Jun 29, 2011

laptop support



Baru pulang dari Ikea dan teruja :)


Saya seorang yang suka buat kerja di merata tempat


depan tv, dalam bilik, atas katil


semuanya saya jadikan tempat untuk saya buat kerja.


terpaksa juga saya usung meja kompiter saya ke sana sini.


hey! penatlah!!


dengan adanya Laptop support ini, semua perkata jadi senang.


saya boleh duduk di kerusi malas dan menyiapkan manuskrip.


duduk melepak di depan tv tanpa rasa gusar dan gelisah 


tidak perlu lagi mengangkut meja kompiter yang rodanya akan tersangkut wayar dan bunyi besi ek ok ek ok


tiada lagi!


letak sahaja di atas riba, pastinya tiada kesan terbakar di peha anda.


:)


oh, lupa.. saya baru beli mouse wireless yang agak murah dari sebelum ini. agak sedap untuk di peluk dengan tapak tangan dan menggarap.


warna merah pula tu.


sungguh cool.

Jun 26, 2011

Astro First

sudah tiba masanya saya berhenti membeli belah di blog


dan juga


sudah tiba masanya saya menumpukan sepenuh perhatian kepada manuskrip yang dari tadi masih dok page  yang sama


tapi


ada iklan 'Karak' di channel HBO


terus tekan tekan tekan sms


yes! purchased.


harap-harap cerita tak menghampakan seperti CUN! yang saya beli dulu


jam menunjukkan 3:04 am.


tapayah tdo lah. 

Jun 24, 2011

suatu ketika semasa tidak on tv

pukul 10 makan nasik. lepas tu menyesal. entah apa-apa.


terlalu sibuk dengan hal duniawi. harap-harap tidak masuk neraka.


berhenti mengumpat dengan serta merta.


buat baik dengan suami dan ibu bapa.


cukupkan sembahyang 5 waktu.


tutup aurat. jangan pakai baju ketat ikut bentuk bontot.


jangan mengata orang. mereka juga manusia. oh?


jangan tendang kucing.


jangan ada benci. hang belum tau sapa yang tak suka hang. so, buat perangai baik-baik.


diam kalau tak dak apa yang berguna untuk dikongsi.


berusaha perbaiki diri.


entah kenapa rajin sangat nak meng-update blog sehari lapan kali.


mungkin sedang cuba mencari diri yang hilang.



kalau dah hidupnya berdua

suasana sunyi


2 2 memandang skrin laptop masing-masing


seorang mengeluh seorang lagi memandang yang mengeluh


sekejap-sekejap seorang senyum yang seorang lagi


"nak makan kat mana ni?"


seorang jungkit bahu


2 2 kembali memandang skrin laptop masing-masing


best juga ada perkara ketiga selain berdua sahaja


contoh yang mudah dapat


"kucing"