Jan 6, 2013

matlamat hidup untuk 300++ hari yang bakal mendatang

Haruskah aku tukarkan blog ini dan jadikan blog kisah hidup bagaimana aku, seorang penulis novel remaja, yang gemuk, menjadi kurus dan cantik seperti sediakala?

sediakala?

:D

******

haruskah aku batalkan niat untuk ke Korea bulan 10 ini dan tetapkan matlamat untuk menjadikan rancangan laki aku untuk hidup di new zealand berjaya?

adakah mampu untuk aku menabung 10K?

adakah?

gaji berapa ringgit sebulan?

T_____T

******

oh well, hello my dear friends dan readers and buyers

:)

aku akan buka blog Miss Jo semula.

Selamat bershopping aku ucapkan.

Jan 3, 2013

sungguh berkaedah

Apa kejadahnya idea langsung tak mahu keluar ni.

hang jangan nak rebel sangat, boleh?

nampaknya kau memang kena hidup dalam gua sebulan dua bagi memastikan yang manuskrip 16 bab aku ni siap dengan jayanya.

cemuih hadap manuskrip lama-lama.

idea baru dok masuk bertalu-talu.

mula lah aku rasa nak hire sorang ghost writter.

****

bagi yang dok bertanya dalam hati, fb, selang seli sms, direct ke muka, atau apa saja...

aku masih belum diberi rezeki untuk ada anak.

rezeki aku datang dalam bentuk lain.

hidup bedua ni best bagi sapa-sapa yang tak tau.

rugi kalau hang kata "hidup dengan husband je, berdua. boring la."

bodo.

tapi, adalah bodo juga kalau ada anak, p buang merata.

tapi kalau sapa yang tak nak tu, contact aku. aku sudi nak bela.


****

trend laki aku skg, layan K-Pop Star.

laki aku layan Hallyu Wave.

K-drama, variety show. apa semua layan.

nak benci laki aku jugak? ikut suka.

dia rilek je ikut aku p konsert big bang. apa ada kesah.

haters tak dapat apa-apa pun selain dosa mengutuk dan rugi sebab tak minat big bang.

tak perlu bertarbiah aku macam-macam.

Sembahyang subuh hang pukul berapa?

:)


****

aku tinggalkan korang dengan Blue

pegilah layan atas katil diam-diam

Dec 31, 2012

Tahun 2012

Bila hang jadi selective, dan very selective, hang akan rasa bahagia sebab hidup hang dikelilingi dengan kasih sayang dan kawan yang baik-baik saja walaupun dalam kumpulan kawan yang kecik.

aku tak kisah.

seronok.

umur dah nak masuk 28 tahun 2013 ni. aku rasa memang patut, wajib, harus, aku menanam hati dan jiwa yang baik dalam diri.

bukan apa. kot kot esok lupa mati, dalam hati penuh dengki dendam. macam mana kan.

jadi, dengan itu, aku nak minta maaf. mungkinlah tanpa sedar atau dengan sengaja atau

tahun ni, pencapaian hebat tak de apa sangat. satu buku je yang keluar.

tapi aku pergi konsert Big Bang. Nak tengok TOP. <3 font="font">



Walaupun TOP jauh di tengah pentas dan aku pulak jauh di tempat duduk (dan duduk sebelah suami) namun jiwa dan hati tetap dengan TOP.

heh.

Laki nak sentap? Lagi aku sentap bila dia rajin dok melayan Running Man sebab minat Ji Hyo.


..............................................................................



Dan lagi.

Planning nak menulis berpuluh buku dalam tahun ni gagal.

'rajin' sangat kan.


dan kemungkinan besar aku akan draft semua post dan kembali merombak blog secara suka hati.

tahun 2013 akan jadi lebih pedas.

hang simpan tadah telinga dan hati kena kuat ja.

Sebab aku dah 28 tahun.

:)





Dec 20, 2012

kena ada tujuan ka?

Terlalu banyak menulis buku BMT (Bahasa Melayu TInggi) buat aku rasa susah nak cakap bahasa peneng. 

Sabtu ni aku nak balik peneng. dengan laki, mak, dengan 3 orang cucu dia yang bukannya anak aku pun.

anak-anak aku yang semuanya bintanag itu aku tinggalkan kat rumah. bg makan makanan tesco ja. pasai, sekarang ni gaji aku tak berapa banyak. tapi aku kena bayaq macam-macam. maklumlah, nak bagi nampak hidup macam orang mewah. terpaksalah.

sudahlah. sebenarnya aku tadak tujuan masuk wehowheo hari ni. 

esok-esok bila senang, aku draft semua entri dan berlakon refresh hidup dan mulakan hidup baru.

padahal....