Dec 31, 2011

Kegilaan

kegilaan yang turut saya bawa bersama untuk tahun 2012 adalah



 Demam, sakit, tergila-gila adalah semua tentang korea. dahlah orang korea hensem. flawless!!





Tak perlu diperkenalkan lagi. kacak, hensem, wangi, suara sedap. mari berdoa agar dia bertemu hidayah dan hatinya terbuka untuk memeluk islam. Amin.



Salah satu siri drama korea yang saya sanggup ulang tayang 15 kali seminggu


2012. 3 percutian dalam setahun. 


 Jeju Island 2013 :)


dalam perancangan. bertabahlah sementara menunggu royalti untuk melunaskan impian untuk memiliki home studio sendiri. saya mahu kerusi di atas. please~


// Tunggu bulan 9/2012, tengok ada berapa ramai baby kena buang. Sebelum buang tu, cuba tanya di fb dahulu, kot-kot ada orang nak baby. tak lah dapat dosa bertubi-tubi.

// selamat menyimpan duit. jangan banyak berhutang. 

have a bless new day, people.

Dec 27, 2011

atasi muka jerawat

oleh kerana jerawat yang tiba-tiba bertumbuh segar di wajah saya terutama pipi, saya mula rasa down dan tidak yakin untuk berhadapan dengan masyarakat. terutama sekli, keluar dari rumah. di dalam rumah hanya ada saya dan webit. 3 ekor kucing yang sedia ada tidak menjadi masalah kerana mereka tidak boleh bercakap :D


semasa pulang ke kampung halaman di negeri Pulau Pinang, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kulit bermasalah. lega. kena RM160.


mahal betul. memang muka bermasalah betul kau ni.


buang segala cleanser yang ada, guna yang doktor bagi. 


tunggu lagi 3 bulan. kita tengok. kulit saya jadi tulus mulus ke tidak.




Selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang baru berkahwin.


Seronok kan?

Dec 19, 2011

kenyataan diri tentang malas

punyalah malas nak pergi kelas.


dem yu malas!

Dec 9, 2011

Krisis kehidupan selepas berkahwin

selaps kahwin beberapa bulan, hidup rasa lain macam. selain dari bangun pagi nampak ada laki tidur sebelah, jadual pun turut sama berubah. aktiviti hujung minggu tak hujung minggu pun turut berubah.


lepas pindah rumah sendiri, lagi lah berubah.


nak shopping pun rasa lain macam. asyiklah dok terfikirkan rumah yang kosong macam padang bola tu. lagi-lagi kalau dah berkenan satu handbeg cantik, rasa bersalah bertubi-tubi.


itu belum ada anak. kalau ada anak lagi 9 bulan 10 hari? macam mana? nak beli spender pun akan rasa bersalah. apatah lagi nak berbergpackiing ke sana-sini. 


aghhh!


sudahlah begitu... bila kawan-kawan (yang belum berkahwin) sembang tentang sg wang, shopping mega sale, window shopping hujung minggu, benda tu semua langsung tak mengghairahkan hati. semuanya nampak begitu membosankan. 


lebih rasa seronok berada di rumah bersama 3 ekor kucing dan webit. menonton tv dan acara lepak berlangsung hingga malam. langsung tidak membosankan.


entah kenapa.


ditambah lagi dengan penampilan, tiba-tiba sudah rasa terlalu selesa dengan gaya yang tersangat simple. adakalanya pula ikut rasa hati mahu pakai baju warna merah, tudung warna hijau. ini bercita-cita nak jadi capsicum ka apa? langsung tidak kisah dengan penampilan yang ikut suka hati. 


adakah otak wanita selepas berkahwin, begini? adakah begitu?


adakah?


tolonglah.... adakah begitu?