Sep 29, 2011

Tuhan sentiasa memberi yang terbaik

I`ll be dreaming my dreams with you  
And there's no other place i`d lay down my face
I`ll be dreaming my dreams with you




Cuba bertabah untuk mengemas rumah sabtu ini.


bertabahhhhhhhhhhhhhhh!


dan hidup dengan gembira bersama suami dan kucing-kucing yang menyeronokkan dirumah baru.


hampir 9 hari ulang alik angkat barang yang sangat meletihkan dan berharap saiz badan / lengan / perut akan mengecil kurang-kurang pun 1 inci. 


haqammmm... 


tapi saya gembira.


gembira yang secara serius.


seronok betul ada 'kehidupan'


:)


syukur alhamdulillah. tak sia-sia berdoa agar dijauhkan toxic-toxic. dengar kata beliau akan berkahwin tak lama lagi. alhamdulillah. semoga sikap aneh-aneh tu pun hilanglah jugak.


:)


// eyh, ada sesiapa nak kucing? ada mak kucing yang macam dah nak beranak.

Sep 28, 2011

bukan semua orang macam hang

tapayah bermulut jahat sangat pun tak pa


hari ini hari orang tu. esok lusa mungkin hari hang pulak


jangan dok buat pandai cakap sangat.


orang meluat.


kalau pandai kata orang patut muhasabah diri, hang tu sendiri muhasabah banyak-banyak.

Sep 23, 2011

yang konon katanya budak graphic itu #2

entri ni panjang. jenuh juga nak menaip.




"Hang jangan ye ye sangat, boleh?"


itu saja.


ada 2 hal yang saya telah lalui dan memberi pengajaran. iaitu, bercakaplah tentang hal yang kita tahu, jangan cakap pandai dan jangan menipu.






hal 1:






Lokasi : kedai printing, Melawati.


Saya perlu print banyak benda. jadinya saya mengambil masa yang agak lama untuk menunggu. waktu tu saya cuti seminggu kerana ingin memberikan tumpuan pada pelajaran. (ok, tak perlu pelajaran sangatlah)


jadi, dikesempatan menunggu itu, saya bersembang dengan salah seorang dari pekerja kedai printer tu. sesi perbualan haruslah tidak jauh dari hal pelajaran dan grafik. (ya, sekali lagi, tidak perlu pelajaran sangatlah kan)


dia : Final project ke ni?


saya : untuk semester ni je. belum final project lagi.


dia : oh. Master ke? (sambil adjustkan sususan nama saya yang terlebih page)


saya : tak lah. degree je. (saya anggarkan dia tahu saya adalah student graphic dari report saya yang tertera Bachelor of Art in Graphic Design)


dia : Ambil kat mana?


saya : KLMU je. Goverment tanak terima. (saya sengih)


dia : ala, dah tak apply. (sengih juga)


saya : KLMU je ada part time. Saya siang-siang keje.


dia : oh. tak mahal ke?


saya : adalah dalam 36K


dia : (sengih)


saya : graphic jugak ke? study mana? uitm?


dia : (angguk. tapi wajah lain macam)


saya : degree la?


dia : ha ah. (tapi wajah dia lain macam. kita akan perasan kalau org itu menipu)


saya : kenapa tak cuba mintak kerja yang lain. gaji banyak sket kot.


dia : nak cuba kerja sendiri. nak buat bisnes. (mula membebel dan cakap besar) bluek


saya : oh. nak buat bisnes apa?


dia : bisnes apa-apa la. malas la nak kerja dengan orang ni.


(Yang hang tengah buat ni apa? bukan kerja dengan orang ke?)


saya : oh. (muka malas nak layan)


saya rasa ada something everything yang tidak kena dengan mamat seorang ni. lain macam. macam mana dia boleh tanya "Master?" padahal hang sendiri tahulah takkan master nak print-print poster bagai macam budak diploma / degree. kata hang tu degree graphic UITM. kan?


terang-terang lagi kat report saya yang dia adjustkan terpampang Bachelor of Art in Graphic Design 2009. lagi mahu tanya "Master?"


hey budak ni.








hal 2:


Lokasi : Kolej


saya lebih senang duduk seorang sebab saya boleh buat kerja dengan tenang tanpa perlu bg perhatian pada kwn yang ingin ajak bersembang.


seorang budak lelaki datang menegur saya


(daymmm)


dia : eyh. hai


saya : ha.. hai


dia : ada kelas ke?

saya : ada (dah tentulah ada. hang fikir aku saja-saja nak dtg tercongok kat sini)


dia : saya pun. kelas apa?


saya : graphic history. 


dia : oh. samalah. (mengambil tempat duduk di hadapan saya)


saya : (daymmmm) oh ye eyh. (meneruskan hal buat kerja dan pandang skrin mac dgn tekun)


dia : oh, awak pakai mac jugak eyh.


saya : ha ah. (lagi maw tanya?  tampar nak?)


dia : saya pun pakai mac


saya : (bluek. ada aku kesah?) oh yeyh?


dia : berapa ghz awak punya mac?


saya : (apahal pulak nak tanya ghz. pelik-pelik) entahlah. 


dia : saya punya 2.7


saya : (oh, nak menunjuk hebat la ni? motif) oh. oke. 
(muka taboleh blah dan malas nak layan) 


dia : (mula bercerita tentang kehebatan itu ini)


saya : (malas nak dengar dan senyum sahaja)


dia : (bercerita tentang mac itu dan ini)


saya : (wajah redha)


dia : awak dah lama pakai mac?


saya : dah. dari belajar dulu. (kolej kami yang koman itu guna imac ya rakan-rakan)


dia : Saya baru beli mac tu.


saya : oh yeh.


dia : ni awak beli bila ni?


saya : bulan 6 haritu.


dia : saya belum sempat explore lagi. mana nak cari software untuk mac ah?


saya : (terpinga-pinga) software untuk mac?


dia : ha. dalam mac awak ni ada apa?


saya : (terpinga-pinga lagi)  Software? ada Adobe punya je.


dia : download?


saya : tak la. pegi beli cd je. pirate. heh.


dia : saya nak cari software untuk mac ni.


saya : (terpinga-pinga lagi. entah apa yang dia cuba sampaikan di sini. software apa bendanya)


dia : (bercerita tentang kerja, itu ini graphic bla bla bla mac bla bla bla password bla bla bla) 


saya : kalau nak tukar password senang je. bawak mac ke?


dia : bawak. tapi takpelah. em.. okelah. saya tunjuk sikit. (sambil mengeluarkan mac dengan wajah bangga)


(ewah. "nak tunjuk iskit?" ewah... jangan diva sangat boleh hebat sangat ke apa? macam orang lain tade mac macam. macam hang sorang saja yang guna. tolong jangan monyet sangat boleh? ingat aku hadap?)


itu adalah sebahagian conversation dengan pelajar semester 2 graphic design KLMU. aneh-aneh. kerana itulah saya lebih senang berseorang-orangan dari berkawan-kawanan.




ada aku kesah?











Sep 22, 2011

yang konon katanya budak graphic itu

tunggu sekejap.


aku kena hantar barang ke rumah baru.


nanti aku sambung.

Sep 19, 2011

Punca

kadang kala, kita sendiri perlu faham konsep bertolak ansur itu bagaimana.


dan juga


kita perlu faham apa itu menjaga hati.


adakalanya dua-dua perkara ini, selalunya akan membuatkan kita keliru. dan akhirnya sebelah pihak akan makan hati / berkecil hati dan macam-macam lagi.


inilah yang di katakan PUNCA.


sebagai suami / isteri, kita perlu bertolak ansur. dan tolong faham apa itu menjaga hati. jangan sampai kedua-dua itu menjadi punca rumah tangga bercerai berai.


tolonglah bijak untuk berfikir tentang kedua-dua ini. bukan suruh tersekat di tengah-tengah. tetapi bijaklah untuk BERSUARA dan jangan sebab nak menjaga hati sangat, rumah tangga goyang sana sini.


bawalah berbincang suami / isteri dan jangan pandai-pandai sendiri hanya kerana adik beradik / ibu bapa yang suruh.


kita adalah designer dan ketua untuk rumah tangga kita. jangan biar orang lain datang dan tolong buat keputusan untuk rumah tangga kita.


jangan!


semua itu punca.


sekalipun adik beradik sendiri. mahu pun ibu bapa.

Alhamdulillah


hello followers (OO) <-- hidung kembang


buat apew tew?


oke oke jangan jangan terbalikkan meja dulu. sabar. saya teringin juga nak tulis mcm anak-anak muda malaysia ni. apew salahnye. kan?


di sini saia ingin menyatekan sesuatu.


heh. gedik tak sudah-sudah. bertabahlah.


"Alhamdulillah, kerana rezeki yang melimpah ruah dan tidak pernah putus-putus, kerja yang banyak dan begitu mencabar. denagn itu, dapatlah saya melatih otak saya untuk lebih kreatif, Alhamdulillah."


barang-barang pun sudah di pindah masuk, sedikit. iaitu meja lepak. ada nama meja lepak?


semoga hidup dengan suami lebih lancar dan gembira.


semoga idea tidak akan putus-putus dan lebih kreatif


amin. 

Sep 15, 2011

kalau mahu membina keyakinan

pergilah karaoke bersama kawan-kawan


buat muka tak malu 


tak perlu control suara 


memang suara kau tak sedap.


hari ini aku berjaya rap lagu too phat - Alhamdulillah


hari ini confident level naik 1 tangga


:)

kemungkinan

banyak kemungkinan yang saya fikirkan. mulalah terfikir benda-benda yang tidak best.


rasa tak sedap jiwa, tak sedap perut, sayur yang di makan tadi tak sedap, otak fikir macam-macam.


tapi tak mengapa!


saya fikir hikmahnya satu.


saya boleh terus menulis tanpa fikir mcm-mcm.


mungkin banyak lagi hikmahnya.


terima kasih Tuhan


:)


//Editor litera sudah menjeling saya. Manuskrip Mencari Sofea Jane hampir siap di tukar-tukar plot. lagi 30 pages je. sabar-sabar.

Sep 9, 2011

in denial

selepas makan nasi berlaukkan sambal sotong + ikan gelama masin + telur dadar


saya dengan pantas mengambil sebiji mangga dan mengupas kulit dan sepiring kuah rojak cap Mak Bee dan makan dengan gembira


alasan dalam hati


"Tak pa. mangga kan masam. nanti dia potong lemak"


tu lah alasan dari sekolah dulu


sampai sekarang tak kurus pun.

Sep 8, 2011

perkara-perkara gembira

1. jam 8.30 pagi tadi, dapat panggilan dari PKNS. kunci rumah sudah boleh ambil :D **gembira


2. Takasima sudah kol, Y-sprint sudah ada. anytime boleh hantar ke KL :D **gembira


3. terima berita, team grafik akan berpindah ke tempat baru bulan hadapan **gembira lagi


4. abah telefon, bobo yang hilang berbulan-bulan itu sudah kembali ke rumah. **nangis gembira


5. ada yang cuba mendebu-debukan saya. semakin 'mereka' cuba debukan, semakin itulah saya bersinar. terima kasih **tepuk tangan




syukur, saya masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang positif, keluarga yang sangat cool dan suami yang tiada ganti. dengan itu, saya berhak untuk gembira.


live a happy life, people


Sep 6, 2011

Review : Hantu Bonceng





tahniah utuk kutipan 5 juta dan untuk panggung yang penuh dan terpaksa cari tiket advance untuk movie Hantu Bonceng ini.

tahniah lagi sekali. *clap clap hand.




watak amran sebagai mat rempit, agak menjadi. 

tetapi

ya, ada tetapi,

watak amran yang cuba nak jadi lawak dalam serius adalah kurang menjadi. kalau jadi watak sampingan, rasanya lebih berkesan.

watak kunyit, lagi best dari amran.

sorry.

Ayu dan maya. why not, kau jadikan watak depa 2 ni lain sikit. ni, rambut sama kaler, panjang pun sama, kejung-kejung pun sama. bosanlah.

entah apa-apa pula saya rasa. asal watak kembar je, sama sebijik. bosan. jurumekap, sila ambil perhatian tentang perkara ini! jangan ambil mudah bila tiba tang watak kembar. mana ada kembar sebijik sama.

watak halimaton. bolehlah dari tade langsung. saya suka kat scene dia tumbuk ayu. puas hati aku. heh

pelik no.1
dalam cerita ni, masa amran eksiden, masa nak u-turn. tapi, dalam cerita ni, depa sebut "eksiden kat simpang tiga."
pelik, simpang tiga mana...

pelik no.2
masa maya mati, mayat tak dituntut 2 minggu. alih-alih, halimaton tu ada alamat pulak. lepas tu pegi cari ayu dan bgtau kakak dia dah mati. boleh? kenapa pihak hospital tak p cari ahli keluarga dia sedangkan ada alamat? pelik.

pelik no.3
ayu cakap, dia jual kakak dia. sbb kakak dia tu sengal-sengal. tapi, mengapa tagline movie "bila bohsia jadi hantu"
maya bukan bohsia. ayu tu yang bohsia. ye tak? 


webit tanya, "part mana yang paling best?"

saya jawab, "part nasik kangkang."

tapi sayang, scene tu sikit sangat. kalau scene tu banyak lagi, lagi misteri kot. kot la.

jadi, dengan ini saya bagi 4 bintang dari sepuluh.

oklah tu dari tak ada.

kan? 







Sep 5, 2011

raya

saya sakit perut dan berak-berak


berlarutan sehingga beberapa hari.


masalah!