Jun 13, 2012

persediaan menjadi insan yang cemerlang dan azam yang baru

Saya kembali.

Kembali dengan cita-cita dan azam yang kuat dan akan gigih berusaha menjadi insan yang cemerlang dan disayangi semua.

seperti pm kita.

:D

ok, jangan main politik di blog. nanti kena tangkap.

bezanya sekarang, saya terpaksa update di ofis kerana di rumah tiada internet. 

"Mengapa tidak pergi cc?"

Pergi cc kau kata? ada lagi ke orang pergi cc dan main chat di mirc?

oh, tiada sapa pun mirc sebut di sini. 

Tapi, memang tak ada orang pergi cc untuk main internet.

"Macam main main internet tu?"

dah, jangan banyak tanya.

ok, kembali kepada azam tengah tahun. dengan ini, saya berazam akan basuh kereta setiap minggu walaupun hujan. 

ok. bai. jumpa lagi.

Apr 26, 2012

Obesesi

 TOP

Big Bang

Novel Hallyu Wave

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Akhirnya manuskrip Cinta Bintang Jatuh (dahulunya I Love You Shooting Star) telah selamat dihantar ke printer untuk di cetak. lega.

Novel ini konsepkan drama korea. tahu drama korea? Yang terbaru Rooftop Prince. Siapa ada OneHD je boleh tengok. siapa yang x ada tu, boleh cekidout kat mysoju.

Malas nak cerita buku ini tentang apa. Tetapi heronya pastilah hensem. Jang Geun Suk. 
Hensem, putih, wangi, haih~


Cinta Bintang Jatuh

RM15.00 / RM17.00

Kelas saya tinggal lagi 1 subjek saja lagi. dan selepas itu saya akan tamatkan degree saya dengan gembira. 

oleh kerana gembira, saya akan makan KFC hari ini.

oh ya, mahu ke PWTC sebentar lagi. Menolong apa yang patut.  esok ada Pesta Buku Kuala Lumpur 2012.

Siapa tak pergi, rugi. itu saja saya boleh cakap.
................................................

Novel Hallyu Wave ni keluar sekali tiga. tapi penulis lain-lain. Semua cerita macam drama korea. Memang konflik habis. Rugi siapa tak beli. 

Jangan risau, memang tak ada di kedai sekarang, bukan habis, tapi belum keluar. Percayalah, bila keluar nanti, memang habis cepat. bukan pisang panas lagi dah. ini dah jadi burger mcD buy 1 free 1. Lagi-lagi bila Lily Haslina dan Rose Harissa yang tulis.





.................................................

Akan datang, Chronicle Bintang Jatuh dan Ain is a Rockstar!

Peminat Hallyu Wave, sila ikut rapat-rapat.

:)

Mar 2, 2012

Jumaat dua mac

Assalamualaikum


1. Terima kasih kerana membeli belah di kedai online saya iaitu Miss Jo Wardrobe
2. Mengapa saya sudah lama tidak update blog. Kerana rumah saya tiada internet. Tiang telefon pun tak ada. Jadi, sila bersabar.
3. Jangan suruh saya guna broadband.
4. Mereka menjadi isu Mengapa tidak mahu anak sebagai isu penting dalam membentuk keluarga. Nanti saya cari masa lapang untuk menjawab.
5. Saya seorang penulis. Sebenarnya saya menaip. masih belum punya kekuatan untuk menulis tangan setebal 200 mukasurat
6. Janganlah buang duit untuk menonton Ghost Rider. jangan. pergi sedekah lebih bagus. dapat juga pahala.
7. Tunggu saya ada kelapangan sedikit. saya sebenarnya ada banyak cerita yang nak diceritakan.



  • Family Planning
  • Percutian
  • Kerja menulis / melukis
  • Freelance Job
  • kekecewaan <-----  emo

Dengan itu, terima kasih dan jumpa lagi. Oh, sebelum itu... mari saya tanyakan soalan:

Mengapa Perlu ada Twitter. kau bukan femes pun.

untuk menjawab, sila emelkan kepada wheowheo@gmail.com

saya akan paparkan jawapan anda di sini.

itu sahaja. terima kasih.