Jan 27, 2013

mengeji

sebenarnya aku sedang tekun re-write manuskrip.

dan, idea melambak-lambak menerjah keluar dari urat-urat kepala.

tiba-tiba aku terasa nak update blog tengtang isu 'mengata. mengutuk. mengeji.'

tiba-tiba aku sudah berada di page ini.

*____*

Aku, sapa-sapa sajalah, memang tak terlepas dari mengata. mengutuk. mengeji. tahu salah. tapi masih sedap nak buat berulang kali. dan sekali lagi, tahu salah. tapi masih.

entah. aku ada seorang kawan. mungkin. patut aku panggil kawan? entah. mungkin.

orang kata dia baik. entah. baiklah agaknya. pada aku, baiklah agaknya. selagi dia tak pernah curi duit aku. takpa lah kot.

aku dengar banyak orang memuji dia. cara dia bekerja. cara dia menjadualkan kerja-kerja dia. pujian banyak atas nama dia. baguslah.

tapi entah di mana silap dia. aku nampak silap aku di situ. cuma aku tak nak mengaku.

aku cuma minta, aku tak mahu sejalan dengan dia. kalau boleh, biarlah hubungan atas nama kerja saja. kalau nak diikutkan, aku tidak bekerja dengan dia dan dia tidak bekerja dengan aku. entah. aku akan tolak mana-mana tawaran yang ada dia. Insya Allah.

kerana apa?

kerana aku mahu mengelak dari ter-mengata dia. ter-mengutuk dia. ter-mengeji dia.

tanpa sedar, kita mengata orang itu dan ini. tapi kita lupa nak tengok kita itu bagaimana.

Aku bukan nak putuskan hubungan.

cuma....

aku mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas.

bukan apa. bila berurusan dengan dia. pasti makan hati. terasa hati. dan selepas itu. pasti aku akan terkeji dia itu dan ini. dan dia? tak pasal-pasal dosa dia bertambah kerana mengeji aku itu dan ini.

dan kerana itu, aku maafkan segala kesalahan dia. aku tak ada dendam. 

senang tak hasutan syaitan?

senang kan?

jadi. bagaimana?

aku cuba. cuma. bukan sekarang.

Jan 24, 2013

isu kahwin

Setiap kali aku tengok video orang kahwin atau gambar-gambar perkahwinan yang smartnya memang boleh tahan,

aku pasti kata,

"Yang, jom kawin lagi sekali."

dan laki aku menjawab "jom"

dan selepas itu tiada tindakan apa-apa. tiada apa-apa. kami hanya sambung main fesbuk sambil duduk sebelah menyebelah atau sambung bergosip pasal artis yang asyik jawab "no komen. no komen. masih dalam proses mengenal hati budi."

pui.

dah 2013. tolong tukar template jawapan.


ni nak dietlah ni

apabila aku mula berkobar-kobar nak kurus

nak ramping

nak slim macam model runaway

nak comel macam nora danish

bersenam, berlari sampai berkilo-kilo meter

menjaga makan minum

tak makan ayam goreng kfc

tak makan sambal ikan bilis

makan sayur-sayur yang rasanya mcm... ahhh~

di saat itulah laki aku bertanya...

"You nak aiskrim tak?"

jadi, di mana kekuatan aku untuk menolak?

di mana???

nak sangatkan?

masa darjah 4, sekolah aku buat rombongan mai key-ell.

kena bayar RM40.

aku sangat berkobar nak p. nak tau la key-ell tu ada apa. paling jauh aku p langkawi ja. ada apa? pinggan mangkuk.

boring.

dulu kecik-kecik mana ada duit nak shopping.

berbalik kepada cerita key-ell.

mak tak bagi. mak kata, "hang kecik lagi. nanti besaq la baru p,"

bila aku main petang mcm orang gila, mak kata, "Hang dah besaq. bla bla bla..."

apa ni? apa ni?

sat kecik sat besaq. mana satu ni?

last-last aku tak p pun. sejak dari haritu aku dah menanam impian nak p key-ell. key-ell best. boleh cakap saye awak kite pegi mane makan ape.

tak macam penang. cakap hang hang.

sekarang, aku tinggal di selangor. jiran key-ell yang aku agung-agungkan sangat tu. kahwin dengan orang selangor. kerja di selangor.

aku dah mula rasa bosan.

aku nak balik dok penang. penang best.

:/