Jan 27, 2013

mengeji

sebenarnya aku sedang tekun re-write manuskrip.

dan, idea melambak-lambak menerjah keluar dari urat-urat kepala.

tiba-tiba aku terasa nak update blog tengtang isu 'mengata. mengutuk. mengeji.'

tiba-tiba aku sudah berada di page ini.

*____*

Aku, sapa-sapa sajalah, memang tak terlepas dari mengata. mengutuk. mengeji. tahu salah. tapi masih sedap nak buat berulang kali. dan sekali lagi, tahu salah. tapi masih.

entah. aku ada seorang kawan. mungkin. patut aku panggil kawan? entah. mungkin.

orang kata dia baik. entah. baiklah agaknya. pada aku, baiklah agaknya. selagi dia tak pernah curi duit aku. takpa lah kot.

aku dengar banyak orang memuji dia. cara dia bekerja. cara dia menjadualkan kerja-kerja dia. pujian banyak atas nama dia. baguslah.

tapi entah di mana silap dia. aku nampak silap aku di situ. cuma aku tak nak mengaku.

aku cuma minta, aku tak mahu sejalan dengan dia. kalau boleh, biarlah hubungan atas nama kerja saja. kalau nak diikutkan, aku tidak bekerja dengan dia dan dia tidak bekerja dengan aku. entah. aku akan tolak mana-mana tawaran yang ada dia. Insya Allah.

kerana apa?

kerana aku mahu mengelak dari ter-mengata dia. ter-mengutuk dia. ter-mengeji dia.

tanpa sedar, kita mengata orang itu dan ini. tapi kita lupa nak tengok kita itu bagaimana.

Aku bukan nak putuskan hubungan.

cuma....

aku mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas.

bukan apa. bila berurusan dengan dia. pasti makan hati. terasa hati. dan selepas itu. pasti aku akan terkeji dia itu dan ini. dan dia? tak pasal-pasal dosa dia bertambah kerana mengeji aku itu dan ini.

dan kerana itu, aku maafkan segala kesalahan dia. aku tak ada dendam. 

senang tak hasutan syaitan?

senang kan?

jadi. bagaimana?

aku cuba. cuma. bukan sekarang.

Jan 24, 2013

isu kahwin

Setiap kali aku tengok video orang kahwin atau gambar-gambar perkahwinan yang smartnya memang boleh tahan,

aku pasti kata,

"Yang, jom kawin lagi sekali."

dan laki aku menjawab "jom"

dan selepas itu tiada tindakan apa-apa. tiada apa-apa. kami hanya sambung main fesbuk sambil duduk sebelah menyebelah atau sambung bergosip pasal artis yang asyik jawab "no komen. no komen. masih dalam proses mengenal hati budi."

pui.

dah 2013. tolong tukar template jawapan.


ni nak dietlah ni

apabila aku mula berkobar-kobar nak kurus

nak ramping

nak slim macam model runaway

nak comel macam nora danish

bersenam, berlari sampai berkilo-kilo meter

menjaga makan minum

tak makan ayam goreng kfc

tak makan sambal ikan bilis

makan sayur-sayur yang rasanya mcm... ahhh~

di saat itulah laki aku bertanya...

"You nak aiskrim tak?"

jadi, di mana kekuatan aku untuk menolak?

di mana???

nak sangatkan?

masa darjah 4, sekolah aku buat rombongan mai key-ell.

kena bayar RM40.

aku sangat berkobar nak p. nak tau la key-ell tu ada apa. paling jauh aku p langkawi ja. ada apa? pinggan mangkuk.

boring.

dulu kecik-kecik mana ada duit nak shopping.

berbalik kepada cerita key-ell.

mak tak bagi. mak kata, "hang kecik lagi. nanti besaq la baru p,"

bila aku main petang mcm orang gila, mak kata, "Hang dah besaq. bla bla bla..."

apa ni? apa ni?

sat kecik sat besaq. mana satu ni?

last-last aku tak p pun. sejak dari haritu aku dah menanam impian nak p key-ell. key-ell best. boleh cakap saye awak kite pegi mane makan ape.

tak macam penang. cakap hang hang.

sekarang, aku tinggal di selangor. jiran key-ell yang aku agung-agungkan sangat tu. kahwin dengan orang selangor. kerja di selangor.

aku dah mula rasa bosan.

aku nak balik dok penang. penang best.

:/

Jan 17, 2013

mencarut kang, dosa

bab nak buat orang terasa hati, tercuit perasaan, mengusutkan kepala... memang senang.

sekarang, hilang mood nak menulis.

baguih sangat perangai macam tu kan.

pffft!

Jan 14, 2013

Diari kurus neynot #001

untuk pertama kalinya aku bercerita pasal senaman.

aku mahu kurus, kurus dan kurus.

tiada apa yang best selain jadi kurus dan kurus dan gembira ;)

aku akan merantau jauh may ini. jadi untuk tidak menyusahkan diri sendiri membawa badan berat aku yang berat ini dan menambahkan lagi sengsara dengan berat beg yang pastinya berat.

dengan itu, td aku berlari 8km. aku harap usaha aku tak sia sia kerana esok aku nak makan nasik lauk daging masak merah.

Jan 12, 2013

Bersin bersungguh

hari ini hari sabtu.

hari kami bertiga demam.

kami bertiga adalah, aku, boggi dan tot.

asyik berrrrrrrrsin tak sudah-sudah. letih jantung aku ni.

kucing berdua tu pun sama. sampai berjejeh hingus kuning kat hidung. tambah lagi bila bersin. bertali keluar hingus.

nampaknya hari ni aku tak boleh berlari.

duduk depan kompite. menaip manuskrip sampai habis siap.

tapi...

tapi kepala aku sedang sibuk fikirkan benda lain. sibuk fikirkan korea, india, NZ, 

macam banyak duit.


Jan 11, 2013

Semoga semoga apa

Mengantuk.

Namun semangat aku kuat nak sambung bab 3 laju-laju.

Tapi....

aku memang mengantuk. Pukul 9 malam. aku nak tido sedas. nanti aku bangun tengah malam, dan aku sambung menulis. 

Semoga aku berjaya bangun jam 1.

semoga...

Ini bukan azam atau keazaman

ini paksaan.

aku akan paksa diri aku untuk menjadi lebih kecil.

kenapa?

sebab aku akan banyak berjalan. berjalan maksudnya dengan kaki. jalan kaki.

bagi siapa yang gemuk, pasti dia tahu bagaimana mengahnya berjalan kaki  satu dua kilometer.

itu baru satu dua kilometer. kalau lima enam kilometer?

semasa aku sedang menaip ni. aku baru lepas buat masak lemak daging.

maafkan lah aku.

heh

:)

jangan risau. esok aku makan nasik sikit je. aku patut buat jadual berkala kat sini kan. baru nampak cool.

Jan 10, 2013

sekembalinya aku nanti

aku mahu pusing malaysia.

naik bas. (Jangan tanya sabah sarawak. dah tentulah kena naik kapal terbang.)

dengan sapa-sapa sajalah.

disetiap negeri aku mahu rasa makanan, merasa tempat seram, tempat cantik, sejuk, panas. apa saja. kalau nak bagi aku tumpang pun boleh.

:)


nak ikut?

tinggalkan nama dan nombor telefon dan emel di neyjoehan[at]gmail[dot]com

nanti kita buat video.


// ini azam tahun baru aku

Jan 9, 2013

Kalau pakai jubah, boleh pergi konsert tak

Aku pernah tanya soalan yang sama pada seorang kawan. Aku bukan tanya sebab aku menyindir atau apa-apa. Aku bertanya sebab aku nak tahu. Seperti juga aku nak tahu apakah dibolehkan untuk aku membaca al-fatihah pada kucing aku yang mati. aku cuma nak tahu. itu saja.

kawan aku jawab, "janganlah pakai jubah." sort of.

Aku?

kalau aku pakai juga? mesti pelik.

Contohnya aku pergi konsert big bang. Menjerit nama TOP. aku ni pakai jubah ni. Aku jerit nama TOP kuat-kuat. macam mana? boleh? pasti orang kata, aku menghina pakaian itu sendiri.

pakai tutup litup. menjerit kalahkan b*****. Tapi, kalau aku tak menjerit dan tengok saja. macam mana?

Aku memang suka pakai jubah. Pakai yang paling aku senangi adalah jubah hitam. Kerana apa? Kerana jubah hitam mampu menutup segala perkara yang perlu ditutup.

Tapi, apa jadi dengan fesyen sekarang?

pakaian menutup aurat katanya. Tapi berhias macam pengantin hindu.

aku tak salahkan hindu atau bangsa mereka. mereka cantik begitu. biarlah.

cuma yang aku mahu katakan disini, menutup aurat dan berhias adalah satu pelanggaran hebat.

aku cuma nak kata yang, bila kau berhias, sama juga seperti kau tunjuk hiasan pada yang bukah mahram.

ah. aku tak pandai nak cakap soal agama. jadi. kita stop saja disitu.

aku cuma nak tahu. bolehkah aku ke konsert dan pakai jubah.

Mungkin hang akan kata, "dah la p dengan kawan-kawan. pakai jubah. baik dok rumah dengan laki hang diam-dam."

Tapi kalau laki aku ada bersama, macam mana?

:)

Jan 6, 2013

matlamat hidup untuk 300++ hari yang bakal mendatang

Haruskah aku tukarkan blog ini dan jadikan blog kisah hidup bagaimana aku, seorang penulis novel remaja, yang gemuk, menjadi kurus dan cantik seperti sediakala?

sediakala?

:D

******

haruskah aku batalkan niat untuk ke Korea bulan 10 ini dan tetapkan matlamat untuk menjadikan rancangan laki aku untuk hidup di new zealand berjaya?

adakah mampu untuk aku menabung 10K?

adakah?

gaji berapa ringgit sebulan?

T_____T

******

oh well, hello my dear friends dan readers and buyers

:)

aku akan buka blog Miss Jo semula.

Selamat bershopping aku ucapkan.

Jan 3, 2013

sungguh berkaedah

Apa kejadahnya idea langsung tak mahu keluar ni.

hang jangan nak rebel sangat, boleh?

nampaknya kau memang kena hidup dalam gua sebulan dua bagi memastikan yang manuskrip 16 bab aku ni siap dengan jayanya.

cemuih hadap manuskrip lama-lama.

idea baru dok masuk bertalu-talu.

mula lah aku rasa nak hire sorang ghost writter.

****

bagi yang dok bertanya dalam hati, fb, selang seli sms, direct ke muka, atau apa saja...

aku masih belum diberi rezeki untuk ada anak.

rezeki aku datang dalam bentuk lain.

hidup bedua ni best bagi sapa-sapa yang tak tau.

rugi kalau hang kata "hidup dengan husband je, berdua. boring la."

bodo.

tapi, adalah bodo juga kalau ada anak, p buang merata.

tapi kalau sapa yang tak nak tu, contact aku. aku sudi nak bela.


****

trend laki aku skg, layan K-Pop Star.

laki aku layan Hallyu Wave.

K-drama, variety show. apa semua layan.

nak benci laki aku jugak? ikut suka.

dia rilek je ikut aku p konsert big bang. apa ada kesah.

haters tak dapat apa-apa pun selain dosa mengutuk dan rugi sebab tak minat big bang.

tak perlu bertarbiah aku macam-macam.

Sembahyang subuh hang pukul berapa?

:)


****

aku tinggalkan korang dengan Blue

pegilah layan atas katil diam-diam