Feb 15, 2012

Minta masuk syurga dengan selaju-lajunya.

Sewaktu di sekolah rendah. Ustazah beritahu tentang syurga. Betapa seronok dan Indahnya syurga. Betapa gembiranya menjadi ahli syurga apabila apa sahaja yang kita hajati, kita akan dapat dengan sepantas kilat. Saya gembira :) jadi saya menyimpan niat untuk minta doraemon.

Feb 13, 2012

Mari menulis

Ada dua manuskrip yang perlu disiapkan sebelum Pesta Buku. Sekarang, jangan tidur. Perlu tulis banyak-banyak dan mengatur hidup seperti orang bujang. 


dahulu, semasa belum berkahwin, saya mampu berjaga malam dan menulis 1 bab 1 malam. sekarang, pukul 11 dah mengantuk. bukan apa. perjalanan dari pejabat balik kerumah, sejam. itu jika jalan tidak sesak. jika sesak? cuba fikir.


Perniagaan online baru sahaja di buka. jika ada duit lebih dan mencari-cari barang untuk dishoppingkan, sila melawat miss jo wardrobe. Penghantaran percuma ke daerah gombak, ulu klang, dan ijok. 


Saya tinggal di ijok dan bekerja di batu caves. harap maklum.


Untuk pengetahuan semua masyarakata Malaysia dan luar negara, talian saya kena barred. Jadi, janganlah berharap yang saya akan dapat reply sms dan juga menghubungi anda.


di harap bertabah.


babai.

Miss Jo Wardrobe is now opening


Pre-love coming soon

Feb 3, 2012

and i wear my pearls

Januari yang hebat telah berlalu. banyak duit habis. tahniah.

Februari pula... telefon kena barred. semuanya gara-gara roaming dan penggunaan secara berleluasa selama 5 hari di luar negara. 

5 hari je pun. tak payah LUAR NEGARA sangatlah.

tapi... 5 hari itulah yang membuatkan talian saya kena barred. gara-gara tidak mampu bayar RM204.16. shit apakah ini. tunggu hujung bulan. nanti kampeni bayar. bertabahlah -___-

ok. **garu perut.

di sini saya nak bagitahu. saya sudah bayar RM15 dan apa yang saya dapat? saya dapat buku comel ini. scroll down.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Buku nota contengconteng. dapat free gift lagi. rabe (pemadam) dengan pensel.




mukasurat permata, penconteng dia bagi otograf. sungguh cool.


hari pertama dapat buku nota, terus contiang (conteng) dah namanya contiang. jangan persoalkan kenapa lukisan macam taik.



ini hari kedua punya. dapat idea menarik untuk novel K-pop.



rumusannya, saya gembira ada perkara ini. buleh la lebih rajin doodle. project ketiga adalah, doodle t-shirt. 


mana project pertama, kedua?


kan dah kata. jangan persoalkan apa-apa.


Kalau nak beli, boleh beli di sini <--- klik di sini.


tolong jangan minta "wani, nak satu..."


kalau tak ada duit, tunggu gaji nanti baru beli.