Aug 7, 2012

Ubat untuk kurus katanya

Suatu petang yang damai. saya ke sebuah pasar raya besar. Niat hati mahu jalan-jalan. Tangan mengigil sebab banyak duit. baru gaji.

Saya singgah di satu kiosk yang menjual ubat-ubat rawatan muka dan ubat kurus.

Bukan orang malaysia yang jaga.

promote habis-habisan. niat hati saya hanya mahu beli sabun muka. 

mungkin saiz badan sex-xay saya ini dikatakan gemuk. dia promote ubat kurus. pil warna putih.

katanya- dia beli dari kawan. dapat kuruskan badan. confirm. confirm tak perlu tahan makan nasik, gajah kambing apa saja lah.

saya angguk-angguk tanda faham. tapi saya hanya mahu beli sabun. 

dia kata, badan kita akan jadi lansing dengan cepat.

dia kata lagi, bukan setakat toksin saja dibuang, malah lemak-lemak juga keluar sekali apabila kita buang air kecil.

dia kata, "lemak-lemak tu keluar berketul-ketul bila kita buang air kecil."

saya diam.

apahal pula lemak nak keluar ikut saluran kecing. 

keputihan ada.

saya bayar 10 ringgit dan berlalu pergi.

Aug 2, 2012

untuk Tot

Assalamualikum dan salam sejahtera


Hari ni terlepas bangun sahur. jadinya, hari ini agak lemah gemalai dan asyik teringat milo ais.


mula-mula sekali, saya mahu berterima kasih kepada Tuhan, "Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seekor anak kucing (saya namakan Tot) untuk saya melatih diri menjaga anak seperti membancuh susu setiap 3 jam (walaupun adakalanya terlebih 3 jam). Walaupun di bawa ke ofis setiap hari (kerana tiada sesiapa dirumah yang boleh beri makan dan minum susu) Tot hidup sihat dan sekarang perut dia buncit (adakalanya poo poo dia cair)."


Doctor kata umur Tot 3 minggu. jadinya Tot kini 5 minggu setengah. agaknya lah. tapi badan dia amatttt kecik. kalau mahu di bandingkan dengan anak-anak kucing saya yang lain, yang besar mcm gergasi, Tot nampak macam hobit.


kesian. Tot hilang dari family dia. tapi, tak tahu lah pula kan. kot kot mak dia yang buang dia depan rumah saya ke kan.


Tapi, Tot special. Dia kuat berlari. Kengkang lain macam. Kata webit, "tak bedung kaki ke?"


Masih punya perasaan untuk mengata Tot. T___________T




Susu dan botol yang kecil



Ini adalah Tot yang dimaksudkan

Semoga anak mommy ini hidup sihat-sihat sahaja

:)