May 16, 2011

bukan monday blues

memakai baju cantik dan memakai apron. saya baru selesai memasak untuk makan malam famili saya. my family of two.


comel.


ya, saya tahu.


sedang menonton HBO. hati saya berkobar-kobar untuk menyiapkan freelance walaupun hari ni bukanlah hari yang baik utk saya. pagi-pagi sudah marah. itu tidak bagus ya, kawan-kawan. ingat tu.


Tiada bahan ilmiah yang saya mahu kongsikan di sini.


hanya


"jika kau rasa masa kau lebih penting dari masa orang lain. aku rasa kau belum layak untuk bekerja di dalam kumpulan aku,"


begitulah ceritanya.


Ingat!


Jangan buang masa orang lain.


Tunggu lewat malam sikit, mungkin saya rajin untuk buat tutorial 'pattern'





Terima kasih cikgu

Selamat Hari Guru kepada cikgu tadika saya cikgu Shakirah.


Walaupun saya tidak dapat menjadi Pilot atau Pramugari seperti cita-cita saya dahulu, tetapi saya mahu cikgu tahu, saya berjaya bergelar manusia berguna. ewah~ dan saya bangga menjadi pelajar tadika kemas-yang-tidak-mahu-pakai-uniform dan saya berjaya bekerja di dalam pejabat seperti dalam drama TV2 dulu-dulu. Seperti yang saya impikan setiap kali menonton drama melayu RTM.


Saya mahu Cikgu bangga kerana walaupun saya tidak pandai melukis sejak tadika hinggalah umur 26 tahun ini, tetapi saya berjaya mendapat kerja sebagai Artis Grafik di sebuah syarikat penerbitan yang tidak kurang hebatnya.


Saya mahu cikgu tahu, walaupun dahulunya saya malas belajar dan suka nangis dalam kelas jika tidak diteman oleh mak ataupun sesiapa, tetapi saya sekarang semakin rajin kerana saya sedang menyambung pengajian saya ke tahap yang lebih tinggi. saya sudah tidak malas lagi. tetapi saya suka ponteng kelas. tapi saya mahu cikgu tahu, saya dapat A di dalam matapelajaran PHOTOGRAPHY.


Lagi satu saya mahu cikgu tahu, saya tidak lagi menyanyi di hadapan orang ramai seperti yang saya lakukan semasa konsert tadika kemas dahulu. saya semakin malu. baguslah tu kan cikgu? nasib baik saya tidak jadi penyanyi. kalau tidak, pasti saya sudah paksa cikgu beli album saya.


untuk Cikgu-cikgu saya dari darjah 1 hingga tingkatan 5, Terima kasih banyak-banyak. 


Saya semakin cintakan buku.


Terima kasih


:)

May 11, 2011

Mengidam

Saya : Yang, kalau orang pregnant yang teringin nak makan itu ini panggil apa?


Webit : Mengidam.


****


ha.. boleh lupa perkataan pula.


Ok, biar saya bagitahu satu benda.


Buat pembaca blog saya (adalah seorang dua... kan)


Saya belum 'berisi'. Walaupun saya ini sebenarnya berisi / gempal / comel-sangat-kau-ni-kenapa, tetapi saya masih belum 'berisi'. 


Belum diberikan rezeki untuk memiliki zuriat yang saya sudah pun ada nama untuk mereka. Insya Allah bulan-bulan depan. Saya belum pandai nak kira tarikh subur. 


**sigh.


cuma saya memang teringin nak makan pulut panggang. kat mana boleh beli?


dan juga


saya mengidam untuk pergi India.


nak tiket penerbangan pls.

Tak guna!



Uluwatu. Bali.


Entah setan apalah yang duduk dalam kepala saya ni. Tak guna betullah. geram pulak saya. Ada saja dia cuba hasut saya untuk ingat benda-benda lama.


"kita baik-baik saja kan Yang,"


boo!!!.


setan kalah lagi!