May 6, 2010

mencari pasangan hidup

saya masih tertanya-tanya, adakah salah kerana merasa bosan dan mungkin sekali give-up dengan hati sendiri? dan mungkin juga dengan perangai 'bakal-pasangan-hidup'

?

salah tak?

jika setiapkalinya hanya seorang sahaja yang beria itu ini, macam mana?

kadang-kadang, jangan cakap "jangan asyik salahkan orang", tapi kalau bahasa tareti jaga, tak guna jugak. elakkan menggunakan perkataan "rileks" dengan aku buat masa ni kerana aku mungkin akan benci hang sampai mati.

ya, katalah aku emo. aku sedang period ni. peduli apa.

  1. berhenti menganggap semua perkara mudah.
  2. berhenti buat semua perkara ikut telunjuk sendiri.
  3. berhenti 'rileks!' berhenti buat pasangan rasa menyampah kerana perasaan itu sedikit demi sedikit membunuh rasa sayang dan cinta itu sendiri.
  4. berhenti untuk berkata "tahula bila". STOP!
  5. berhenti untuk buat orang lain tertunggu-tunggu tertanya-tanya.
STOP!

kalau tak percaya hang buat la. aku yakin hang akan bujang sampai mati.

adakalanya elok juga naik angin ni

saya rasa letih dan naik muak dengan perkataan "kumpul la duit dulu"

serius.

sampai rasa menyampah dan naik marah dengar ayat tu.

kalaulah boleh saya pijak pelakon lelaki itu.

saya rasa, dia patut google bagaimana cara-cara untuk menyimpan duit dan bajet perkahwinan.

bukan ke hebat sangat berintenet. itu pun nak kena ajar?

May 5, 2010

having a good time #02

aku timbang malam tadi turun 2.2 kg ok lalalalalalaala"

walaupun sedang tension dengan kenyataan diatas, saya tetap happy dan boleh makan ciken wing sebanyak 2 ketul tadi.

berbalik kepada cerita asal,

walaupun saya tidak tahu bila masanya saya akan berkahwin, mendirikan rumah tangga, membina masjid, berlaki, tetapi saya suka dan gembira apabila kawan-kawan terdekat sudah mula sibuk dengan barang hantaran dan tempah baju kahwin. itu maknanya mereka akan berkahwin dalam masa yang terdekat.

walaupun saya asyik buat kad kahwin orang sahaja, tetapi saya tetap suka. saya tetap berkata "nanti kad kahwin aku mcm ni mcm tu, korang jangan tiru,"

ye, mengapa pula mereka hendak meniru, mereka itu akan berkahwin tidak lama lagi dan saya lama lagi. saya sedang buat kad kahwin mereka ini. T__T saya tetap suka.

adapun begitu, saya tetap suka tengok-tengok majalah pengantin. hantaran itu kurang sedikit. saya lebih teruja dengan baju.

saya berangan selagi boleh. best apa. bukan buang duit pun.

saya suka baju pengantin ini dengan harapan saya dapat memakainya. (ya, sila lupakan) masalahnya saya ini tidak pula tinggi dan jauh sekali untuk kurus. jadi, bagaimana?

kalau boleh kurus sekalipun, bagaimana pula hendak tinggi? ada petua?

mulai esok, saya akan mula tidak makan nasi. tengoklah sampai bila boleh bertahan. selain itu saya juga tidak akan makanan-makanan ini :

1. KFC (masih ada voucer 20$)

2. nasik lemak sambal udang

3. nasik ayam bakar "i`ll miss you"

4. hash brown yang berminyak dan sedap

5. burger mcDuluxe

6. ayam McD spicy

7. segala jenis roti yang berat dan ber-cheese

8. roti canai sambal ikan bilis

9. chiken wings NZ bawah

10. segala jenis sosej yang pastinya wajib naik berat badan


selamat tinggal semua


demi ini

arghhhhhh

jangan tiru baju pengantin aku

hahahah

walaupun tatau lagi la bila saya akan pakai inai, berstatus 'berlaki', ber-puan, tapi saya tetap suka google baju pengantin.

//kalau tidak kahwin pun, pasti boleh buat baju raya. tadak hal.

May 3, 2010

having a good time

:)

hormon saya sedang bercelaru. tumbuh jerawat sana sini.

kehidupan yang hectic, hari-hari terkejar-kejar masa, sedih lepas 5 minit boleh gelak-gelak. hormon jadi keliru.

jerawat besar-besar.

tiba-tiba tertekan kerana badan banyak isi.

macam mana nak tempah baju kawin?

ada cadangan?