entri ni panjang. jenuh juga nak menaip.
"Hang jangan ye ye sangat, boleh?"
itu saja.
ada 2 hal yang saya telah lalui dan memberi pengajaran. iaitu, bercakaplah tentang hal yang kita tahu, jangan cakap pandai dan jangan menipu.
hal 1:
Lokasi : kedai printing, Melawati.
Saya perlu print banyak benda. jadinya saya mengambil masa yang agak lama untuk menunggu. waktu tu saya cuti seminggu kerana ingin memberikan tumpuan pada pelajaran. (ok, tak perlu pelajaran sangatlah)
jadi, dikesempatan menunggu itu, saya bersembang dengan salah seorang dari pekerja kedai printer tu. sesi perbualan haruslah tidak jauh dari hal pelajaran dan grafik. (ya, sekali lagi, tidak perlu pelajaran sangatlah kan)
dia : Final project ke ni?
saya : untuk semester ni je. belum final project lagi.
dia : oh. Master ke? (sambil adjustkan sususan nama saya yang terlebih page)
saya : tak lah. degree je. (saya anggarkan dia tahu saya adalah student graphic dari report saya yang tertera Bachelor of Art in Graphic Design)
dia : Ambil kat mana?
saya : KLMU je. Goverment tanak terima. (saya sengih)
dia : ala, dah tak apply. (sengih juga)
saya : KLMU je ada part time. Saya siang-siang keje.
dia : oh. tak mahal ke?
saya : adalah dalam 36K
dia : (sengih)
saya : graphic jugak ke? study mana? uitm?
dia : (angguk. tapi wajah lain macam)
saya : degree la?
dia : ha ah. (tapi wajah dia lain macam. kita akan perasan kalau org itu menipu)
saya : kenapa tak cuba mintak kerja yang lain. gaji banyak sket kot.
dia : nak cuba kerja sendiri. nak buat bisnes. (mula membebel dan cakap besar) bluek
saya : oh. nak buat bisnes apa?
dia : bisnes apa-apa la. malas la nak kerja dengan orang ni.
(Yang hang tengah buat ni apa? bukan kerja dengan orang ke?)
saya : oh. (muka malas nak layan)
saya rasa ada something everything yang tidak kena dengan mamat seorang ni. lain macam. macam mana dia boleh tanya "Master?" padahal hang sendiri tahulah takkan master nak print-print poster bagai macam budak diploma / degree. kata hang tu degree graphic UITM. kan?
terang-terang lagi kat report saya yang dia adjustkan terpampang Bachelor of Art in Graphic Design 2009. lagi mahu tanya "Master?"
hey budak ni.
hal 2:
Lokasi : Kolej
saya lebih senang duduk seorang sebab saya boleh buat kerja dengan tenang tanpa perlu bg perhatian pada kwn yang ingin ajak bersembang.
seorang budak lelaki datang menegur saya
(daymmm)
dia : eyh. hai
saya : ha.. hai
dia : ada kelas ke?
saya : ada (dah tentulah ada. hang fikir aku saja-saja nak dtg tercongok kat sini)
dia : saya pun. kelas apa?
saya : graphic history.
dia : oh. samalah. (mengambil tempat duduk di hadapan saya)
saya : (daymmmm) oh ye eyh. (meneruskan hal buat kerja dan pandang skrin mac dgn tekun)
dia : oh, awak pakai mac jugak eyh.
saya : ha ah. (lagi maw tanya? tampar nak?)
dia : saya pun pakai mac
saya : (bluek. ada aku kesah?) oh yeyh?
dia : berapa ghz awak punya mac?
saya : (apahal pulak nak tanya ghz. pelik-pelik) entahlah.
dia : saya punya 2.7
saya : (oh, nak menunjuk hebat la ni? motif) oh. oke.
(muka taboleh blah dan malas nak layan)
dia : (mula bercerita tentang kehebatan itu ini)
saya : (malas nak dengar dan senyum sahaja)
dia : (bercerita tentang mac itu dan ini)
saya : (wajah redha)
dia : awak dah lama pakai mac?
saya : dah. dari belajar dulu. (kolej kami yang koman itu guna imac ya rakan-rakan)
dia : Saya baru beli mac tu.
saya : oh yeh.
dia : ni awak beli bila ni?
saya : bulan 6 haritu.
dia : saya belum sempat explore lagi. mana nak cari software untuk mac ah?
saya : (terpinga-pinga) software untuk mac?
dia : ha. dalam mac awak ni ada apa?
saya : (terpinga-pinga lagi) Software? ada Adobe punya je.
dia : download?
saya : tak la. pegi beli cd je. pirate. heh.
dia : saya nak cari software untuk mac ni.
saya : (terpinga-pinga lagi. entah apa yang dia cuba sampaikan di sini. software apa bendanya)
dia : (bercerita tentang kerja, itu ini graphic bla bla bla mac bla bla bla password bla bla bla)
saya : kalau nak tukar password senang je. bawak mac ke?
dia : bawak. tapi takpelah. em.. okelah. saya tunjuk sikit. (sambil mengeluarkan mac dengan wajah bangga)
(ewah. "nak tunjuk iskit?" ewah... jangan diva sangat boleh hebat sangat ke apa? macam orang lain tade mac macam. macam hang sorang saja yang guna. tolong jangan monyet sangat boleh? ingat aku hadap?)
itu adalah sebahagian conversation dengan pelajar semester 2 graphic design KLMU. aneh-aneh. kerana itulah saya lebih senang berseorang-orangan dari berkawan-kawanan.
ada aku kesah?