Mulai sekarang, saya akan lebih sensitif pada fesyen muslimah. ini kerana secara tiba-tiba saya ada banyak baju kurung dan kasut tinggi kerana kasut untuk majlis perkahwinan saya ada 4 campur dengan hantaran dan baju kurung yang mama tempahkan untuk saya ada 3 pasang.
dan secara tiba-tiba juga saya ada banyak tudung kerana semasa berada di rumah Mother in Law, saya memakai tudung setiap masa kecuali tidur dan mandi. banyak tudung saya beli. untuk itu.
Dan tiba-tiba saya menjadi ghairah untuk membeli tudung dan maxi banyak-banyak.
1. Tudung yang banyak akan di gayakan dengan pelbagai gaya. Gaya lepas mandi, gaya sarang tebuan, gaya aku-malas-so-what dan banyak lagi. antara pilihan saya adalah gaya aku-malas-so-what.
Untuk gaya tudung begini, saya akan bangun jam 5 pagi dan bersiap selama 2 jam hanya untuk mellit kepala seperti ini.
2. Maxi tidak menjadi masalah kerana saya ada banyak maxi dan banyak warna. sememangnya memakai maxi adalah kesukaan saya dan saya ada banyak (oh, ulang ayat pulak)
Abaikan balloon tersebut. saya tidak bawa balloon ke ofis. apa kejadahnya pula.
3. Oleh kerana saya ada 4 kasut tinggi yang mampu membunuh, saya akan memakai setiap satu ini untuk setiap hari dan berjalan dengan penuh gaya seperti seorang model bertubuh langsing dan tinggi 6 kaki.
Dan tiba-tiba saya bertukar menjadi seorang model catwalk muslimah
oh?
Semua img adalah dari Google.






