyang 5 waktu.


tutup aurat. jangan pakai baju ketat ikut bentuk bontot.


jangan mengata orang. mereka juga manusia. oh?


jangan tendang kucing.


jangan ada benci. hang belum tau sapa yang tak suka hang. so, buat perangai baik-baik.


diam kalau tak dak apa yang berguna untuk dikongsi.


berusaha perbaiki diri.


entah kenapa rajin sangat nak meng-update blog sehari lapan kali.


mungkin sedang cuba mencari diri yang hilang.



kalau dah hidupnya berdua

suasana sunyi


2 2 memandang skrin laptop masing-masing


seorang mengeluh seorang lagi memandang yang mengeluh


sekejap-sekejap seorang senyum yang seorang lagi


"nak makan kat mana ni?"


seorang jungkit bahu


2 2 kembali memandang skrin laptop masing-masing


best juga ada perkara ketiga selain berdua sahaja


contoh yang mudah dapat


"kucing"

petang jumaat

tertekan


balik rumah terus on channel ANIMAX. layakan saja gegege no kitaro. saya tka pernah benci cerita ni. walaupun movie dia agak sucks!


duit freelance tak masuk lagi. punah harapan nak pergi bayar kertas ulangan. nampaknya memang kena study lightwave sampai master level dewa. boleh buat jurus macam-macam.


tertekan


tunggu depan bank hampir 20 minit. dah la tak bagi masuk. lambat pulak tu nak menunggu sampai habis mesin ATM tu nak di buka tutup. 


dah la dengan nak menggalas berat macbook yang memang berat ni.


dah la tiada lelaki kesayangan untuk di minta tolongkan.


sungguh kes berat.


sebenarnya saya nak cerita pasal lain. tapi dah lupa apa. nanti lah bila saya dah ingat.

why so serious


saya tidak faham mengapa pengkonmen-pengkomen di fb kata gambar ini kejam


1st time saya tengok, saya tergelak-gelak


saya tunjuk pada kawan-kawan se-department


mereka juga ketawa


mungkin juga pengkomen-pengkomen itu adalah 'seorang yang membosankan'


kasihan


belajarlah hidup dengan sedikit ketawa dan jenaka


jangan jadi orang yang membosankan dengan muka ketat






Saya tidak faham mengapa


ada sesetengah penulis yang suka meniru penulisan penulis yang dirasakannya best


mengapa?


gambar di atas adalah buku yang saya suka

malam jumaat yang biasa-biasa

malam jumaat


belum terfikir lagi apa nak buat malam ini.


tertidur masa tengok Avatar. cerita tu tidak menarik perhatian saya untuk menonton dengan lebih tekun.


cerita pasal orang biru. haih~ apa lah yang sexy sangat,


bangun tido, bebai. terus pegi mandi. 


kejadian di kolej masih menghantui fikiran. 90% menyatakan saya akan kena ambil semula subject 3D animation. ini adalah kerana tidak mampu nak bayar untuk kertas ulangan di mana esok last.


redha.


cerita lain


seorang kawan meng-ym petang td


"jum euro trip december ni"


hem, boleh juga. jap aku nak jual kereta **pengsan


bulan 1 dah ada trip lain.


cerita lain


bosan. tatau apa nak cerita. malas nak fikir.  otak ini sudah banyak berjasa. nak berehat malam ini. tenang-tenang. esok pagi bangun, pergi kerja dengan cemerlang.


agak-agak kalau saya nak buat tvc flash mob, ada orang nak join x?

Jun 22, 2011

masalah diri yang mudah keliru

form two tahun sembilas belas sembilan puluh berapa entah


berjalan-jalan di Bukit Bendara, Penang


dalam train


tak ramai orang. mungkin sebab weekdays. entah apa kejadahnya jalan-jalan weekdays. oh, mungkin cuti sekolah


seorang lelaki cina dan saya


dia pandang saya


saya pandang dia


dia senyum


"where are you from?" dia tanya


saya konfius


nak jawab "penang" ke "malaysia"


muka saya ni macam pelancong barat sangat ke?

antara sebab musabab mengapa artis tidak boleh berkarya

  1. rumah bersepah. kepala serabut tengok rumah bersepah, tetapi malas nak kemas.
  2. pinggan banyak tak basuh. mula geli apabila terpaksa pegang pinggan minggu lepas dan tak jadi basuh sebab geli.
  3. asyik teringatkan drama tv
  4. apabila ada bunyi suara tv yang menayangkan cerita yang sangkaannya seronok padahal tidak
  5. asyik teringat masalah paper yang hampir gagal
  6. susah hati kerana mungkin terpaksa repeat subject yang susah gila
  7. tercari-cara installer lightwave untuk mac
  8. mata ajak tidur
  9. tengkuk terasa sakit
  10. pinggang dan bahu sengal-sengal
  11. takut makan ubat kerana takut alegik
  12. termakan megi kerana mengikut perasaan
  13. mula merasa kerja banyak tapi tatau nak buat yang mana satu
  14. mula bosan dengan budak kelas yang banyak cakap
  15. partner buat kerja depan tv
  16. mengantuk eh ini dah ke belum?
  17. idea tak ada
  18. esok terfikir-fikir nak pakai baju apa
  19. tak sabar nak pegi Ikea dan beli kerusi yang sedap
  20. baju yang banyak dan belum berlipat
  21. serabut tengok baju dah lipat tapi belum simpan
  22. malas nak layan tuan rumah <-- tuan rumah tinggal sekali?
  23. terasa seperti mahu bela kucing tapi tak boleh
  24. tak sabar nak pindah ke rumah sendiri
  25. tak sabar nak design interior
  26. rambut terlalu wangi selepas bersyampu
  27. perut buncit
  28. terpaksa tahan nafsu makan ciken malam-malam buta
  29. lense kemre rosak
  30. terlalu gembira hidup berdua
semua ini adalah di antara mengapa saya tidak mampu untuk sambung menulis kisah "mencari Sofia Jane"

kroh! kroh! kroh!

Jun 21, 2011

kisah KLMU

KLMU, tolong jangan banyak cerita


tolong jangan dok buat kalut tak pasai-pasai


macam mana aku yang extend last semester boleh dapat F untuk subject yang aku tak ambil


macam mana hang boleh suruh aku tanya lecturer yang aku sendiri tak tau lecturer yang mana


macam mana kerani hang buat kerja?


boleh dak jangan sampah sangat?


taraf Universiti kan?


boleh jangan sampah sangat?

hijab style sista

maaf


saya terlalu kampung untuk melilit kepala dengan shawl berlapis lapis hingga hilang wajah sebenar hanya semata-mata ingin bergelar hijab style sista.


nope.


a' a (geleng kepala)


dan terlalu kampung juga untuk menjadi sebahagian daripada selebriti hijab style sista


saya tak kutuk


cuma sedarkan diri sendiri


adakalanya hijab yang berada di atas kepala kita itu tidak sesuai dengan rupa 'selebriti' kita ini


mungkin kita-kita itu harus cuba cari alternatif lain untuk tampak up-to-date sista


mungkin jangan terlalu ikutkan sangat


mungkin juga boleh cuba gaya lain


takpa. saya takkan judge.


:)

wanita dan isu semasa

//entri yang panjang. bukakan minda, sediakan milo panas secawan dan nasi lemak 2 3 bungkus.






mengapa perempuan kena / harus / terpaksa bawa handbeg ke hulu hilir?


kes 1 :


saya mahu lepak dengan webit. tempat lepak kami adalah NZ. dekat dengan rumah. pakai tracksut pun halal.


saya terpaksa galas handbeg juga kerana saya terpaksa bawa bersama, handphone, beg duit yang tebalnya 4 inci.


bayangkan kalau saya pegang dua-dua perkara tu tangan kiri satu tangan kanan satu. x ke menyusahkan. itu belum lagi saya dok buat lupa tertinggal handphone kat kedai mamak atau tertinggal beg duit tebal 4 inci tu. tak ke mneyusahkan. nak pegang tangan webit lagi. 


last last usung handbeg jugak. boleh sumbat macam-macam. mineral water, tisue, kunci kereta, botol perfume kecik, ha, tengok, berapa banyak barang ada. belum ada anak lagi. kalau dah ada anak nanti, mungkin botol susu beliau, baju beliau, pampers beliau.


jadinya, itulah mengapa perempuan terpaksa galas hanbeg.


selepas perempuan terpaksa angkut handbeg kemana sahaja mereka pergi, mengapa pula lelaki yang perlu menggalasnya.


kononnya apa?


comel?


hek mu. tang mana yang comel tu?


kes 2 :


lokasi di KLCC. sepasang manusia. cantik handsome. baju sama warna. perempuan simpul2 hujung rambut, lelaki galas handbeg cap coach yang tatau original ke tak.


saya masih tak nampak di mana comelnya lelaki menggalas handbeg. kesian. bersungguh dia galas handbeg sambil pegang tangan teman wanita. kesian. macam abah-abah bawakan beg sekolah tadika anak perempuan. anak perempuan yang tanak masuk kelas. yang nangis-nangis depan pintu.


tak tergamak saya nak bagi webit galaskan handbeg saya sambil berjalan berpegangan tangan.


Lelaki, sila ambil perhatian.


TOLONG JANGAN GALAS HANDBEG PEREMPUAN. ANDA TIDAK COMEL ATAU CUTE LANGSUNG! TOLONG PERCAYA!!


tahu, lelaki akan kata, "ini untuk mengelakkan dari kena ragut," atau "kesian, handbeg dia berat. tu yang saya tolong galas tu,"


handbeg dia isi batu jalan ka? atau bawak jongkong mas jalan-jalan? 


pesan pada perempuan-perempuan anda, "tak payah bawa hanbeg. simpans saja dirumah. bawa saja ic, duit (simpan dalam poket seluar teman lelaki) dan handphone (boleh simpan di dalam poket seluar sendiri atau poket seluar teman lelaki)"


sehingga baris ini di taip, saya masih belum rasa lelaki yang menggalas handbeg perempuan adalah tidak cute. malah, tidak macho langsung. tambah lagi, bila pakai baju berkolar dan kolar dinaikkan sambil galas handbeg coach. bluek. 


please! banyak lagi cara yang boleh di buat untuk menunjukkan kasih sayang.


saya pernah terdengar seseorang menyatakan pendapat, "orang yang bercium di depan lif tu, mesti belum kahwin lagi. kalau dah kahwin, mesti dia tak buat begitu,"


kes 3 :


bercium pipi / mulut / tangan di public.


agak-agak berapa ramai orang yang buat perangai begini? 


saya, sudah berkahwin. belum di berikan rezeki untuk menimang cahaya mata. soon. saya percaya soon. Tuhan sudah rencanakan yang terbaik untuk saya. saya tahu. 


jadinya, saya hanya berdua dengan webit. minum-minum di kedai mamak. jalan-jalan masa weekend. tengok wayang lewat malam. beriang ria di shopping mall. jalan-jalan pegang tangan. peluk sana-peluk sini. melawak sana melawak sini.


halal lah katakan. 


kami buat perkara yang anak-anak muda suka buat. kahwin mudalah katakan. peluk-peluk. gelak-gelak. pegang tangan tanpa segan silu biarpun mak mentua atau adik beradik nampak. 


mengapa perlu malu untuk berpegangan tangan selepas kahwin? dulu sebelum kawin, curi-curi pegang tangan belakang tiang.


saya cium pipi webit everyday. di rumah, di bawah rumah sebelum pergi kerja, di rumah mertua, di rumah mak bapak,  di hadapan lif, di mana sahaja yang saya suka. saya suka suami saya.


bila ada yang kata, "alah, tak payah la nak tunjuk sangat"


itu amalan saya selepas kahwin. suka hati saya lah. yang belum kahwin tapi beria cium tangan cium pipi tu. kenapa diam bila tengok? 


dan lagi, ada yang berkata, "cepat-cepatlah ada anak,"


sapa yang tanak anak?


saya tahulah merancang keluarga saya. tak perlu nak sindir-sindir. 


so sad la these people. asyik nampak orang tu salah. orang ni salah. itu tak betul ini tak betul. dia sajalah yang betul. dia sajalah yang ada keluarga bahagia. dia sajalah yang merancang keluarga dengan betul.


saya rasa, orang yang berfikiran begini, harus lebih banyak keluar dan tengok dunia. bukannya duduk rumah dan layan Nora Elena. 


kesian. 


these people, merasakan kehidupan orang lain adalah teruk dan kehidupan dia sajalah yang betul. keluarga dia sajalah yang bahagia.


tak nampakkah yang kehidupan saya juga bahagia? belum nampak? 


saya tak perlu explain apa pun.


saya bahagia.


:)


walaupun saya 'terpaksa' galas handbeg sendiri, belanja lelaki saya makan dan jalan pimpin tangan seperti kanak-kanak darjah satu.

Jun 20, 2011

gelabah masa presentation



webit termasuk di dalam perkara presentation saya hari ini.


dan juga


saya sedang gelabah. 


saya sedang tunggu turn ni.


gelabahhhhhhhhh


dan tiba-tiba tu lah rasa nak terberak. 

Jun 15, 2011

soalan kurang bijak dari student degree

tadi, dalam kelas Packaging, kami berkenalan.


saya Wan Nazwani, 26 tahun, berasal dari pulau pinang. bekerja.


masuk seorang gadis ni, tgk rupa... lawa jugak.


dia kenalkan diri dia. saya duduk belakang. Main angry bird.


"mungkin ada yang sudah tahu, saya sudah berkahwin, punya anak seorang dna merupakan pelajar tahun akhir degree graphic,"


fine. 


lepas tu, dia mula brcakap-dakap dan sedikit bersikap "aku ada ni...!! kau ada?" begitu


jadi menyampah pula.


lecturer pun layankan saja. saya duduk belakang, menguap beberapa kali. saya memang cepat bosan.


lecturer bincangkan subject packaging. itu ini teori practical, semua. saya tenung wajah lecturer dalam-dalam. saya rasa dia segan. heh


perempuan tu tak habis-habis bercakap. naik bosan pula. tanya assgment. tanya final project. tanya nak tempah boleh ke tidak.


dah la suka cakap, "i mean, boleh ke..." "we suppose nak tahu la kan..." yang x reti nak cakap omputeh tapi dok hentam campoq campoq.


pening aku.


helo dey, dah nama pun student, yang hang dok kalut tak tentu hala nak tempah itu ini pasai apa.


"untuk subject ni, software apa perlu saya guna? nak design dalan indesign ke?"


kalau saya jawab dreamweaver mcm mn?


"bodo aih. guna illustrator sudah la. tahun akhir apa hang ni. bodo semacam ja aku tgk. takan hang nak design packaging pakai indesign. hang tau dak indesign tu untuk apa? ni... toksah dok mengaku student akhir sangat la kot," balas saya dalam hati.


tunggu next week saya pasti balas soalan-soalan dia.

Jun 14, 2011

rindu

di syurga nanti, Bobo termasuk di dalam senarai 'yang aku ingin jumpa'


rindu


:(




//gambar terakhir bersama bobo sebelum dia hilang 2 minggu selepas majlis perkahwinan.

Jun 13, 2011

suami

dunia ini terlampau pantas.


perkenalan di YM


bercinta di tahun akhir saya di kolej


berkahwin pada usia saya 26


dan 


tiba-tiba saja di sisi saya ada seorang lelaki


maksud saya, seorang lelaki yang suka bola dan akan menjerit "ughh arggghhh **** GOAL!! (padahal tak goal)


lelaki yang akan basuh pinggan bila saya malas


lelaki yang akan menyimpan pakaian yang saya lipat


lelaki yang akan belanja saya bila saya tadak duit


lelaki yang suka buat saya tersenyum


lelaki yang mampu menggembirakan saya


lelaki yang aku-betul-kau-nak-kata-apa


lelaki yang saya sangat cinta


lelaki yang kata dia cintakan saya


lelaki yang sentiasa berjiwa remaja


lelaki itu sudah pulang


jadinya, saya gembira


:)

termotivasi. bagaimana?

senang. tengok balik gambar-gambar lama yang kurus, yang baru nak mula rasa ingin bercinta.


perasaan yang penuh kasih sayang.


dan dengan itu, esok saya tidak mahu makan makanan ber-karbohidrat.


selamat tinggal nasik.


ya, saya sedang bercakap tentang nasik. 


ouh, 


saya juga rindu bani yang itu =3


//suami belum pulang lagi. **sigh~

Jun 11, 2011

hasil dari usaha


ini dari hasil saya menulis buku

:)

Jun 10, 2011

siapa kata mee segera makanan murahan?

breakfast pagi tadi.


nescafe ais nipis RM2


Mee segera perisa kari + bawang putih (tanpa disuruh) + cili padi seketui RM4.50


so, siapa kata mee segera makanan murahan. 


kalau tengah-tengah bulan tu, jangan la dok p beli maggie kat kedai mamak. mahai!


lebih baik makan nasik lemak biasa. baru RM1.50. kenyang.

dunia jam dua pagi

rumah tak tentu hala.


dah pukul 2.22 am. jumaat. 


next,  belek manuskrip.


mata belum mengantuk. 


tapi asyik dahaga.


nanti saya post gambar workstation kami.


bila saya maksudkan kami, saya dan suami lah.


kami masih berada di dunia bujang.


heh

pernah ucap syukur ke tidak?

note // saya tidak suka huruf besar.


oke, kembali ke cerita asal. di mana tadi?


oke. pernah tidak kita ucap "syukur alhamdulillah. dapat juga aku duit lebih bulan ini,"


pernah?


i bet you not.


yang tahu hanya nak mengeluh "haih, banyaknya kerja," "Haih, lecehlah tak boleh balik awal, banyak kerja," "Haih weekend ni kena dok rumah buat kerja lagi," "haih haih haih"


hang lupa, hang juga yang meminta-minta. tapi bila diberi sedikit kerja untuk mendapat hasil rezeki yang Tuhan bagi, hang mengeluh macam apa.


tu saja yang hang tau


tapi, di dalam sembahyang, hang punya doa memang boleh bawak sampai setengah jam. tapi hang punya sujud macam dua saat.


kita semua tau, duit takkan jatuh seguni secara tiba-tiba.  dah janganlah dok berharap hang bukak almari baju  tiba-tiba ada jongkong mas tersusun bertingkat-tingkat.


kita meminta rezeki dari Tuhan, Dia berikan, dalam pelbagai cara. macam-macam cara. 


tapi, pernah ke tidak kita ucap syukur?


pernah ke tidak kita ucap syukur dengan bakat yang kita ada? ada? ada? kau ada?


marilah kita sama-sama mengubah diri.


//baru lepas tekan save. lega. oke, mari buat cover Merah & Mia 


sila jaga nama baik sendiri.


:)

Jun 7, 2011

penat sikit

Tak stress, cuma penat.

tapi saya happy.

sebab apa?

sebab dengan duit freelance ni, guna boleh beli rumah.

**pengsan kaki naik atas.


jerawat. muka berminyak. sakit-sakit badan.

tapi saya happy.

cuma bosan. kucing belum ada.

mari berdoa saya cepat pindah rumah dan boleh bela kucing sekali lagi.

//husband tak de. balik ijok sebab amik barang yang posmen hantar. entah kenapa dia pegi bubuh alamat ijok. letak la alamat ofis. haih~

tu dia la aku kata

Sapa lah sangka yang aku akan jumpak balik dengan budak yang penah maki hamun aku kat YM dan tulih yang bukan-bukan pasai aku kat blog dan padam dan tulih balik dan padam dan jelas-jelas dia tiru cara aku tulih kat blog.


sapa lah yang sangka yang tiba-tiba aku ni.... ter-jadi designer untuk cover buku dia. sapa lah yang sangka dalam ramai-ramai freelancer kat luaq sana, depa tu pilih aku untuk design cover buku dia.


sapa lah yang nak sangka? eyh, aku pun tak sangka wei. 


ngahahaha taboleh blah la.


tudia la aku kata, lain kali pikiaq sebelum kata kat orang. 


hangpa kena ingat satu benda. dalam dunia ni, hang toksah la dok 'monyet' sangat. sebelum nak cari gaduh dengan orang, hang kena pikiaq, mana la tau kot kot hang nak terjumpa dengan orang tu balik.


ha, kan dah dok terhegeh-hegeh.

Jun 2, 2011

copy paste and copycat


Tengok gambar atas. Hally Berry



Tengok gambar di bawah pula. Nasha Aziz.




Cuba teka apa yang sama?


pakaian dan event. sama-sama ke Anugerah. 


Seorang designer lain, seorang designer lain. 


Seorang ada nama 'besar' seorang lagi ada nama 'kurang besar'


tapi fesyennya sama.


apa ada kesah?


jadi, tak payah la nak claim yang orang meniru fesyen hang. 


fesyen guru tara mana tataw. dok merasa hebat sorang-sorang sampai nak claim macam-macam. pffft. <-- best pula ayat ini :)


sedangkan designer sesama designer sendiri pun ada tiru-tiru. inikan hang yang .... haih. malaih aku nak sebut. hang tau tau sendiri lah. 


hang tu pun sama. la ni toksah dok letak diri tu ataih sangat. cuba hang pijak ataih bumi. cuba hang tengok orang sebelah. sama ja. lubang hidung ada dua. 


toksah dok cakap banyak.