Sep 24, 2012

siri bercakap sendiri #001

bercakap tentang diri sendiri...

aku bersyukur kerana punya kehidupan seperti sekarang.

entah siapa tahu nasib aku esok lusa. 

bukan ada tertulis di tangan suami mahupun di dinding rumah.

sayang sekali.

Ini post aku fi fb untuk hari ini.

"You never really stop loving someone. You just learn to live without them." Selamat hari isnin, people.

Adakalanya aku lupa

aku sedang mengalami... apa orang kata.. krisis rumah tangga. Aku harap, rumah aku teguh, tangga aku kukuh.

kadang-kadang, kita lupa. bukan kadang-kadang, selalunya, kita lupa! kita lupa untuk bersyukur.

bersyukur tentang banyak benda.

bersyukur tentang kesihatan yang baik. sebaliknya merungut bila sakit kepala. merungut merungut.

lupa untuk bersyukur tentang rezeki yang dimurahkan. sebaliknya merungut banyak kerja. banyak kerja. banyak kerja.

lupa untuk bersykur dengan kehidupan yang bahagia. kalau dalam sinetron, bila dah jatuh miskin, baru nak berdoa kat Tuhan supaya murah rezeki. masa rezeki melimpah-limpah dulu, hang lupa.

lupa untuk bersyukur dengan ujian-ujian yang Allah bagi. pasal ujian-ujian tu lah buat hang sedar betapa pasangan hang ni sayang dan bersabarnya dia dengan hang. tapi, apa yang hang buat? hang cakap hang tak perlukan dia lagi. dan hang terlalu leka dengan fikiran luar kotak dan rasionality hang. 

seperti drama-drama melayu, hang lupa hang pernah janji nak susah sama-sama, senang sama-sama. sekarang, dah senang sikit agaknya. terus cakap tak perlukan dia. 

adakalanya orang begini, kita perlu ingatkan, ujian Tuhan itu berbagai bentuk. 

dalam bentuk pergaduhan suami isteri, rezeki tersangkut-sangkut, kaya-raya, dan macam-macam lagi.

ingatan untuk aku juga.

hang cakap, hang letih penat lelah, bergaduh. hang benci bergaduh.

hang tak pandang sisi lagi satu. mungkin kebaikan di situ. kebaikkan yang mungkin membuka mata dan minda hang yg hang rasa selama ni dah terbuka luas.

senanglah hati aku untuk mengingatkan lagi sekali, ujian Tuhan ada banyak cara. terima dan redha. bukan salahkan pasangan dan mengegokan diri dengan menyatakan, "i rindu zaman bujang i."

adakah zaman bujang hang terlalu best sehingga layak untuk diletakkan bersebelahan dengan kehidupan sekarang untuk dibandingkan?

emo.

bukan apa, itulah yang aku cakap, kita selalu lupa.

itulah, lain kali, sebelum masuk rumah, bagi salam.

hang sembahyang subuh tak hari ni?




Sep 18, 2012

Tak berapa nak lawak sangat

Hari ini indah. Perjalanan ke ofis tak berapa panas.

Yang panas, dalam hati. Mungkin sebab tak sembahyang subuh pagi tadi. Berdosa. ya. aku tahu.

Tapi dah terlepas, aku sedang menyesal sebab dah buka mata tapi tak bangun mandi dan sembahyang. dan sekarang, hati aku panas, bengang, marah.

1. marah dengan diri sendiri sebab tak bangun sembahyang subuh.
2. marah dengan jiwa lagi satu

nak buat mcm mana. aku ni manusia biasa. aku rasa marah. sekali lagi aku ulang. aku ini manusia biasa. aku rasa marah bila aku marah.

Sebagai suami, aku sedaya upaya cuba faham bini aku yang complicated perangainya. bukan apa. aku bercadang untuk hidup lama dengan dia. jika di izinkan Pencipta, aku mahu dengan dia sampai mati.

sebagai isteri, aku cuba untuk faham perangai laki aku yang peliknya lain macam. ya lah, kata sayang. Aku tak janji aku takkan marah sampai mati. tapi aku belajar untuk sabar. sabar sabar sabar.

Tapi, kadangkala ada beberapa perkara yang kita harus ambil tahu. 

1. jangan gelak kalau suami / isteri tersalah cakap masa dia sedang serius bercakap
2. jangan betulkan perkataan dia sambil gelak-gelak. kerana benda tu langsung tak kelakar. serius wei. tak kelakar langsung.
3. jangan menegakkan perkara-perkara haram jadah yang buatkan suami / isteri akan bertambah marah.
4. jangan marah kalau suami / isteri sms ayat-ayat 'indah' sebab sapa suruh tak jawab call dia. kan?

lupakan sekejap hang itu suami / isteri, kepala keluarga, aku betui, dia salah. 

hang tak ajar dia apa-apa. hang hanya cakap "dah besar, pandai la nak fikir."

Itulah yang dia fikir sekarang ni. jangan marah. tanya diri sendiri, hang jalankan tanggungjawab ke tak. hang jadi imam tak. hang sembahyang berjemaah dan bercakap lembut dengan dia tak. hang tegur baik-baik tak.

kalau tak. hang memang layak dapat sms-sms macam itu. dan cakaplah pada diri sendiri "sabaq!" 

cakap dengan orang pandai, kan?

**emo

dan iya kan saja. nanti-nanti bincang kemudian. yang paling penting tu adalah nambe 3. tolong baca banyak kali. jangan benak sangat.

suami, dia cuba luruskan isteri dia untuk cuba ikut jadi macam dia kerana dia rasa dia sangat cool. dia sangat cool wei. sapa pun tak cool macam dia kecuali dia saja. anugerah cool harus dapat pada dia saja. orang lain tak boleh.

isteri, dia cepat sentap. cakap saja sori dengan senyum manis. insya-Allah dia oke.

aku isteri. aku tahu la.

BoA