Dec 31, 2011

Kegilaan

kegilaan yang turut saya bawa bersama untuk tahun 2012 adalah



 Demam, sakit, tergila-gila adalah semua tentang korea. dahlah orang korea hensem. flawless!!





Tak perlu diperkenalkan lagi. kacak, hensem, wangi, suara sedap. mari berdoa agar dia bertemu hidayah dan hatinya terbuka untuk memeluk islam. Amin.



Salah satu siri drama korea yang saya sanggup ulang tayang 15 kali seminggu


2012. 3 percutian dalam setahun. 


 Jeju Island 2013 :)


dalam perancangan. bertabahlah sementara menunggu royalti untuk melunaskan impian untuk memiliki home studio sendiri. saya mahu kerusi di atas. please~


// Tunggu bulan 9/2012, tengok ada berapa ramai baby kena buang. Sebelum buang tu, cuba tanya di fb dahulu, kot-kot ada orang nak baby. tak lah dapat dosa bertubi-tubi.

// selamat menyimpan duit. jangan banyak berhutang. 

have a bless new day, people.

Dec 27, 2011

atasi muka jerawat

oleh kerana jerawat yang tiba-tiba bertumbuh segar di wajah saya terutama pipi, saya mula rasa down dan tidak yakin untuk berhadapan dengan masyarakat. terutama sekli, keluar dari rumah. di dalam rumah hanya ada saya dan webit. 3 ekor kucing yang sedia ada tidak menjadi masalah kerana mereka tidak boleh bercakap :D


semasa pulang ke kampung halaman di negeri Pulau Pinang, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kulit bermasalah. lega. kena RM160.


mahal betul. memang muka bermasalah betul kau ni.


buang segala cleanser yang ada, guna yang doktor bagi. 


tunggu lagi 3 bulan. kita tengok. kulit saya jadi tulus mulus ke tidak.




Selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang baru berkahwin.


Seronok kan?

Dec 19, 2011

kenyataan diri tentang malas

punyalah malas nak pergi kelas.


dem yu malas!

Dec 9, 2011

Krisis kehidupan selepas berkahwin

selaps kahwin beberapa bulan, hidup rasa lain macam. selain dari bangun pagi nampak ada laki tidur sebelah, jadual pun turut sama berubah. aktiviti hujung minggu tak hujung minggu pun turut berubah.


lepas pindah rumah sendiri, lagi lah berubah.


nak shopping pun rasa lain macam. asyiklah dok terfikirkan rumah yang kosong macam padang bola tu. lagi-lagi kalau dah berkenan satu handbeg cantik, rasa bersalah bertubi-tubi.


itu belum ada anak. kalau ada anak lagi 9 bulan 10 hari? macam mana? nak beli spender pun akan rasa bersalah. apatah lagi nak berbergpackiing ke sana-sini. 


aghhh!


sudahlah begitu... bila kawan-kawan (yang belum berkahwin) sembang tentang sg wang, shopping mega sale, window shopping hujung minggu, benda tu semua langsung tak mengghairahkan hati. semuanya nampak begitu membosankan. 


lebih rasa seronok berada di rumah bersama 3 ekor kucing dan webit. menonton tv dan acara lepak berlangsung hingga malam. langsung tidak membosankan.


entah kenapa.


ditambah lagi dengan penampilan, tiba-tiba sudah rasa terlalu selesa dengan gaya yang tersangat simple. adakalanya pula ikut rasa hati mahu pakai baju warna merah, tudung warna hijau. ini bercita-cita nak jadi capsicum ka apa? langsung tidak kisah dengan penampilan yang ikut suka hati. 


adakah otak wanita selepas berkahwin, begini? adakah begitu?


adakah?


tolonglah.... adakah begitu?

Dec 8, 2011

gemuk

lepas makan banyak sejak hari selasa, saya mula rasa bersalah.


la ni, pakai baju, terasa ketat kat ketiak.


ni apa jadah semua ni?



Dec 6, 2011

Terlalu banyak kaffin

adakalanya saya terfikir


mungkin untuk kelihatan bijak, saya perlu cakap orang putih dan menukar blog merepek ini kepada blog formula matematik dan fizik dan letak profile picture pakai spek bulat dengan baju putih makmal sambil pegang tabung uji.


hem?


what say you?

oke, ada nampak macam bijak tak?

Hiduplah tanpa benci nescaya kau akan gembira

saya hidup dengan penuh kasih sayang.


ada 3 ekor kucing dan mr webit


mereka semua sayangkan saya. rasanyalah. tapi 3 ekor itu bukan boleh percaya sangat.


walaupun belum diberikan rezeki untuk membawa bakal cahaya mata, dalam hati, saya percaya, Tuhan merancang untuk saya. Dia akan tunaikan permintaan saya bila masanya sudah tiba. 


jadi, tidak perlu tanya "bila? bila? bila?"


mengapa tanya saya. saya pun tidak tahu. Tuhan saja yang tahu. Dia lebih tahu bila masa yang sesuai untuk saya. Alhamdulillah. tidak rasa terbeban langsung. hidup agak hectic tika ini. ini membuatkan saya bersyukur kerana dipermudahkan untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan dan dipermudahkan untuk saya merancang perjalanan hidup dengan tenang. Alhamdulillah. kerana ini saya lebih percaya takdir.


soon~


cerita lain


semenjak kahwin, saya tulis blog macam macik-macik.


cerita lain


agak malas pergi kelas. 


kelas tak cantik.


cerita lain


student lelaki kelas saya, adakalanya menyakitkan hati. 


bila dia sentuh bab kahwin, katanya tidak boleh kahwin lagi masa belajar. bila ditanya mengapa, dia kata komitmen. apa bezanya. dia tu student part time. bekerja pula. kelas sebelah petang. bukan setiap hari.


sama seperti saya. berkahwin, belajar pun belum habis. tetapi apa bezanya. saya hanya student part time. tidak mengganggu gugat apa-apa.


bila ditanya apa masalahnya tentang komitmen? bukan hang hadap buku 24 jam. dia kata, perempuan lain.


bosan.


apa yang lain. kami, suami isteri bekerja. pergi kerja sama-sama, balik pun sama-sama. apakah yang lainnya.


cara hang fikir ni tak baguslah.


mahu cari bakal isteri yang tidak bekerja ka yang hang susah hati sangat? lainlah kalau hang sendiri banyak duit. tapi, hang pun yang apply PTPTN. 


jadi?


hang pun tak lah kaya mana nak bayar yuran setiap sem kan?


hidup biasa-biasa. gembira lah secara biasa-biasa. janganlah kata hang nak bayar PTPTN bagi habis baru nak kahwin. kan?!


nasihat saya,


berhentilah cakap pandai. hang kelihatan tak berapa pandai disitu.

Dec 5, 2011

minta tampar dahi, sedas

Pernah saya bercerita tentang sorang budak lelaki yang 'aku-hebat-kau-ada?'


tadi pagi, dia emel saya.


"CD pirate mac tu kau ada lagi? aku nak pinjam."


eh?


eh?


bukankah haritu dia kata "Aku nak guna CD Ori je"


tolong baca lagi sekali


"Aku nak guna CD ORI je"


belagak kemain


dah tu kenapa mintak Cd pirate aku ni?


eyh, tolong baca sat permintaan dia


meh tolong pijak perut dia ramai-ramai. budak ni betul2 buat aku tension la. bukanlah saya cakap saya ni sangat hebat


tapi


"CD mac" ??


Cd mac apa?


cakap la nak installer ______.


nak installer


bukan nak CD mac


aku tau ke kau nak cd apa.


tampar dahi nak?