Jan 10, 2013

sekembalinya aku nanti

aku mahu pusing malaysia.

naik bas. (Jangan tanya sabah sarawak. dah tentulah kena naik kapal terbang.)

dengan sapa-sapa sajalah.

disetiap negeri aku mahu rasa makanan, merasa tempat seram, tempat cantik, sejuk, panas. apa saja. kalau nak bagi aku tumpang pun boleh.

:)


nak ikut?

tinggalkan nama dan nombor telefon dan emel di neyjoehan[at]gmail[dot]com

nanti kita buat video.


// ini azam tahun baru aku

Jan 9, 2013

Kalau pakai jubah, boleh pergi konsert tak

Aku pernah tanya soalan yang sama pada seorang kawan. Aku bukan tanya sebab aku menyindir atau apa-apa. Aku bertanya sebab aku nak tahu. Seperti juga aku nak tahu apakah dibolehkan untuk aku membaca al-fatihah pada kucing aku yang mati. aku cuma nak tahu. itu saja.

kawan aku jawab, "janganlah pakai jubah." sort of.

Aku?

kalau aku pakai juga? mesti pelik.

Contohnya aku pergi konsert big bang. Menjerit nama TOP. aku ni pakai jubah ni. Aku jerit nama TOP kuat-kuat. macam mana? boleh? pasti orang kata, aku menghina pakaian itu sendiri.

pakai tutup litup. menjerit kalahkan b*****. Tapi, kalau aku tak menjerit dan tengok saja. macam mana?

Aku memang suka pakai jubah. Pakai yang paling aku senangi adalah jubah hitam. Kerana apa? Kerana jubah hitam mampu menutup segala perkara yang perlu ditutup.

Tapi, apa jadi dengan fesyen sekarang?

pakaian menutup aurat katanya. Tapi berhias macam pengantin hindu.

aku tak salahkan hindu atau bangsa mereka. mereka cantik begitu. biarlah.

cuma yang aku mahu katakan disini, menutup aurat dan berhias adalah satu pelanggaran hebat.

aku cuma nak kata yang, bila kau berhias, sama juga seperti kau tunjuk hiasan pada yang bukah mahram.

ah. aku tak pandai nak cakap soal agama. jadi. kita stop saja disitu.

aku cuma nak tahu. bolehkah aku ke konsert dan pakai jubah.

Mungkin hang akan kata, "dah la p dengan kawan-kawan. pakai jubah. baik dok rumah dengan laki hang diam-dam."

Tapi kalau laki aku ada bersama, macam mana?

:)

Jan 6, 2013

matlamat hidup untuk 300++ hari yang bakal mendatang

Haruskah aku tukarkan blog ini dan jadikan blog kisah hidup bagaimana aku, seorang penulis novel remaja, yang gemuk, menjadi kurus dan cantik seperti sediakala?

sediakala?

:D

******

haruskah aku batalkan niat untuk ke Korea bulan 10 ini dan tetapkan matlamat untuk menjadikan rancangan laki aku untuk hidup di new zealand berjaya?

adakah mampu untuk aku menabung 10K?

adakah?

gaji berapa ringgit sebulan?

T_____T

******

oh well, hello my dear friends dan readers and buyers

:)

aku akan buka blog Miss Jo semula.

Selamat bershopping aku ucapkan.

Jan 3, 2013

sungguh berkaedah

Apa kejadahnya idea langsung tak mahu keluar ni.

hang jangan nak rebel sangat, boleh?

nampaknya kau memang kena hidup dalam gua sebulan dua bagi memastikan yang manuskrip 16 bab aku ni siap dengan jayanya.

cemuih hadap manuskrip lama-lama.

idea baru dok masuk bertalu-talu.

mula lah aku rasa nak hire sorang ghost writter.

****

bagi yang dok bertanya dalam hati, fb, selang seli sms, direct ke muka, atau apa saja...

aku masih belum diberi rezeki untuk ada anak.

rezeki aku datang dalam bentuk lain.

hidup bedua ni best bagi sapa-sapa yang tak tau.

rugi kalau hang kata "hidup dengan husband je, berdua. boring la."

bodo.

tapi, adalah bodo juga kalau ada anak, p buang merata.

tapi kalau sapa yang tak nak tu, contact aku. aku sudi nak bela.


****

trend laki aku skg, layan K-Pop Star.

laki aku layan Hallyu Wave.

K-drama, variety show. apa semua layan.

nak benci laki aku jugak? ikut suka.

dia rilek je ikut aku p konsert big bang. apa ada kesah.

haters tak dapat apa-apa pun selain dosa mengutuk dan rugi sebab tak minat big bang.

tak perlu bertarbiah aku macam-macam.

Sembahyang subuh hang pukul berapa?

:)


****

aku tinggalkan korang dengan Blue

pegilah layan atas katil diam-diam